Kecanggihan dan inovasi teknologi dalam bidang kecantikan cepat berubah. Dengan penawaran dan permintaan menggesa pakar perubatan sekeliling dunia untuk memperkenalkan pelbagai kaedah rawatan yang terbaik.
Anda seorang yang sering ragu-ragu untuk masukkan alat kecantikan elektronik ke dalam rutin penjagaan kulit harian? Haaaa..usah khawatir lagi kerana NU Skin hadir selaku jenama sistem peranti kecantikan terlaris di dunia berdasarkan penyelidikan dan metodologi spesifik Euromonitor yang dijalankan dari April hingga Jun 2023.
Untuk pengetahuan semua, Nu Skin Enterprises Inc., peneraju kecantikan dan kesihatan global, telah diiktirafkan sebagai jenama No. 1 dunia untuk sistem peranti kecantikan selama enam tahun berturut-turut oleh Euromonitor International Ltd., yang menerbitkan penyelidikan pasaran paling komprehensif di dunia berkenaan industri penjagaan kulit.
“Kami sangat teruja kerana dapat mengekalkan kedudukan kami sebagai jenama sistem peranti kecantikan No. 1 dunia selama enam tahun berturut-turut; ianya merupakan satu pencapaian yang mengesahkan komitmen padu Nu Skin yang tidak berbelah bahagi menghasilkan rangkaian produk kecantikan yang inovatif dan berkesan.
Ads
Bagi tujuan ini, kami tetap berdedikasi untuk memberi pelanggan kami di Malaysia dengan pengalaman kecantikan di rumah yang transformatif seperti pencapaian terbaharu kami, ageLOC® LumiSpa® iO yang ternyata hebat.
Ini menunjukkan komitmen kami terhadap penjagaan kulit peribadi, menggabungkan formulasi yang disokong secara saintifik dengan teknologi peranti yang dipatenkan,” jelas Hendrix Wong, Naib Presiden, Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia & Brunei.
Nu Skin menawarkan portfolio peranti kecantikan yang dinobatkan anugerah termasuk ageLOC® LumiSpa® iO, yang merupakan peranti rawatan dan pembersihan kulit pintar dengan ciri ketersambungan dan pengasyikkan.
Ads
Dengan teknologi ‘Micropulse Oscillation’ Nu Skin yang dipatenkan, sistem ageLOC® LumiSpa® iO membawa kecantikan terperibadi ke tahap baharu dengan penyesuaian rawatan, bimbingan pintar, penjejakan rutin penjagaan kulit dan lain-lain. Canggih kan?
Kalau korang nak tahu, ageLOC® LumiSpa® iO telah dinamakan ‘Product of the Year’ pada tahun 2022 oleh Business Intelligence Group dan merupakan inovasi yang diiktirafkan dengan Anugerah Edison, Anugerah NewBeauty dan dua Anugerah Gold Globee.
Peranti lain yang juga termasuk dalam jenama Nu Skin DREAM Team adalah ageLOC® Galvanic Spa®, ageLOC® Galvanic Body Spa®, ageLOC Boost® dan ageLOC® LumiSpa® iO untuk menangani pelbagai masalah penjagaan kulit utama seperti kecerahan, pembersihan, keanjalan, penghidratan, jerawat dan penampilan garis dan kedutan.
Ads
Jadi usah ragu-ragu lagi dengan peranti kecantikan elektronik kerana dengan adanya jenama yang diiktiraf dan dipercayai seperti NU Skin, kulit muka anda akan lebih sihat, mulus dan bebas dari kedutan!
Untuk maklumat lanjut tentang produk kecantikan dan kesihatan Nu Skin, sila layari www.nuskin.com.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: NU Skin
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mel Vianna Lai telah dinobatkan sebagai Mrs Petite Global Malaysia 2023 selepas menewaskan sembilan finalis lain dari seluruh Malaysia semasa majlis penutup yang diadakan di Platform Seni Persembahan, Menara TTDI Kuala Lumpur baru-baru ini.
Gadis Iban berusia 39 tahun dari Bintulu itu membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hadiah lain.
“Dengan memenangi gelaran ini, saya berpeluang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, Mrs Petite Global, pada Januari tahun depan.
“Saya berharap dapat membanggakan Malaysia dan meneruskan tradisi kemenangan berturut-turut untuk Malaysia sejak pemenang tahun lepas Joyce Nyupeh, juga berasal dari negara tercinta,” kata Mel.
Ahli perniagaan wanita itu, yang mengaku sebagai “seorang yang sangat pemalu”, berkata pertandingan itu adalah platform yang baik untuk wanita yang sudah berkahwin sepertinya keluar dari zon selesa mereka.
“Banyak yang saya pelajari melalui perjalanan itu, terutamanya pengucapan awam, kemahiran komunikasi, cara catwalk, dan juga cara menjadi ratu cantik,” katanya.
Kejayaan Mel bukan sahaja menandakan pencapaian peribadinya tetapi juga komitmennya untuk memberi kembali kepada masyarakat.
“Saya ingin membantu kanak-kanak kurang berkemampuan yang tidak mendapat akses pendidikan yang sewajarnya, khususnya di Sarawak. Pendidikan adalah jalan terbaik keluar daripada kemiskinan sebahagiannya kerana ia berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah masyarakat,” tambahnya.
Mel juga memenangi gelaran Darling of the Crowd, Anugerah Popular, Gaun Malam Terbaik dan Anugerah Media Sosial.
