Ya, episod perkahwinan di antara Elfira Loy dan Faris Anuar masih belum berakhir apabila mereka meraikan majlis resepsi pertama selepas diijab kabulkan pada 1 Januari lalu
Bertempat di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), majlis #ElFaris ini dimeriahkan dengan kehadiran keluarga, sahabat dan tentunya rakan artis popular. Antara yang sempat kami temui ialah Scha Alyahya bersama Awal Ashaari, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, pengarah Michael Ang, Datuk Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi.
Seperti kebiasaan, tumpuan semua yang hadir dan netizen seluruh Malaysia akan terarah kepada pengantin perempuan dan gaun perkahwinan yang disarungnya.
Sekali lagi, Elfira memilih pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk mereka gaun istimewa pada hari ini selepas Elfira turut mendapatkan khidmat mereka berdua untuk majlis pernikahan Selasa lalu.
BACA: Elfira Loy Simpan Kain Sari 3 Tahun Sebelum Kahwin
Elfira selama ini dikenali sebagai seorang selebriti muda yang gemar ‘to push the envelope’ dan berani berfesyen. Nampaknya, Elfira dan pereka fesyen sekali lagi bereksperimentasi untuk ‘look’ malam ini.
Indah menyarung gaun skirt kembang dengan bodice yang mengikut potongan badan, ia dihiasi perincian bunga merah jambu cair, beading, manik dan lace. Senang cerita, gaun Elfira pada malam ini memang ekstra!
Bahagian tudung dan kain layahnya juga mencuri tumpuan netizen apabila ia dikemaskan ketat manakala veil dibiarkan beralun turun.
Biasalah, seseorang memang tak dapat puaskan hati semua pihak dengan pemilihan pakaian sepenting gaun perkahwinan. Namun, dalam pada komen negatif yang ada, lebih ramai netizen yang menyukai gaya Elfira malam ini.
Antara komen yang dilontarkan adalah, “Macam stail pengantin perempuan Muslimah di Turki. Mereka kan suka ballgown dan detailing pada tudung.”
Hhm, penulis rasakan kebanyakan pengantin Muslimah kan memang memakai gaya sama seperti ini. Cuma kembang tak kembang je gaun mereka tu.
“Macam barbie doll!”
“Lawanyaaaa baju Elfira. Hhm, bestnya kalau bajet besar.”
“I suka semuanya kecuali bahagian tudung. Mungkin boleh keluarkan instead of masukkan semuanya.”
“Kemurungan aku tengok kahwin diorang. Asal lawa sangat baju tu!”
Amboi-amboi, banyak eh korang nak komen!
Apapun, penulis menyukai bahagian speech yang dilakukan oleh adiknya, Ezzrin Loy. Memang sweet!
Seperti Ezzrin, kami pun ingin mengambil kesempatan untuk mendoakan agar kalian berdua enjoy dengan majlis kalian kali ini dan seterusnya. Diharap segalanya dipermudahkan, Amin!