Sejak kebelakangan ini, pelakon dan pempengaruh, Aisar Khaled sedang menjadi perhatian warganet setelah beberapa kali kelibatnya menayangkan aset wang tunai dalam bentuk sinikal dijadikan modal untuk video terbarunya.
Didakwa ramai sebagai cuba untuk menayangkan ‘duit berkepok’ kepada umum, remaja berusia 22 tahun ini bagaimanapun difahamkan sekadar ingin berkongsi cara ke arah bergelar seorang jutawan kepada anak muda yang lain. Iyalah, pagi petang siang malam, dia gemar memberikan giveaway berbentuk wang tunai kepada pengikutnya. Memang masyuklah punca pendapatannya agaknya.
Tak gitu, Aisar?
Antara yang dikongsikan adalah cara dia melakukan pembahagian wang secara bijak untuk dibelajakan mengikut beberapa kategori seperti bil rumah, belanja barang dapur, bajet servis kenderaan dan selebihnya untuk disimpan ataupun bagi tujuan membeli-belah.
Seperti biasa, tidak semua orang akan suka dengan tindakannya yang boleh dianggap sebagai ‘guerilla marketing’ itu. Berani mati menayang wang, walaupun menggunakan kepingan RM1 tetapi kuantitinya masih boleh dikira banyak. Ada yang beranggapan Aisar cuba menunjuk-nunjuk. Ada juga yang tidak setuju dengan caranya mengajak remaja lain untuk mencapai kekayaan dengan mudah.
Ads
Justeru, sebilangan warganet ulang kali menyebut akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN di ruangan komen. Tidak sangka pula, pengendali akaun media sosial LHDN sempat untuk memerhatikan hantaran-hantaran Aisar tersebut! Catat mereka, “Nanti kami periksa, terima kasih mention kami ya.”
Alamak!
Komen balas itu sehingga kini telah menerima lebih 4000 jumlah ‘likes’ dan ratusan komen dalam rantaiannya. REMAJA pun tidak pasti sekiranya akaun TikTok itu benar-benar dimiliki oleh LHDN ataupun hanya rekaan individu tertentu.
Ads
Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Aisar meletakkan dirinya di kerusi panas.
Terdahulu, namanya pernah dipetik setelah dia memuat naik video menziarahi kawasan pusara Allahyarhamah Siti Sarah dan pernah juga melakukan pembaziran gel penyejuk badan yang direndam sehingga kembang. Semuanya demi content akaun YouTube-nya.
Pada minggu lalu pula, warganet mendakwa kediaman mewah di tengah ibu kota yang dicanang Aisar dimilikinya sebenarnya hanyalah kediaman sewa. Ini memandangkan proses menandatangani borang di antara pihak pemilik dan pemaju jarang sekali dilakukan di dalam kawasan rumah; more specifically in your kitchen. Selalunya proses sedemikian dilakukan di pejabat peguam, bank ataupun pemaju.
Mungkin Aisar ada penjelasan kot mengenai strateginya menggunakan wang tunai bagi tujuan pemasaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin mendapat inspirasi dan mahu merasai sebagaimana Nicolas Cage pernah melakukan aksi yang sama di dalam filem blockbuster, Ghost Rider yang popular pada tahun 2007, seorang Youtuber atas nama Mr Indian Hacker membakar motosikal sebelum menunggang bersama kawannya selama beberapa saat sebelum terjun.
Aksi ini mendapat lebih 562,000 like sehingag semalam. Namun yang tidak menyukainya juga ramai iaitu seramai 16,000 orang.
Dalam aksi yang mungkin cubaannya untuk meraih perhatian ramai (walau berbahaya dan membazir masa yang sama), Mr Indian Hacker ini mengakui meniru aksi Nicolas Cage dalam aksi filem Ghost Rider ini.
Dia dilihat mencurahkan petrol ke badan motosikalnya dan dalam api marak, dia menunggangnya dengan laju selama beberapa saat sebelum terjun apabila motosikal itu semakin marak terbakar. Beberapa orang kru berada di lokasi untuk merakam aksi tersebut.
