Pada mulanya, mereka telahpun berkobar untuk mendaftar pembelian Myvi 2018 baharu ini.
Namun, langkah hendak membeli di kalangan 3,000 pelanggan Perodua itu tak lagi dapat diteruskan apabila Perodua berdepan dengan gangguan bekalan di salah satu vendornya.
Terang Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. iaitu Datuk Dr Zaharu Husin, “Kami memohon maaf kerana kami tahu ramai yang tak sabar menantikan kereta baharu mereka pada tahun ini, khususnya Myvi 2018.”
Apa yang boleh diusahakan oleh Perodua buat masa ini adalah untuk cuba sebaik mungkin mempercepatkan proses penyerahan kereta kepada 3,000 pelanggan mereka berbanding tarikh asal iaitu sebelum 1 September ini.
Hhm, tapi ada juga yang berfikiran ‘nakal’ apabila isu ini timbul.
Ada yang berkata, ia ‘dihentikan’ seketika kerana harga kereta sekarang tidak stabil demikian perubahan sistem cukai GST kepada SST. Banyak jenama kereta terutamanya yang berasal dari luar negara telah mengehadkan jumlah kereta yang dijual selepas kerajaan Pakatan Harapan mengubah sistem cukai kepada 0% kadar GST.
Apa-apa pun, korang boleh berhubung dengan penasihat jualan terdekat atau hubungi talian hotline Perodua di 1800 88 6600.
Kami di REMAJA pun berharap isu ini akan diselesaikan secepat mungkin.
Kalau tak, tak dapatlah kami nak test drive kereta baru boss nanti. Eh!