
Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan anak diusia yang muda apatah lagi ia merupakan kemalangan langgar lari.
Pemergian tonggak penyerang bola sepak Perak B-19, Muhammad Izzat Shah Ibrahim yang baru berusia 18 tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di hadapan Pejabat Sub Renjer Hutan Chemor, Jalan Kuala Kangsar malam tadi.
Allahyarham merupakan bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Kangsar dan telah menyertai pasukan Perak B-19 sejak Disember 2019.
Menurut Sinar Harian pula, Polis sedang mengesan saksi langgar lari yang mengorbankan pemain pasukan bola sepak Piala Belia Perak di Jalan Kuala Kangsar dekat Chemor malam tadi.
Katanya, pada jam 11.55 malam, mayat Muhammad Izzat Shah yang beralamat di Kampung Kuala Sayong Hilir ditemui terbaring di atas jalan raya manakala motosikalnya dengan nombor pendaftaran AHK 2239 berada dalam jarak 40 meter dari mayat mangsa.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pula, kes melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta yang nombor pendaftarannya tidak pasti.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Muhammad Izzat Shah Ibrahim,18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai dilanggar sebuah kereta.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Chemor menuju ke Klebang.
Al Fatihah (dengan bacaan untuk arwah). Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Sumber : Sinar Harian, Astro Awani
Peminat Diminta Berhenti Sokong Seungri, Pendedahan Skandal ‘Burning Sun’ Buka Mata VIP

Baru-baru ini, sebuah dokumentari hangat mengenai skandal Burning Sun didedahkan oleh BBC dan ia menarik perhatian masyarakat bukan sahaja di Korea Selatan, malah seluruh peminat budaya K-Pop juga turut geleng kepala selepas mengetahui hal sebenar daripada kejadian itu.
Bagi yang tidak mengetahui, isu berkenaan menggegarkan Korea pada tahun 2016 dimana beberapa selebriti terkenal seperti Seungri, Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan yang lain ditangkap kerana skandal pelacuran dan menyebarkan pelbagai rakaman lucah tanpa kebenaran dalam satu ruang sembang.

Artikel Berkaitan: YG Entertainment ‘Padam’ Wajah & Nama Seungri Pada Merchandise Rasmi Big Bang
Dalam pendedahan yang dimuat naik oleh BBC, ramai yang terkejut apabila melihat tingkah laku Seungri bekas ahli kumpulan terkenal BIGBANG bertindak kasar dengan seorang wanita. Malah, bukti perbualan antara mereka yang tidak senonoh turut membuktikan betapa mereka hanya menganggap wanita sebagai objek.

Beberapa bulan lalu Seungri sudah pun dibebaskan selepas pertuduhan berkaitan kes itu dan keberadaannya juga sering dilihat di Malaysia bagi berparti bersama rakan-rakan di sini. Malah sesetengah peminat tempatan juga dilihat memuat naik foto bersamanya apabila terserempak dengan penyanyi tersebut.
Artikel Berkaitan: Seungri Big Bang Terima Hukuman Penjara 1 Tahun 6 Bulan Atas Kesalahan 9 Jenayah
Selepas tular pendedahan buruk ini, ramai meminta agar peminat supaya berfikir secara waras dan berhenti memberikan sokongan kepada Seungri kerana sikap dan tingkah laku buruknya adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan, lebih lagi dia adalah seorang yang dikenali.

Dalam pada itu, ada peminat yang memuat naik semula video T.O.P pernah meluahkan bahawa dia risau dengan orang yang berada di sekeliling Seung-ri. Menerusi program Radio Star pada tahun 2018, T.O.P berkata sebagai ahli yang paling tua dia bimbang dengan ahli termuda BIGBANG tersebut. Seungri juga kerap bercakap tentang wang sahaja pada masa itu.

