Setelah dihentikan operasi pendakian pada 13 Januari lalu, kini aktiviti mendaki puncak Gunung Kinabalu sudah dibenarkan semula bermula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari sahaja.
Walau bagaimanapun, pendaki terlebih dahulu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.
Pendaki juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), termasuklah mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan untuk ujian saringan COVID-19.
Ads
Ads
Mengikut SOP yang telah ditetapkan itu juga, pendaki dibenarkan mendaftar pada hari pendakian tetapi dengan syarat keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan kos saringan ujian ditanggung sendiri.
Ads
Bayaran pendakian akan dikembalikan sekiranya ujian saringan yang dibuat adalah positif dengan syarat memaklumkan secara bertulis kepada pihak taman sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.
Hm, tapi di negeri Sabah sendiri masih belum dibenarkan untuk merentas daerah, apa lagi nak rentas negeri kan? Jadi, mungkin penduduk sekitar gunung bolehlah daki Kinabalu ni. Hiks!
Sempena pelancaran model telefon pintar baharu yang bersesuaian dengan pengguna remaja iaitu Samsung Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72, jenama elektronik dari Korea Selatan itu telahpun melakukan sesuatu yang istimewa di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Samsung telah ‘menghadiahkan’ sebuah dinding mural baharu dengan menampilkan kumpulan yang kian meningkat naik iaitu Dolla!
Jelas terpampang wajah ahlinya – Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya dengan logo Samsung Galaxy A sebagai usaha memeriahkan suasana di Jalan Tun HS Lee agar ia lebih bertenaga dan tidak lagi kelihatan kusam mahupun usang.
Dinding grafiti ini merupakan karya kreatif pelukis grafiti tempatan, Lowkey. Lihat sajalah transformasi yang dilakukan oleh pelukis tersebut di bawah.
Kumpulan Dolla semasa sesi pelancaran dinding mural mereka.
Beberapa bangunan nostalgik lain di sekitar Kuala Lumpur yang diceriakan dengan lukisan mural termasuklah bangunan REX KL karya Orkibal dan di Bangunan Zhongshan hasil karya Bona Stellar yang dijangka siap pada bulan Mei ini.
Menerusi hantaran Instagram Story Dolla pada Jumaat lalu, mereka jelas kelihatan teruja dengan pelancaran dinding mural itu.
Dengan tema ‘Dikuasakan oleh Galaxy A’, mural-mural yang dihasilkan di sekitar Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada usaha Samsung dan pengkarya kreatif tempatan untuk memberi inspirasi agar remaja terus mengekspresikan kreativiti dan minat seni mereka secara bebas dan spontan.
Jadi bagi korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, apa tunggu lagi? Muat naik foto korang bersama ‘Dolla’ di Jalan Tun HS Lee ini!
Raya Raya Raya Bersama Samsung
Buat julung kalinya, Dolla baru melancarkan lagu khas sempena perayaan Aidilfitri berserta video muziknya sekali.
Lagu berjudul Raya Raya Raya itu amat ditunggu-tunggukan oleh iDolla sekalian apabila ia telahpun mencapai 261,000 tontonan di YouTube setakat waktu artikel ini dimuat naik.
Sebagaimana kita ketahui, Dolla dikenali menerusi lagu berentak rancak seperti Watch Me Glow dan Raya Raya Raya penulis rasakan masih tidak ‘tersasar’ dari landasan identiti grup ini. Biarpun ia bertemakan perayaan Aidilfitri, Dolla tetap cuba mengeksplorasi sesuatu yang baru dan relevan dengan tema perayaan Aidilfitri.
Menerusi lirik lagu Raya Raya Raya dan video muziknya di atas, Dolla menunjukkan kemesraan beraya dalam kepesatan teknologi.
Maklumlah, cara berhari raya kini sudah berbeza. Selain beramah mesra dan menjamah juadah wajib setiap kali Aidilfitri tiba, kita sekarang juga mementingkan media sosial dan peranti moden untuk berinteraksi dengan yang tersayang.
