Pemergian pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal petang semalam telah mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan artis, kenalan rapat dan kaum keluarga seperti sepupunya.
Ia memandangkan tiada petanda yang menunjukkan Syazlin, 26 berdepan sebarang masalah kesihatan mahupun terlibat dalam apa-apa kemalangan. Malah, Allahyarham juga dilihat masih memuat naik hantaran terbaru ke akaun Instagram pada minggu ini; sebelum akaun tersebut dipadamkan susulan pemergiannya.
Begitu juga dengan akaun Instagram kelab peminat arwah yang bertindak untuk memadam akaun mereka.
“Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup,” tulisnya.
Difahamkan, lokasi terakhir Syazlin sebelum perkhabaran itu tersebar adalah di Johor. Begitupun, punca kematiannya masih dalam siasatan.
Ads
Dalam pada itu, rakan-rakan seangkatan Syazlin menzahirkan ucapan takziah mereka di bahagian komen hantaran terakhir Syazlin di Instagram.
“Allahuakbar,” luah Nadia Brian.
Ads
“Al-Fatihah. Kami akan merindui awak, Alin. Rehatlah sepuas-puas,” tulis Anna Jobling.
“Innalillahiwainalillahirojiun. Pergi terlalu awal,” catat Scha Elinnea.
Ads
Terdahulu sebelum bergelar seorang pelakon, Syazlin aktif sebagai seorang model dan pempengaruh media sosial. Di antara jenama majalah di bawah Nu Ideaktiv yang pernah berkolaborasi dan menemu bualnya termasuklah Majalah Remaja dan Hijabista.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kolaborasi Kaka Azraff, Loca B dan Noki Kclique nampaknya mendatangkan hasil apabila lagu nyanyian mereka berjaya menambat hati juri pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35. Seakan tidak percaya, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji meluahkan rasa syukur apabila lagu ciptaan bersama Ezra Kong, Loca B dan dirinya sendiri dinobatkan sebagai pemenang.
“Sejujurnya memang saya mengharapkan kejayaan lagu Gila ini di pentas akhir AJL 35. Sebelum ini ada banyak hint yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan, sepertinya lagu ini bakal mendapat pengiktirafan. Tetapi, saya tidaklah berharap untuk menjadi juara. Asalkan dapat tempat di dalam senarai pemenang, kami sudah cukup berpuas hati,”
“Ketika diumumkan Aina Abdul sebagai naib juara, waktu tu saya seperti dapat merasakan bahawa kami sudah tidak ada rezeki untuk mendapat tempat dalam AJL 35 itu. Tetapi, sebaik sahaja diumumkan lagu Gila sebagai juara, memang saya rasa terkejut dan kalau korang boleh nampak, saya terduduk di atas pentas. Muka dah ganas, buat lirik rap, tapi menangis bila diumumkan sebagai pemenang,” jawab Noki sambil ketawa.
Kemenangan ini sememangnya memberi satu makna besar buat Noki kerana sekali lagi, mereka telah membuktikan bahawa muzik rap mampu untuk memberikan persaingan dan diiktiraf di anugerah berprestij.
“Alhamdulillah, semakin muzik rap diterima ramai, semakin murah rezeki untuk artis-artis hip hop mencari rezeki di negara kita. Ini membuka lebih banyak peluang untuk penggiat seni hip hop mendapat tempat dalam industri muzik,”
“Kalau nak cerita tentang pembabitan saya dalam lagu ini pula, sebenarnya saat pertama kali diberikan demo untuk lagu Gila ini, saya terus bersetuju kerana merasakan ia adalah sesuatu yang unik. Lagu ini tidak common dan muziknya juga segar. Pendek kata, pendengar tidak akan pernah mendengar bait-bait lagu ini seperti lagu-lagu lain,”
“Lirik yang ditulis oleh saya ini juga berlaku secara on the spot sewaktu rakaman. Pada mulanya, lirik yang dibuat tanpa melodi, tapi bila waktu rakaman tu barulah semuanya dilengkapkan,” kongsi Noki.
Nama Kclique bukan hanya dikenali sebagai kumpulan rap, seperti yang kita sudah maklum, mereka juga menghasilkan lagu single tersendiri dan kolaborasi bersama penyanyi lain. Selain Noki, anggota Kclique yang lain turut aktif dalam projek solo mereka sendiri, termasuklah MK, Tuju, FareedPF dan SoMean.
Namun, kejayaan Noki di pentas akhir AJL 35 telah membuka mata ramai, sekali gus membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia-sia.
“Sebenarnya kemenangan ini bukan untuk Noki, tapi ia adalah rezeki buat keluarga Kclique. Mereka sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah menghalang jika salah seorang daripada kami ingin berkarya secara solo atau berkolaborasi bersama orang lain,”
“Setiap ahli Kclique yang mempunyai projek solo, pastinya kami semua memberikan sokongan dan kejayaan saya pada malam AJL 35 itu juga adalah kejayaan bersama Kclique,” jelasnya lagi.
Noki juga menjelaskan bahawa dia kini sibuk dengan persembahan pentas bersama Kclique, selain mereka juga sedang mempersiapkan album penuh.
“Buat masa ini saya memang memberikan keutamaan kepada Kclique kerana kami sedang dalam usaha menyiapkan album penuh. Namun, insyaAllah saya juga akan menghasilkan single terbaru yang akan dilancarkan dalam tahun ini,” tambahnya.
Sekali lagi Remaja ingin mengucapkan tahniah kepada Noki, Kaka Azraff, Loca B dan Ezra Kong kerana dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencalonan awal Top 20 Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 telah pun diumumkan semalam dan finalis Dewi Remaja 2018, Zeera Azizi telah berjaya menempatkan diri dalam kategori Artis Baharu Meletop.
