Penyanyi meningkat naik, Nadeera Zaini telah menimbulkan rasa kurang senang warganet gara-gara pakaian dan aksesori yang digayakan dilihat tidak sesuai dengan persembahan dan nyanyian yang bertemakan ketuhanan pada minggu ketiga pentas Big Stage Musim ke-5.
Pada malam tersebut, Nadeera mendendangkan lagu berjudul Rahmatun Lil’ Alameen yang dipopularkan oleh penyanyi Maher Zain dengan mengenakan pakaian dress labuh berwarna merah hati dan selendang.
Penampilan yang digayakannya itu bagaimanapun menerima kritikan yang hebat oleh warganet kerana selendang yang dipakai menampakkan sebahagian rambutnya.
ARTIKEL BERKAITAN: #BIGSTAGE2023 “Sayang Kalau Keluarkan COEX,” – Aina Abdul Akui COEX Baru Nak ‘Panas Enjin’ & Sudah Ramal Penyingkiran Naufal Azrin
Susulan itu, menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), penyanyi berusia 30 tahun itu tampil menjelaskan mengenai pemilihan konsep persembahannya, pada malam itu.
“Alhamdulillah. Selesai sudah persembahan minggu ketiga Big Stage. Pada awalnya Nad keliru memikirkan konsep yang sesuai untuk lagu Rahmatun Lil’ Alameen, baik dari susunan lagu, pakaian serta konsep persembahan.
“Susunan lagu asal nyanyian Maher Zain kurang sesuai dengan pertandingan, jadi Nad bersama team management harus menyusun semula agar ia kena dengan mood pertandingan & sesuai dengan nada suara Nad.
“Selepas berhempas pulas, akhirnya muncul dengan konsep akhir yang Nad tampilkan sebentar tadi (pada malam persembahan),” coretnya.
Lantaran itu, Nadeera tamoil memohon maaf atas isu pemakaiannya itu dengan menerima setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan buat pihak produksi yang membantunya menjayakan persembahan tersebut.
“Terima kasih kepada team production, musician, arranger, glam team dan management team yang memberikan Nad kerjasama yang baik.
“Namun, ada yang memberi komen pakaian yang Nad gayakan kurang sesuai dengan persembahan malam ini. Nad menyusun 10 jari memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi.
“Nad terima segala komen serta saranan dengan hati yang terbuka & berlapang dada. Nad akan memperbaiki kesilapan dan terus berusaha memberikan yang terbaik, Insya-Allah,” katanya lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet menitipkan nasihat agar lebih sensitif terutama jika menyanyikan lagu ketuhanan selain berharap perkara seperti itu tidak berulang lagi selepas ini.
Sekadar informasi, Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nadeera Zaini