Tatkala dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu, ia mengingatkan kita kembali kepada virus-virus bahaya yang pernah dialami dalam sejarah dunia.
Bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan manusia, impaknya juga mempengaruhi sistem ekonomi dunia, sekali gus memberi tekanan pada kehidupan seharian.
Namun, untuk pengetahuan korang dunia penah dilanda wabak pelik yang bermula dan berlaku di Strasbourg, Perancis apabila epidemik yang dipanggil sebagai Tarian Saint Vitus ini menyebabkan orang ramai akan menari tanpa henti.
Bermula daripada seorang wanita, Frau Troffea pada 17 Julai 1518, Frau pada awalnya cuma menari di lorong rumahnya dari pagi sehinggalah malam tanpa henti walaupun diarahkan untuk berhenti.
Disebabkan terlampau penat, beliau pengsan. Sedar daripada pengsan, Frau Troffea sambung semula biarpun kakinya berada dalam keadaan bengkak.
Ads
Terpengaruh Menari Tanpa Sedar
Peliknya, ramai yang terpengaruh ikut sama menari apabila melihat Frau menari dan dalam masa seminggu sahaja, mereka yang dijangkiti dikatakan lebih daripada 30 orang dan terus meningkat hingga 400 orang dalam masa sebulan.
Sehinggakan mereka sendiri seakan tidak mampu mengawal lagi diri dan menyebabkan ramai yang meninggal dunia kerana terlampau penat, serangan jantung dan angin ahmar.
Bimbang dengan keadaan ini, pihak berkuasa kemudiannya menyediakan pentas siap dengan iringan ahli muzik dan penari profesional yang dikhaskan untuk mereka yang dijangkiti menari kerana percaya pada teori ‘mereka akan berhenti menari sekiranya menari dengan lebih lama’.
Ads
Namun, inisiatif ini tidak berjaya apabila mangsa epidemik ini meningkat secara mendadak!
Ramai yang menyumbangkan teori mereka mengenai punca bermulanya wabak ini. Sebagai contoh:
Ads
Para paderi berpendapat epidemik ini berpunca daripada sumpahan Orang Suci Katolik, Saint Vitus yang merupakan seorang pendendam.
Pada abad ke-20, pengkaji percaya mereka termakan sejenis roti yang dijangkiti kulat Ergot yang menyebabkan si pemakannya berhalusinasi dan menari tanpa henti.
Ajaran sesat yang percaya lebih lama mereka menari, lebih banyaklah harta yang akan dikurniakan kepada mereka.
Namun yang paling diterima orang ramai ialah teori daripada seorang ahli perubatan, John Waller bahawa ianya bermula akibat daripada gangguan psikologi, Psikogenik yang menyebabkan emosi seseorang itu tertekan.
Seorang ahli fizik pada abad ke-16, Paracelsus percaya Frau pada awalnya menari hanya kerana mahu menjengkelkan suaminya kerana masyarakat pada ketika itu percaya wanita yang menari adalah lambang kepada satu pemikiran bebas dan tidak sopan.
Namun teori ini tidak diterima kerana Paracelsus dikenali sebagai seorang misogini.
Keadaan Frau yang semakin kritikal ini menyebabkan pihak berkuasa bandar terpaksa mengheret beliau ke Gereja Saint Vitus untuk memohon keampunan.
Magisnya, penyakit tersebut berjaya disembuhkan! Selepas itu mereka yang dijangkiti akan dibawa ke Gereja Saint Vitus untuk disembuhkan.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian yang melibatkan pelajar perempuan warganegara Malaysia di Taiwan. Mangsa yang berusia 24 tahun itu merupakan pelajar tahun tiga di Universiti Christian Chang Jun dilaporkan hilang pada 28 Oktober sebelum ditemui mati pada 29 Oktober 2020.
Dalam laporan Taiwan News, ibu bapa kepada suspek lelaki yang didakwa membunuh dan merogol pelajar Malaysia itu mengeksperesikan harapan mereka agar anak mereka itu dijatuhkan hukuman mati bagi memberikan keadilan kepada mangsa.
