Pelakon yang popular dengan lakonan dalam drama Doctor Stranger, Lee Jong Suk dilaporkan kini bercinta dengan bekas ahli Hello Venus, Nara.
Memetik laporan Newsls, kedua-dua mereka bertemu ketika Nara masih lagi merupakan ahli Hello Venus dan bibit-bibit cinta mula berputik apabila Lee Jong Suk ingin idol itu menyertai agensinya, A Man Project.
Perkara tersebut disahkan oleh sumber dalam agensi tersebut.
“Ketua A Man Project adalah Lee Jong Suk dan dia bertanggungjawab menjaga semua aktiviti Kwon Nara. Setelah kontrak penyanyi itu bersama Fantagio tamat, dia (Lee Jong Suk) menghabiskan masa yang banyak untuk karier Nara,” katanya.
Ads
Dipercayai, kedua-dua mereka sering kelihatan pergi dating dan Nara juga sering mengunjungi kafe Lee Jong Suk iaitu 89 Mansion.
Kedua-dua mereka kelihatan serasi bersama dan difahamkan Lee Jong Suk juga merupakan peminat kepada Nara.
Ads
Walaupun kini pelakon drama Pinocchio itu kini sedang menjalankan khidmat tenteranya, namun Nara sering melawatnya.
Ads
Bagaimanapun, agensi pengurusan kedua-dua mereka iaitu A Man Project pantas mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
“Khabar angin itu adalah palsu! Untuk pengetahuan, Lee Jong Suk dan Nara hanya rapat sebagai senior dan junior sahaja,” kata kenyataan tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai pelajar yang frust dan kecewa dengan berita ni.
Esok merupakan hari pertama persekolahan selepas beberapa bulan sekolah ditutup akibat pandemik Covid19 di Malaysia yang akan melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6.
Namun, sebentar tadi Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.
.
PINDAAN TAKWIM PERNGGAL PERSEKOLAHAN 2020
Ini bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan dari segi penjadualan dan pembelajaran pelajar sekolah.
Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan dari sembilan kepada lima hari bagi sekolah yang berada dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Dengan itu, jumlah keseluruhan sesi persekolah tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari.
JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
Berikut merupakan Pindaan Penggal Persekolahan sesi 2020 bagi negeri yang berada dalam kumpulan A( Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu)
Kumpulan B adalah untuk sekolah-sekolah berada di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Ini pula merupakan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi tahun 2020.
Rata-rata netizen dan guru memberikan komen kurang senang dan tidak bersetuju dengan keputusan ini di laman rasmi Kementerian Pendidikan sebentar tadi.
.
Sumber : Bernama Tv dan Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik COVID-19 nyata memberikan perubahan kehidupan kepada semua pihak. Jika suatu ketika dahulu kita bebas ke sana ke mari tanpa sekatan, namun bagi mengekang wabak ini dari merebak, undang-undang diperketatkan bagi memastikan tahap kesihatan dijaga.
Bagaimana pun di sebalik peraturan undang-undang yang kita semua patuhi, ia sedikit pun tidak membataskan kretiviti pengkarya untuk menghasilkan seni yang hebat.
Hasilnya, buat pertama kali di negara ini, peminat seni boleh menonton karya seni persembahan tradisional secara dalam talian.
Festival Seni Gerak Angin ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi meraikan persembahan tradisional dan seni kebudayaan menerusi platform moden iaitu secara virtual.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, pihaknya teruja dan berbangga membawakan seni persembahan negara meraikan seni kebudayaan negara dengan cara baru ini.
“Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil seni dan kebudayaan. Jadi persembahan Gerak Angin yang mewakili penggerak kebudayaan dan artistik negara akan membuka mata serta boleh menaikkan semangat rakyat Malaysia,” jelas beliau,” katanya pada majlis pelancaran Gerak Angin di Studio Ramli Hassan, Kuala Lumpur baru ini.