“Dia hanya bercakap tentang wang. Saya berasa bimbang sebagai ahli yang lebih tua. Beberapa rakannya membimbangkan saya” – T.O.P
“Saya boleh rasa sesetengah daripada mereka ada di sisinya bukan kerana mereka menyukainya tapi kerana mereka menyukai gelarannya” – T.O.P
“Fakta bahawa Seung-ri merancang untuk bekerja dengan mereka membimbangkan saya dan nampaknya awak hanya bercakap tentang wang hari ini” – T.O.P

Menerusi video lain, BIGBANG juga sering mengecualikan Seungri sebagai sebagai salah seorang ahli BIGBANG, ini mungkin kerana penglibatannya dalam pelbagai skandal yang memalukan nama baik kumpulan tersebut.
Artikel Berkaitan: Jung Joon Young Mengaku Bersalah Atas Semua Dakwaan Seksual Terhadapnya
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
4 Jenama Kasut Antarabangsa Popular Buat Sale Kaw-Kaw Secara Online

Isi Kandungan
ToggleMusim PKP tidak menghalang masyarakat kita daripada membuat pembelian secara online. Tambahan pula, banyak jenama-jenama besar kini sedang giat melancarkan sale kaw-kaw di lamab web mereka.
Bagi korang yang gemar bersukan dan melakukan aktiviti kasual, kini beberapa jenama kasut antarabangsa yang popular tidak ketinggalan memberikan harga promosi yang bakal membuatkan korang tak senang duduk. Mesti tangan tu rasa gatal je nak ‘shopping online’ selepas melihat tawaran yang diberikan. Hiks!
Jom kita lihat antara tawaran yang diberikan oleh jenama-jenama berikut:
1. Skechers
Kasut berjenama Skechers boleh didapati dengan hanya berharga RM99 di Shopee Mall. Korang juga boleh menggunakan baucar RM5, RM10 dan RM20 untuk dapatkan diskaun tambahan.
2. Asics
Jenama Asics juga turut mengadakan promosi di laman web rasmi Asics Malaysia. Korang bolehlah cari kasut training untuk berzumba di dalam rumah. Hehe!
3. Adidas
Harga Adidas Ultra Boost adalah RM780, namun selepas diberikan diskaun, ia menjadi RM274.50 di laman web rasmi Adidas Malaysia.
Promosi berlangsung sekarang hingga 30 April 2020.
4. JD Sport
Di laman web rasmi JD Sport juga menawarkan harga promosi kasut yang lebih rare.
Ha, menarik kan? Apa lagi, jom ‘cuci mata’. Hiks!
Sumber: Pemburu Tiket Murah
“Takut Nak Pergi Toilet!” – Pengabdi Setan Puaskan Hati Penonton Malaysia

Terlalu banyak misteri yang menyebulungi filem, Pengabdi Setan.
Kunjungan penulis hari ini bagi menyaksikan sendiri filem yang digembar-gemburkan sebagai antara filem terbaik yang ditayangkan pada tahun 2017 membawa seribu satu ekspektasi.
“Ni kalau tak best, kau redeem balik duit tiket aku,” kata penulis, sejak awal lagi sudah memberi amaran kepada rakan yang sudah menyaksikan naskah daripada Joko Anwar ini, beberapa kali.
I will spare you the details of the movie, fret not. Namun ada beberapa aspek filem ini yang masih berbekas di minda sehingga kini.
Untuk pengetahuan korang, Pengabdi Setan adalah sebuah filem remake yang asalnya pernah ditayangkan pada tahun 1980. Naskah tulisan Subagio S. ini juga berjaya mencapai jualan tiket yang amat memberansangkan 37 tahun yang lalu. Oleh sebab itu, Joko Anwar telah terpanggil untuk mengfilemkan semula Pengabdi Setan dengan nafas baru.
Namun, itu tidak bermaksud Joko banyak mengubah jalan ceritanya yang asal.
Sebagai contoh, adegan permulaan filem di mana watak Ibu atau namanya Mawarni Suwono dikebumikan setelah meninggal dunia cukup sama dengan adegan asal Pengabdi Setan versi 1980.