Disebabkan itulah wujudnya kolaborasi ini. Samsung dan Dolla turut ingin mengajak korang untuk sama-sama beraya dengan peranti baharu Galaxy A32 melalui cabaran TikTok Dollayang sudah mula dijalankan sejak 1 Mei lalu.
Senang je untuk memenangi salah satu daripada 9 unit Galaxy A32 yang ingin diberikan. Korang hanya perlu menari dengan lagu Raya Raya Raya nyanyian Dolla di TikTok dan voila! Mungkin koranglah salah seorang pemenang bertuah pada kali ini.
Kopi antara minuman paling popular di dunia kerana rata-rata masyarakat memilih kopi sebagai hidangan tidak kira ketika waktu pagi atau pun sewaktu berehat bersama teman-teman.
Jika tidak, masa kan terdapat banyak coffee house yang wujud di seluruh dunia dengan aneka pilihan pelbagai jenis kopi.
Foto Via Pexels
Ada yang menganggap minuman kopi boleh menyebabkan ketagihan. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tapi sebagai peminat kopi kami juga tidak menafikan yang ketagihan kopi sememangnya wujud. Hiks!
Untuk peminat tegar minuman kopi, Remaja nak kongsikan resipi kopi latte ala kampung yang korang boleh buat dan confirm ketagih nak lagi. Resipi ini telah dikongsi oleh Madihah Hamid dalam grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Bahan-bahan:
– Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
– Susu kotak atau susu segar
– Gula melaka
– Air
Cara menyediakan:
1. Masakkan kopi sehingga menggelegak, biarkan dalam satu minit (dalam keadaan menggelegak)
Tunggu hingga menggelegak
2. Kemudian, tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api
3. Tuangkan air kopi dan susu tadi dalam juga, tuangkan secawan untuk diminum. Selebihnya boleh disimpan dalam peti ais. Lagi lama disimpan dalam peti ais, lagi sedap. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar
Sukatan lebih kurang untuk jug 1 liter
Lihat cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan pun dah nampak sedap. Kalau nak tahu power tak power, korang cubalah sendiri okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun peperiksaan utama bagi pelajar tahun akhir 2020 tergendala dan perlu dibawa ke tahun 2021 disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19, namun proses permohonan mereka untuk melangkah masuk ke universiti kelak tetap berjalan dengan lancar buat masa ini.
Menurut muat naik yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebentar tadi, permohonan untuk kemasukan universiti (UPUOnline) bagi sesi akademik 2021/2022 telahpun dibuka bermula jam 12 tengah hari ini sehinggalah jam 5 petang pada 31 Mac 2021 kelak.
Permohonan bolehlah dilakukan di laman web kementerian iaitu di upu.mohe.gov.my. Seperti biasa, pelajar perlu membeli nombor unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) dan korang boleh berbuat sedemikian mulan Februari ini.
Bagi pelajar yang dijadualkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Februari hingga Mac 2021, mereka boleh menghantarkan pemohonan dari 21 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 yang telah mereka duduki (jika ada).
Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan Diploma atau sijil pendidikan yang setaraf dengannya pula, mereka boleh memohon dengan menggunakan keputusan peperiksaan terkini masing-masing.
Akhir sekali, pelajar yang mempunyai kelayakan STPM, matrikulasi, asasi dan STAM pula boleh memohon dari 16 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 dengan menggunakan keputusan pendidikan seperti berikut:
STPM 2020: Keputusan peperiksan terbaik sehingga Semester 2.
Matrikulasi / Asasi : Keputusan peperiksaan hingga Semester 1
STAM 2020 : Keputusan peperiksaan percubaan (jika ada).
Harap maklum,
Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022
UPUOnline dibuka pada 4 Januari 2021 ( Jam 12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 ( Jam 5 petang )
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...