Alami Gejala Loya, Gelisah Dan Hilang Kesedaran. India Diserang Virus Baru

Share

Dunia belum lagi selesai dengan isu COVID-19 di mana lebih kita masih tercari-cari penawar dan vaksin pandemik maut ini.

Sumber Gambar : Global News

Terkini, satu lagi virus baru dikesan di selatan India, Andhra Pradesh apabila doktor menyatakan lebih daripada 400 pesakit yang dimasukkan ke hospital dan seorang maut apabila mengalami gejala seperti loya, kegelisahan dan hilang kesedaran yang dilaporkan oleh The Guardian.

Penyakit ini, difahamkan bukan coronavirus kerana semua pesakit, yang berbeza umur telah diuji negatif dari wabak COVID-19, serta penyakit lain seperti denggi, chikungunya atau herpes. Setakat ini, ujian yang dijalankan belum menemui sebarang jawapan.

Sumber Gambar : The Bangkok Post

Pihak berkuasa juga telah menguji sampel air di daerah itu, namun hasilnya tidak menunjukkan tanda-tanda pencemaran.

Seorang pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Eluru memberitahu akhbar The Indian Express, “Mereka yang jatuh sakit, terutama kanak-kanak, tiba-tiba muntah setelah mengadu rasa terbakar di bahagian mata.”

Lad Bible melaporkan bahawa ketua pembangkang N. Chandrababu Naidu telah menuntut agar ‘siasatan yang tidak berat sebelah’ terhadap punca kejadian bagi melihat sama ada orang lain berisiko atau pun tidak.

“Dengan lebih daripada beratus orang yang terjejas sekarang, keadaan di Eluru semakin buruk. Saya menuntut siasatan penuh mengenai kejadian itu. Banjir, taufan atau penjagaan kesihatan, Kerajaan YSRCP telah ditangkap tidur dalam situasi kecemasan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Kejadian misteri ini terjadi semasa Andhra Pradesh sedang menangani pencemaran wabak COVID-19. Kawasan ini adalah yang paling teruk terjejas di India, dengan lebih daripada 800,000 jangkitan.

***P/S : Untuk Remaja semua sentiasalah menjaga penjarakan sosial dan mengenakan topeng muka ketika berada di luar rumah. Prihatin dengan keadaan sekeliling.

Mudah-mudahan kita semua dipelihara dan dilindungi oleh NYA.

Sumber : The Guardian.

Published by
Nana