Pencalonan ini diambil daripada kemunculannya dalam drama Setelah Terlafaznya Akad dan sudah tentu Zeera sendiri tidak menyangka bahawa dirinya terpilih menjadi calon awal dalam kategori tersebut.
“Alhamdulillah Zeera bersyukur sangat kerana dipilih menjadi top 20 bagi kategori ini. Zeera sendiri tak sangka sebab Setelah Terlafaznya Akad merupakan lakonan pertama selepas keluar daripada Dewi Remaja. Apa-apa pun, Zeera nak mengucapkan terima kasih kepada Michael Ang kerana memberi peluang untuk Zeera bergandingan dengan pelakon hebat seperti Kamal Adli dan Uqasha Senrose,”
.
“Semua saingan dalam kategori Artis Baharu Meletop 2020 memang ada kelebihan masing-masing. Zeera ni pun baru sangat dalam industri, bila dapat peluang tercalon pun dah rasa macam bertuah sangat. Zeera nak ucapkan good luck untuk semua yang bertanding,” jawabnya.
Walaupun gadis ini telah pun menyambung kerjayanya di awan biru, tetapi ia tidak menghalang Zeera untuk terus bergelar seorang pelakon.
Zeera mengacarakan karpet merah sewaktu malam finale Dewi Remaja 2019
.
“Alhamdulillah dah masuk tahun keempat Zeera bersama Malindo Air tapi Zeera masih lagi boleh mencuri masa untuk berlakon. Kebanyakan tawaran yang diterima sekarang adalah telemovie, jadi jangka masa untuk shooting pun tidak terlalu lama dan tidak menganggu tugasan sebagai pramugari,” tambahnya lagi.
Bergandingan dengan Safwan Nazri, finalis Hero Remaja 2017
.
Kami mengucapkan selamat maju jaya buat Zeera Azizi dan semoga peluangnya terbuka luas di dalam industri lakonan tanah air. Untuk yang nak mengundi Zeera, korang boleh pergi ke instagram Meletop ada https://www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan pilih kategori Artis Baharu Meletop, klik UNDI di gambar Zeera.
Good luck Zeera!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekiranya korang terlupa, aplikasi paling popular dunia, WhatsApp ialah sebahagian daripada kumpulan besar Facebook, dan begitu juga dengan Instagram.
Selepas Facebook membolehkan penggunanya berkongsi Instagram Stories di akaun Facebook mereka bermula Oktober tahun lalu, ramai pengguna yang menyambut baik pembaharuan tersebut dan kini semakin ramai yang aktif berkongsi secara cross-posting. 1 story, 2 akaun berbeze. Mudah kan?
Kini dalam perkembangan terbaru, Facebook sedang merancang untuk ‘mengembangkan’ lagi cara tersebut dengan aplikasi WhatsApp pula.
Syarikat tersebut sedang dalam fasa menguji pembaharuan itu terhadap beberapa pengguna WhatsApp terpilih agar mereka boleh memuat naik Instagram Stories terus ke WhatsApp dalam bentuk WhatsApp Status dalam tempoh 24 jam.
Pengguna di Instagram akan mempunyai butang option di akaun mereka agar mereka boleh memilih sama ada untuk share atau tidak story tersebut di WhatsApp.
Setakat ini, ada beberapa pengguna di Brazil dan Portugal yang mendapati mereka mempunyai butang share tersebut semasa memuat naik Instagram Stories.
Semua Aplikasi Kini Saling Berkait
Setakat November tahun lalu, Facebook melaporkan terdapat lebih daripada 300 juta pengguna aktif Instagram Stories setap hari dan kini, jumlah itu mungkin sekali telah meningkat. Dengan membolehkan sistem cross-posting seperti ini, WhatsApp secara automatik akan meningkatkan lagi trafik penggunanya dan menjadikannya lebih popular.
Namun, penulis terfikir juga, jika followers korang terpaksa melihat posting yang sama di tiga platform media sosial berbeza, tidakkah mereka akan cepat merasa bosan?
Ya mungkin juga. Untuk menangani isu itu, WhatsApp juga sedang berkira-kira untuk mewujudkan sistem di mana jika followers korang dah melihat story tersebut sekali, contohnya di Instagram, ia tidak akan keluar lagi di platform sosial media mereka yang lain.
Tetapi Bukan Untuk Pengguna BB 10 Dan Windows Phone..
Dalam perkembangan lain, WhatsApp telah mengumumkan mereka tidak lagi akan memberi support kepada fungsi WhatsApp untuk gajet Blackberry 10, bermula tahun ini.
Buat masa sekarang, ada pengguna BB 10 yang masih boleh mengguna WhatsApp. Ini kerana WhatsApp sedang menamatkan fungsinya secara berperingkat. Mereka hanya menunggu masa saja (dalam tempoh dua minggu) sebelum ia tidak lagi akan berfungsi.
Windows Phone 8.0, BlackBerry OS 10 dan BlackBerry OS tidak lagi di-support oleh WhatsApp.
Selain daripada BB 10, terdapat dua lagi model telefon yang terpaksa menghadapi masalah yang sama iaitu Windows Phone 8.0 dan BlackBerry OS. Ini bukanlah kali pertama WhatsApp membuat keputusan sedemikian.
Sebelum ini, mereka juga menamatkan support untuk Android 2.1 – Android 2.2, Windows Phone 7 – Android 2.1 & Android 2.2 dan Windows Phone 7.
Senang cerita, beli jelah telefon pintar Android dan Apple, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...