‘Aku Sedang Berjuang & Sentiasa Berjuang…’ -Mawar Rashid Kembali Berhijab?

Share

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui dirinya dalam keadaan ‘lost’ dan juga keliru selepas mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk membuka hijab, beberapa minggu lalu.

Menerusi hantaran di Instastory, ibu kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan dirinya kini sedang berjuang untuk melawan rasa keliru yang ada dalam dirinya itu.

BACA LAGI: “Saya Masih Berusaha Perbaiki Hubungan Saya Dengan Allah” -Mawar Rashid Akui Khilaf & Tindakan Tak Wajar Dicontohi

Bekas peserta program realiti Dewi Remaja itu turut memohon ampun selain berdoa agar Allah mengembalikan dirinya yang dahulu.

“Ya Allah ya tuhanku, kembalikanlah diriku yang dahulu. Aku sangat keliru, sesat dalam dunia ini. Aku sedang berjuang, dan aku akan sentiasa berjuang,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon naskhah drama ‘Suamiku Paling Sweet’ itu meminta orang ramai untuk menitipkan doa buatnya.

“Mohon anda semua doakan saya juga ya,” ujarnya.

Menerusi hantaran terbaharu di platform yang sama, Mawar memohon maaf buat semua pihak terutama rakan media susulan dirinya masih belum bersedia untuk memberi maklum balas terhadap isu berkenaan.

Hasil tinjauan Remaja mendapati, pelakon itu telah pun memadam gambar tidak berhijab yang dikongsikannya sebelum ini. Malah, Mawar ada memuat naik hantaran terbaharu yang menunjukkan beberapa foto dirinya manis berhijab.

Sebelum ini, selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, Mawar Rashid membuat kejutan apabila berkongsi foto dalam keadaan tidak lagi berhijab.

Terdahulu, usahawan popular itu memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada bulan Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Mawar Rashid

Published by
Fath