Memasuki beberapa puluh minit penulis menontonnya (ke tutup mata je lebih?), aspek misteri itu sudah mula melingkari jalan ceritanya. Pertama, penyakit misteri apa yang membunuh Ibu?
Dan apabila roh Ibu mengganggu suaminya dan empat orang anak (filem versi 1980 hanya menampilkan dua orang anak), penulis tertanya-tanya mengapa Ibu sanggup untuk mengacau mereka sedangkan keluarganya kelihatan cukup penyayang ketika menjaga Ibu semasa dia sakit dan terlantar di atas katil.
Ibu hanya perlu membunyikan loceng dan mereka pun datang untuk membantu. Dah macam private butler aku tengok, kerlass!

Satu-persatu gangguan Ibu hadir dalam kehidupan mereka lima beranak. Dari pandangan muka yang perlahan-lahan menoleh memandang korang sehinggalah ke lagu kegemaran ramai, ‘Kelam Malam’ yang akan berkumandang di radio secara tiba-tiba pada tengah malam.
Hhm, pada waktu ini, penulis masih tertanya-tanya, kenapa kau kacau keluarga kau, eh Ibu?!
Well, that is for you to find out in the second half of the movie. Apa yang penulis boleh katakan adalah syabas diucapkan kepada pengarah Joko Anwar yang berjaya membawa elemen seram ke segenap ruang panggung.

Bunyi lantai kayu yang bergesel dan pintu yang terbuka secara perlahan masih menghantui minda ini (Thank you Joko!). Apa yang pasti, misteri yang ada di dalam filem Pengabdi Setan semuanya terjawab juga di akhir filem.
Ibu telah banyak menyembunyikan aspek kehidupan lamanya sehingga membuatkan anak-beranak terpaksa menanggung derita. Namun, semua yang dilakukan oleh Ibu ada kaitan dengan rasa sayang pada ahli keluarga.
Ibu, niat tak menghalalkan cara, okay. (Eh, aku pulak yang mengajar.)
Respon Penonton: “Housemate Aku Dah Takut Nak Mandi Seorang”
Rata-rata para penonton di Indonesia memberikan lima bintang kepada naskah remake ini. Jika tidak, takkanlah Pengabdi Setan berjaya menarik lebih 2 juta penonton Indonesia untuk ke pawagam sejak 28 Oktober 2017.
Bagaimana pula dengan respon dari penonton di Malaysia? Ini antara tweet menarik yang sempat REMAJA lihat sejak ia ditayangkan di Golden Screen Cinemas seluruh negara, minggu lalu.
is pengabdi setan really horrifying coz my housemate freakin scared to mandi
— iffah (@alkaluropss) December 1, 2017
hell no terngiang-ngiang ost pengabdi setan ?
— ? (@ainnzrh) December 1, 2017
asked her to rate pengabdi setan (usually memang berani pergi toilet malam sorang sorang) pic.twitter.com/PeMykKr0zq
— cinnamon rolls (@yasminnismail) December 1, 2017
I tell u guys , cerita Pengabdi Setan is worthy to watch. Tapi kalau jenis tak sukar cerita yang plot twist, pening pening lalat, mohon jangan bazir duit. Takut korang carut je nanti.
— ? (@neetaf_) December 1, 2017
Tweet terakhir daripada @neetaf itu macam interesting. Mungkin kawan penulis tadi tak faham jalan cerita Pengabdi Setan, sebab itulah dia ajak tengok berkali-kali. Bagi hadam habis hehe.
Apapun, penulis merasakan ia adalah sebuah filem remake yang berjaya membuatkan ramai peminat filem seram di rantau Nusantara ini kembali yakin untuk pergi ke pawagam dan tonton. Bukannya download secara haram di Internet.
Kali terakhir penulis melihat aura filem seram sebegini adalah semasa filem Munafik ditayangkan di Malaysia. Syabas sekali lagi kepada pengarah!
Bagi korang yang belum pergi menonton, klik pada klip trailer di bawah. Jangan lupa juga untuk klik pada video reaksi penonton di Indonesia yang menonton Pengabdi Setan.
Setan sangat kan korang record reaksi orang senyap-senyap!