Tatkala dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu, ia mengingatkan kita kembali kepada virus-virus bahaya yang pernah dialami dalam sejarah dunia.
Bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan manusia, impaknya juga mempengaruhi sistem ekonomi dunia, sekali gus memberi tekanan pada kehidupan seharian.
Namun, untuk pengetahuan korang dunia penah dilanda wabak pelik yang bermula dan berlaku di Strasbourg, Perancis apabila epidemik yang dipanggil sebagai Tarian Saint Vitus ini menyebabkan orang ramai akan menari tanpa henti.
Bermula daripada seorang wanita, Frau Troffea pada 17 Julai 1518, Frau pada awalnya cuma menari di lorong rumahnya dari pagi sehinggalah malam tanpa henti walaupun diarahkan untuk berhenti.
Disebabkan terlampau penat, beliau pengsan. Sedar daripada pengsan, Frau Troffea sambung semula biarpun kakinya berada dalam keadaan bengkak.
Terpengaruh Menari Tanpa Sedar
Peliknya, ramai yang terpengaruh ikut sama menari apabila melihat Frau menari dan dalam masa seminggu sahaja, mereka yang dijangkiti dikatakan lebih daripada 30 orang dan terus meningkat hingga 400 orang dalam masa sebulan.
Sehinggakan mereka sendiri seakan tidak mampu mengawal lagi diri dan menyebabkan ramai yang meninggal dunia kerana terlampau penat, serangan jantung dan angin ahmar.
Bimbang dengan keadaan ini, pihak berkuasa kemudiannya menyediakan pentas siap dengan iringan ahli muzik dan penari profesional yang dikhaskan untuk mereka yang dijangkiti menari kerana percaya pada teori ‘mereka akan berhenti menari sekiranya menari dengan lebih lama’.
Namun, inisiatif ini tidak berjaya apabila mangsa epidemik ini meningkat secara mendadak!
Ramai yang menyumbangkan teori mereka mengenai punca bermulanya wabak ini. Sebagai contoh:
Seorang ahli fizik pada abad ke-16, Paracelsus percaya Frau pada awalnya menari hanya kerana mahu menjengkelkan suaminya kerana masyarakat pada ketika itu percaya wanita yang menari adalah lambang kepada satu pemikiran bebas dan tidak sopan.
Namun teori ini tidak diterima kerana Paracelsus dikenali sebagai seorang misogini.
Keadaan Frau yang semakin kritikal ini menyebabkan pihak berkuasa bandar terpaksa mengheret beliau ke Gereja Saint Vitus untuk memohon keampunan.
Magisnya, penyakit tersebut berjaya disembuhkan! Selepas itu mereka yang dijangkiti akan dibawa ke Gereja Saint Vitus untuk disembuhkan.
Sumber: