[Al Fatihah] Pemergian Pelakon & Pempengaruh Media Sosial, Syazlin Zainal Dalam Siasatan

Share

Pemergian pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal petang semalam telah mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan artis, kenalan rapat dan kaum keluarga seperti sepupunya.

Ia memandangkan tiada petanda yang menunjukkan Syazlin, 26 berdepan sebarang masalah kesihatan mahupun terlibat dalam apa-apa kemalangan. Malah, Allahyarham juga dilihat masih memuat naik hantaran terbaru ke akaun Instagram pada minggu ini; sebelum akaun tersebut dipadamkan susulan pemergiannya.

Begitu juga dengan akaun Instagram kelab peminat arwah yang bertindak untuk memadam akaun mereka.

“Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup,” tulisnya.

Difahamkan, lokasi terakhir Syazlin sebelum perkhabaran itu tersebar adalah di Johor. Begitupun, punca kematiannya masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, rakan-rakan seangkatan Syazlin menzahirkan ucapan takziah mereka di bahagian komen hantaran terakhir Syazlin di Instagram.

“Allahuakbar,” luah Nadia Brian.

Al-Fatihah. Kami akan merindui awak, Alin. Rehatlah sepuas-puas,” tulis Anna Jobling.

Innalillahiwainalillahirojiun. Pergi terlalu awal,” catat Scha Elinnea.

Terdahulu sebelum bergelar seorang pelakon, Syazlin aktif sebagai seorang model dan pempengaruh media sosial. Di antara jenama majalah di bawah Nu Ideaktiv yang pernah berkolaborasi dan menemu bualnya termasuklah Majalah Remaja dan Hijabista.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