Mempunyai jumlah pengikut seramai 9.07 juta subscriber ini telah mendapat lebih 4 juta views. Netizen turut memberi komen bahawa mereka terhibur dengan gelagatanya tapi tak kurang juga mengecam tindakannya tersebut.
Knight Ninja Gaming menulis, ketawa atau rasa mahu menangis untuk motornya.
Shailendra Vishwakarma pula menyifatkan perlakuan yang sangat berbahaya.
Ada juga yang mengkritiknya iaitu 1StopReviews yang menulis “Luar biasa. Saya menghargai hasil kerja dan risiko membuat video ini tapi sejujurnya saya tak akan membahayakan nyawa orang lain untuk membuat video sebegini. Bayangkan membawa motor dengan tangki dipenuhi minyak petrol jika meletup, apa yang akan terjadi? Soalnya.
Bagaimana pun Mr Indian Hacker di awal videonya menulis, ia hanya untuk tujuan hiburan. Semua aksi video ini dilakukan di tempat yang selamat dengan peralatan lengkap dan dilakukan oleh profesional.
Malah Mr Indian Hacker turut menasihati agar tidak meniru aksinya sebagai Ghost Rider di rumah, sekolah atau di mana-mana. Katanya lagi, tiada orang yang tercedera dalam aksi ini,” katanya team produksinya.
Korang rasa berbaloi ke dengan aksi ini? LIhat video aksinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selang dua hari selepas memaklumkan secara terbuka kepada suaminya agar melepaskannya daripada ikatan perkahwinan, pelakon Puteri Sarah difahamkan akan memfailkan penceraian daripada Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Isnin minggu hadapan.
Sepatutnya, ia difailkan pada hari Khamis semalam. Namun, pemfailan tersebut terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan setelah pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu perlu menjalani penggambaran di Port Dickson.
Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, dia akan mewakili Puteri Sarah dan hanya proses permohonan cerai sahaja akan difailkan pada Isnin nanti.
Beliau turut memaklumkan bahawa ibu kepada dua cahaya mata itu pasti hadir di mahkamah bagi permohonan cerai.
Dua hari lalu, Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram secara ringkasnya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ kerana dia tidak rela untuk dimadukan.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadukan,” catatnya.
Sementara itu, Syamsul dalam satu temubual eksklusif media pula berkata, dia sedang dalam usaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. Pengarah itu juga meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah untuk melakukan perbincangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Sebagai info, tepat semingga yang lalu, Syamsul menerusi satu hantaran video di Instagram telah membuat pengakuan bahawa dia sudahpun menikahi isteri keduanya yang juga merupakan pelakon, Ira Kazar di Thailand.
Majlis tersebut berwalikan bapa mertuanya iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari demi hari makin ramai individu yang berani untuk menghina agama, malah yang dihina itu adalah agama yang dianuti sendiri oleh mereka. Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang pasangan kekasih yang didakwa menghina Islam, dan kemudiannya seorang lelaki turut tampil berani mempersendakan Nabi Muhammad SAW.
Tindakan lelaki itu membawa padah apabila pihak polis berjaya menahan suspek berusia 35 tahun itu di Machang, Kelantan. Suspek yang merupakan seorang penghantar makanan didenda sebanyak RM50,000 namun terpaksa menjalani hukuman selepas gagal membayar denda itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Orang Kena Saman (OKS) Mohd Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, akan menjalani hukuman penjara enam bulan bermula hari ini.
Sebelum ini Hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 selepas OKS mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina agama Islam di laman YouTube minggu lalu. Mahkamah turut memerintahkan OKS dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Akhirnya, lelaki itu dipenjara kerana tidak mampu untuk melunaskan jumlah denda yang dikenakan.
Ha, itulah padahnya jika tidak berfikir terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Jangan pernah menganggap perkara ini remeh dan kononnya ‘suka-suka’ untuk menjadi viral. Akhirnya diri sendiri menerima padah dan tak pasal-pasal pula dikenakan hukuman penjara.
Ingat, fikir dahulu sebelum memuat naik apa sahaja di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...