Al-Fatihah: Selebriti Malaysia Sampaikan Salam Takziah Atas Kehilangan ‘Abah’ Neelofa

Share

 

 

Apabila seseorang itu menghadapi musibah ataupun berita menyedihkan, seharusnya sebagai seorang kenalan harus untuk kita menyampaikan takziah dah mengirimkan doa Al-Fatihah.

 

Hari ini, Noor Neelofa sekeluarga berdepan dengan berita pemergian datuknya, Haji Noor Mohamed. Dengan rendah diri, dia dan adik beradik yang lain seperti Ameera Khan dan Athisha Khan menyampaikan berita tersebut melalui akaun media sosial masing-masing.

Arwah telahpun sempurna disembahyangkan di Masjid Besar Pasir Mas, Kelantan dan dikebumikan di tanah perkuburan Lemal setelah solat Zohor.

“Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa yang dipanjatkan kepada arwah datuk saya. Semoga datuk diberikan Jannah tertinggi oleh Allah SWT, insyaAllah.

“Allah menjemput beliau sama dengan hari wafatnya Rasullulah, kekasih Allah Nabi Muhammad,” catitnya di ruangan Insta Story pagi tadi.

 

 

Berikut pula adalah sedikit-sebanyak ucapan takziah para selebriti Malaysia buat Neelofa sekeluarga. Al-Fatihah.

 

Nora Danish

Sarimah Ibrahim

Vivy Yusof

Dato Seri Vida

Mizz Nina

Linda Rafar

Fauziah Latif

Elvina Mohamad

Alif Hadi

Elizad Sharifuddin

Tengku Putri Iman Afzan

Kavita Sidhu

Awal Ashaari

Nurul Zulkifli (Mimpi Kita)

Dato Ziela Jalil

 

 

 

Published by
FZ