Kedua mereka turut menyampaikan hasrat untuk bertemu dengan ibu bapa mangsa bagi meminta maaf, namun ibu bapa mangsa yang masih meratapi kematian anak perempuan mereka dilaporkan menolak untuk berjumpa mereka secara berdepan.
Mengimbas kembali kejadian malang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke dormnya pada petang 28 Oktober sebelum ditarik masuk ke dalam kereta oleh seorang tertuduh. Setelah menyerang mangsa secara seksual sebelum menjerutnya sehingga mati. Tertuduh kemudiannya mencuri ytelefon bimbit dan membuang mayatnya di kawasan tepi bukit di Kaohsiung.
***P/S- Kepada semua remaja sila jaga keselamatan diri anda. Semoga kita semua dilindungi dari bahaya.
Sumber: Taiwan News
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini kerajaan negara kita telah pun mengumumkan bahawa akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna melalui Program e-Penjana, kini masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-wallet pengguna mulai bulan ini.
Menurut Berita Harian, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata butiran termasuk mekanisme pengkreditan ke e-wallet pengguna akan diumumkan nanti.
Jelasnya, pihak kerajaan akan mengkreditkan jumlah wang tersebut dalam bulan ini atau sehingga hujung bulan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi program e-Penjana bernilai RM750 juta bermula bulan ini. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 15 juta rakyat bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh.
Bagi korang yang belum mendaftara aplikasi MySejahtera, bolehlah lakukan sekarang kerana bimbang trafik akan menjadi sesak disebabkan ramai yang masih belum mendaftar bagi mendapatkan kredit RM50 ini. Hiks!
Tahun lalu dunia dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki kulit hitam oleh anggota polis Amerika Syarikat yang telah membawa gelombang ‘Black Lives Matter’ ke satu tahap yang lebih tinggi. Remaja berusia 17 tahun itu, Daniella Frazier yang kebetulan ada di tempat kejadian telah merakam insiden tersebut dengan berani tanpa menghiraukan polis tersebut.
Apa yang terjadi?
George Floyd, 46 tahun, telah ditahan oleh pegawai polis yang dikenali dengan nama Derek Chauvin selepas disyaki menggunakan wang palsu bernilai $20 ketika melakukan pembelian di kedai serbaguna.
Tindakan Derek yang menekan leher George yang sedang tertiarap menggunakan lututnya telah menyebabkan lelaki malang itu sesak nafas dan jantungnya berhenti lalu meninggal serta-merta di tempat kejadian. Kes kekasaran polis terhadap lelaki kulit hitam sememangnya tinggi di Amerika Syarikat dan sikap prejudis ini telah menyebabkan banyak konflik terjadi.
Mujurlah ketika kejadian Daniella tanpa gentar merakam kekejaman yang berlaku. Dia yang ketika itu sedang bersiar-siar bersama sepupunya yang berusia 9 tahun sebelum melihat kejadian itu di depan mata. Selain itu, gadis ini turut menjadi saksi di mahkamah bagi menegakkan kebenaran.
Video yang dirakamnya tersebar seluruh dunia dan menimbulkan kemarahan banyak pihak yang mempersoalkan prosedur operasi polis. Ekoran dari insiden ini, perarakan dan juga protes aman ‘Black Lives Matter’ menjadi satu simbol penentangan terhadap kekejaman polis dan juga sikap prejudis terhadap mereka yang berkulit hitam.
Atas keberaniannya, Daniella telah dianugerahkan Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021. Anugerah Hadiah Pulitzer merupakan satu anugerah untuk meraikan surat khabar, kewartawanan atas talian dan majalah, sastera serta komposisi muzik.
Dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, gadis ini menyatakan, “Saya tahu hidup dia berharga. Saya tahu dia di dalam kesakitan. Saya tahu dia seorang lagi lelaki kulit hitam yang tidak berkuasa dan dalam bahaya.”
Sumber: Bernama & deadline.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...