“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi….”
Begitulah yang dapat digambarkan apabila Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli yang ditemani ibunya, menteri pendidikan Fadhlina Sidek, ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi Khamis ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Kisah Keputusan ‘A’ Atau ‘G’, Nando’s Akan Belanja Semua Lepasan SPM 2022 Ayam Percuma!
Sekitar pukul sepuluh pagi, menteri pendidikan tersebut tiba di Sekolah Menengah Agama Islam (SMA) Bandar Sri Permaisuri Cheras Wilayah Persekutuann untuk bersama-sama menyaksikan momen getir pengumuman keputusan SPM kali ini.
Alangkah bangganya beliau apabila anak sulungnya itu diumumkan berjaya meraih 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tersebut.
Menurut Sinar Harian, gadis manis tersebut mengakui bahawa beban dan harapan yang dipikulnya membuatkan dirinya makin khawatir sekiranya gagal mencapai keputusan yang membanggakan.
“Sebagai anak Menteri Pendidikan dan anak sulung pula, saya akui tertekan kerana ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi.
“Bagaimanapun mak saya sentiasa memberikan sokongan dan tidak kisah dengan apa juga keputusan yang diperoleh.
“Sambil peluk, mak saya ucapkan tahniah kepada saya,” katanya pada pihak media.
Sekadar info, anak sulung menteri pendidikan itu berhasrat menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kemanusiaan.
BACA LAGI
: SPM 2022: Subjek Sejarah Catat Peningkatan Prestasi Terbaik, Pendidikan Moral Catat Penurunan+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Sinar Harian