Dianjurkan oleh Syarikat Teater Masakini, Sutra Foundation dan Surprise Ventures, festival ini akan mengumpulkan lebih daripada 205 individu dari seluruh dunia seni persembahan Malaysia.
Antaranya termasuklah artis, jurukamera, kru pencahayaan, kontraktor peralatan dan banyak lagi. Para seniman akan berkumpul untuk mempamerkan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater selama 17 hari. Setiap persembahan meliputi muzik, tarian dan teater akan mengambil masa selama 10 hingga 15 minit.
Festival seni secara virtual ini akan bermula pada hari Malaysia, 16 September sehingga 2 Oktober 2020 di laman web, YouTube, serta Facebook Gerak Angin.
Bagi peminat persembahan seni, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya pada setiap hari bermula dari tarikh dinyatakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekian lama berebut wilayah yang mendapat jolokan syurga dunia dan setanding New Zealand hingga pernah berlaku pertumpahan darah antara India dan Pakistan, ternyata hari ini keberanian Pakistan mengisytihar Kashmir milik Islamabad, Pakistan.
Lokasi indah yang pernah dijadikan penggambaran filem hits Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan dan Munni ini pasti masih melekat di jiwa penonton yang bukan saja tertarik dengan jalan ceritanya tetapi lokasinya yang cukup indah.
Bacalah perkongsian dari pensyarah Abdul Muein Abadi yang juga Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda mengenai isu ini.
TERKINI: PAKISTAN ISYTIHAR KASHMIR MILIK ISLAMABAD
1.Sejarah baru tercipta apabila Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengisytiharkan bahawa Kashmir yang dikawal India dan mempunyai majoriti penduduk beragama Islam sebagai wilayah milik Pakistan.
2. Imran Khan membuat perisytiharan ini melalui peta politik Pakistan yang baru menjelang setahun selepas New Delhi di bawah rejim nasionalis Hindu BJP pimpinan Narendra Modi membatalkan Artikel 370, sekali gus memansuhkan status autonomi di Jammu dan Kashmir.
3. India sebelum ini turut melakukan pindaan kepada Akta Kewarganegaraan 1955 pada 12 Disember lalu yang bertentangan dengan prinsip republik berkenaan, yang menjadikan ‘agama’ sebagai asas kewarganegaraan.
4. Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang baru ini hanya memberi kewarganegaraan kepada golongan pendatang beragama Hindu, Sikh, Buddha, Jains, Parsis dan Kristian dari Bangladesh, Afghanistan, dan Pakistan. Mereka yang beragama Islam diharamkan.
5. Menurut Imran Khan, “Hari ini ialah hari yang bersejarah buat Islamabad. Kashmir akan menjadi sebahagian daripada Pakistan dan peta ini adalah langkah pertama untuk merealisasikannya”.
6. Perdana Menteri Pakistan itu turut menggelar India sebagai ‘penindas dan penceroboh’ di mana dalam peta terkini Pakistan menandakan wilayah pertikaian tersebut sebagai ‘diduduki secara haram oleh New Delhi’.
7. Untuk rekod, pada Februari 2019 Pakistan telah menembak jatuh dua jet pejuang India MIG21 Bison yang menceroboh ruang udara mereka di Kashmir buat pertama kalinya sejak Perang Pakistan-India 1971.
8. Langkah berani Pakistan ketika itu sememangnya tepat kerana India telah bertindak di luar batasan dengan bukan sahaja mencerobohi ruang udara Pakistan, bahkan melakukan empat pengeboman besar-besaran dengan saiz 1000 kilogram bom (SPICE 2000 buatan Israel yang juga digunakan di Syria) di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, iaitu di kampung Jaba, 10 kilometer dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
9. Ternyata, langkah terbaru Imran Khan mengisytiharkan Kashmir sebagai wilayah Pakistan ini disokong majoriti warga Kashmir sendiri yang telah dihapuskan autonomi mereka oleh India.
Oleh: Abdul Muein Abadi Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...