Alamak! LHDN Intai Profil Aisar Khaled Setelah Video Peraga ‘Duit Berkepuk’?

Share

 

Sejak kebelakangan ini, pelakon dan pempengaruh, Aisar Khaled sedang menjadi perhatian warganet setelah beberapa kali kelibatnya menayangkan aset wang tunai dalam bentuk sinikal dijadikan modal untuk video terbarunya.

Didakwa ramai sebagai cuba untuk menayangkan ‘duit berkepok’ kepada umum, remaja berusia 22 tahun ini bagaimanapun difahamkan sekadar ingin berkongsi cara ke arah bergelar seorang jutawan kepada anak muda yang lain. Iyalah, pagi petang siang malam, dia gemar memberikan giveaway berbentuk wang tunai kepada pengikutnya. Memang masyuklah punca pendapatannya agaknya.

Tak gitu, Aisar?

Foto : Instagram @aisar_khaledd

Antara yang dikongsikan adalah cara dia melakukan pembahagian wang secara bijak untuk dibelajakan mengikut beberapa kategori seperti bil rumah, belanja barang dapur, bajet servis kenderaan dan selebihnya untuk disimpan ataupun bagi tujuan membeli-belah.

Seperti biasa, tidak semua orang akan suka dengan tindakannya yang boleh dianggap sebagai ‘guerilla marketing’ itu. Berani mati menayang wang, walaupun menggunakan kepingan RM1 tetapi kuantitinya masih boleh dikira banyak. Ada yang beranggapan Aisar cuba menunjuk-nunjuk. Ada juga yang tidak setuju dengan caranya mengajak remaja lain untuk mencapai kekayaan dengan mudah.

Justeru, sebilangan warganet ulang kali menyebut akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN di ruangan komen. Tidak sangka pula, pengendali akaun media sosial LHDN sempat untuk memerhatikan hantaran-hantaran Aisar tersebut! Catat mereka, “Nanti kami periksa, terima kasih mention kami ya.”

Alamak!

Komen balas itu sehingga kini telah menerima lebih 4000 jumlah ‘likes’ dan ratusan komen dalam rantaiannya. REMAJA pun tidak pasti sekiranya akaun TikTok itu benar-benar dimiliki oleh LHDN ataupun hanya rekaan individu tertentu.

Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Aisar meletakkan dirinya di kerusi panas.

Foto : Instagram @aisar_khaledd

Terdahulu, namanya pernah dipetik setelah dia memuat naik video menziarahi kawasan pusara Allahyarhamah Siti Sarah dan pernah juga melakukan pembaziran gel penyejuk badan yang direndam sehingga kembang. Semuanya demi content akaun YouTube-nya.

ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Niat Nak Viral, Aisar Khaled Jelas Isu Sebenar Tentang Video Babi Air – REMAJA

Pada minggu lalu pula, warganet mendakwa kediaman mewah di tengah ibu kota yang dicanang Aisar dimilikinya sebenarnya hanyalah kediaman sewa. Ini memandangkan proses menandatangani borang di antara pihak pemilik dan pemaju jarang sekali dilakukan di dalam kawasan rumah; more specifically in your kitchen.

Selalunya proses sedemikian dilakukan di pejabat peguam, bank ataupun pemaju.

BACA LAGI : Jumlah ‘Dislike’ 3 Kali Ganda Dari ‘Like’, Aisar Khaled Tak Kisah Dikecam Asalkan Viral? – REMAJA

Mungkin Aisar ada penjelasan kot mengenai strateginya menggunakan wang tunai bagi tujuan pemasaran.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Team Remaja