Siapa tidak kenal dengan bintang popular antarabangsa ini. Ariana Grande, kesemua runut bunyinya tidak pernah menghampakan pencinta muzik.
Baru-baru ini, pelantun lagu hit 7 Rings itu telah menarik perhatian ramai termasuk para media selepas memuat naik foto terbaharu di entri Instagram miliknya.
Beberapa hantaran yang dimuat naik bersama pelakon Cynthia Erivo tersebut menuniukkan Ariana kelihatan sangat kurus sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: “la Sangat Menakutkan…” Hailey Bieber Kongsi Kesan Serangan Strok Mini Terhadap Kesihatannya
Keadaan penyanyi lagu Side To Side itu sekali gus menimbulkan spekulasi tidak enak termasuk ada yang mendakwa dia menghidap penyakit anoreksia.
Enggan membiarkan perkara tersebut terus menjadi tanda tanya ramai terutama para peminatnya, Ariana akhirnya membuka mulut.
Dia memberitahu keadaan dirinya menerusi sebuah hantaran video berdurasi tiga minit lebih yang dikongsikan dalam aplikasi TikTok miliknya.
Katanya, dia mengakui sebenarnya tidak gemar untuk bercakap mengenai keadaan tubuh badannya.
Ariana bagaimanapun memaklumkan, dia sihat dan berada dalam yang keadaan baik walau kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.
“Saya tahu semua ini tidak perlu dijelaskan. Tetapi saya mahu jadi lebih terbuka. Saya mahu anda tahu, sihat itu hadir dalam pelbagai rupa.
“Besar, kecil, tinggi atau rendah, sihat itu ada pelbagai rupa dan kecantikan tersendiri.
“Kita punya pilihan sama ada memberi fokus kepada perkara yang positif sahaja atau terus melihat sesuatu dari sudut pandang negatif,” tuturnya.
Bahkan, ketika tubuhnya lebih berisi pada tahun lalu, dia sebenarnya sedang berperang dengan masalah kemurungan sehingga perlu mengambil ubat-ubatan.
“Keadaan yang anda lihat sekarang adalah lebih sihat berbanding ketika tubuh saya berisi. Ketika itu saya mengalami kemurungan dan perlu bergantung dengan ubat-ubatan.
“Anda tidak pernah tahu apa yang seseorang sedang tempuhi dalam kehidupannya. Mungkin anda datang daripada keluarga yang bahagia. Tetapi tidak semuanya memiliki kebahagian itu.
“Jadi lebih baik kita berbaik dengan semua orang dan cuba memahami setiap orang ada perjuangan mereka sendiri,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Ariana Grande