Met Gala tahun ini meriah disaksikan oleh seluruh dunia disebabkan temanya yang menarik iaitu CAMP. Ia merujuk kepada konsep pakaian yang over-the-top, yang hanya wujud dalam mimpi korang dan bebas untuk digayakan oleh selebriti.
BACA: Zendaya Bertukar Menjadi Cinderella, Konsepnya Lebih Deep Dari Yang Kita Sangka
Walaupun ramai yang memuji beberapa selebriti yang menonjol seperti Lady Gaga, Billy Potter, Katy Perry, Kim Kardashian, Zendaya dan ramai lagi, Met Gala pada tahun ini terasa ‘kosong’ tanpa kehadiran 3 selebriti Hollywood yang sinonim dengan acara terbesar fesyen.
Mereka adalah Taylor Swift, Ariana Grande dan Rihanna – 3 selebriti wanita yang sentiasa dinanti-nantikan semasa acara Met Gala.
Jadi apa alasan mereka bertiga ini untuk ‘terlepas’ menghadirinya? Well, besar kemungkinan ia disebabkan jadual mereka yang bercanggah dengan acara itu.
Contoh seperti Ariana Grande. Penyanyi 7 Rings itu kini sedang sibuk melakukan jelajah konsert untuk album Sweetener dan album Thank You, Next di sekitar Los Angelas, California. Haipp Ari, kata nak berehat sebentar. Sibuk kembali, nampak..
BACA: Ariana Grande Akan Berehat Seketika Kerana ‘Penat’
Berlainan pula dengan ‘Ratu Met Gala’ iaitu Rihanna yang sedikit sebanyak menghampakan peminat fesyen seluruh dunia. Netizen juga dilihat tak habis-habis memuat naik foto Rihanna yang di-photoshop di karpet merah Met Gala.
Tiada alasan kukuh untuk menyatakan kenapa Rihanna memilih untuk tidak hadir, namun dia sempat memuat naik tweet peminatnya ke Instagram. Dia juga memilih Editor-in-Chief majalah Vogue dan BFF Rihanna iaitu Anna Wintour sebagai pakaian terbaik pada malam Selasa lepas.
Now, Taylor Swift. Apa pula alasan penyanyi Me! ini. Ramai juga netizen yang membuat spekulasi dengan menyatakan Taylor enggan bertembung dengan nemesis-nya Katy Perry di tempat yang sama kerana mereka dikatakan masih belum berbaik. Turut hadir pada malam itu ialah Kim Kardashian dan Kanye West yang – err – mempunyai sejarah buruk dengan Taylor.
Jadi mungkin itu adalah sebab utama mengapa Taylor enggan menyertai Met Gala pada tahun ini.
Tahun lalu, dia juga missing-in-action tetapi ia adalah disebabkan percanggahan jadual Met Gala dengan persediaan jelajah konsert Reputation. Namun tahun ini adalah tahun terbaik untuk Taylor mempromosikan single terbarunya, Me! di kalangan media di New York.
Namun Taylor memilih untuk kekal di Notting Hill, London bersama teman lelaki, Joe Alwin. Mungkin dia ingin berehat saja selepas penat bertarung dengan jadual persembahan yang tak putus-putus.
*****
Bukan Taylor, Ariana dan Rihanna saja yang tiada pada tahun ini. Beberapa selebriti terkemuka juga amat kami harapkan berjalan di karpet merah tetapi kami dipaksa kempunan.
Antaranya ialah BTS (terikat dengan komitmen tour), Selena Gomez (menghabiskan masa di Disneyland), Beyonce dan juga Blake Lively (sedang mengandung).