Mengambil tempat naib juara pertama ialah Zulaikha Safuan, seorang jurutera telekomunikasi gentian optik berusia 34 tahun dari Johor Bahru.
Keysha Kumar, seorang eksekutif pemerolehan berusia 32 tahun dari Kuala Lumpur, mendapat tempat ketiga dan turut memenangi Congeniality Award.
Mrs Petite Global, yang telah memasuki edisi kedua, telah ditubuhkan di Malaysia pada 2021 oleh pengasas Tiara Management, Nickson Sim.
Ia bertujuan untuk menggalakkan pemerkasaan wanita melalui situasi sosial yang berbeza dan mentakrifkan semula konsep kecantikan dengan membuka pintu untuk wanita berbadan kecil yang sudah berkahwin, bahawa mereka juga berkebolehan, bijak dan mampu ke hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: The Borneo Post
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
7 selebriti bertudung dari negara jiran ini membuktikan, bertudung dan menyarungkan pakaian yang menutup aurat tetap boleh berfesyen dan menyerlahkan kecantikan.
Walaupun pakai tudung, style dan penampilan mereka tetap on point, sentiasa kelihatan chic dan kemas. No wonderlah ramai remaja jadikan gaya mereka ni sebagai inspirasi untuk bergaya
SIVIA AZIZAH
Bekas ahli Girlband Blink ini memutuskan untuk mengenakan tudung pada 2017.
Banyak sebab kenapa Sivia bertudung, salah satunya kerana faktor usia. Selepas bertudung, Sivia kini menjadi inspirasi wanita dan peminatnya.
ZEEZEE SHAHAB
Zeezee Shahab juga antara selebriti bertudung yang sangat cantik. Zeezee mengambil keputusan untuk memakai tudung selepas melahirkan anak pertamanya.
Sejak menutup aurat, Zeezee kelihatan semakin cantik dan anggun.
RIA RICIS
Siapa yang tidak kenal dengan YouTuber nombor satu Indonesia ini. Ria Ricis pertama kali memakai tudung ketika menuntut di kolej.
Kemudiannya Ria Ricis memilih untuk bertudung sepenuhnya sehingga kini. Adik kepada pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi ini semakin menawan terutama selepas bergelar ibu.
CITRA KIRANA
Citra Kirana mula bertudung bertudung sejak 2019. Selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah, Citra mengambil keputusan untuk memakai tudung.
Niatnya hanyalah satu, ingin menjadi wanita yang lebih baik. Biarpun telah bertudung, Citra masih aktif dalam dunia hiburan.
CUT SYIFA
Cut Syifa mula bertudung pada awal 2021. Dia mengambil keputusan untuk memakai tudung kerana telah mendapat hidayah dan tiba masanya untuk menutup aurat.
Selepas bertudung, kecantikan Cut Syifa semakin menyerlah.
NINA ZATULINI
Artis bertudung seterusnya ialah Nina Zatulini. Nina mengambil keputusan untuk bertudung selepas melahirkan anak pertamanya pada 2016.
Selain mengambil keputusan untuk bertudung, Nina juga mahu berehat dari dunia hiburan kerana ingin fokus menjaga keluarga kecilnya.
CUT MEYRISKA
Cut Meyriska memutuskan untuk memakai tudung pada 2019 kerana ingin mendekatkan diri kepada Pencipta.
Walaupun sudah bertudung, Cut Meyriska tetap nampak cantik dan menawan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Artikel ini diambil dan diolah dari Hijabista.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setakat semalam, diberitakan 428 rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19 dengan 9 di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) (setakat artikel ini ditulis) Marilah kita sama-sama berdoa agar pesakit di ICU sembuh dengan segera dan pulang ke pangkuan keluarga tercinta.
Memandangkan kes Covid-19 mencapai status pandemic seperti diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sudah tentu ramai terfikir, adakah semua hospital-hospital kerajaan yang ada di negara kita mengendalikan kes Covid-19 ini?
Rata-rata rakyat memakai mask bagi mengelak wabak ini menular
Hospital Sungai Buloh tidak lagi menerima kes-kes lain sebaliknya hanya Covid-19
Untuk pengetahuan semua, beberapa buah hospital terpilih sahaja mengendalikan kes-kes disyaki (PUI) dan sahih Covid-19.
Senarai hospital ini adalah Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi warga Lembah Klang manakala di Utara pula hospital yang terlibat ialah Hospital Tuanku Fauziah, Perlis dan Hospital Sultanah Maliha (dahulunya Hospital Langkawi), Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Kulim selain Hospital Pulau Pinang.
Bagi warga Perak pula, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mengendalikan kes-kes disyaki dan sahih Covid-19.
Bagi warga Seremban dan Melaka pula, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Melaka antara yang tersenarai.
Untuk orang Selatan, Hospital Sultanah Aminah disenaraikan.
Hospital kerajaan yang berada dalam senarai untuk pemeriksaan Covid-19
Bagi negeri di Pantai Timur pula, khusus untuk penduduk Kelantan, Hospital yang disenaraikan adalah seperti berikut. Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Hospital Sultan Ismail Petra dan Hospital Tumpat.
Bagi warga Terengganu pula, kalau rasa korang tak sihat badan dan ada menunjukkan tanda-tanda dah dijangkiti virus Covid-19 seperti diwar-warkan dalam semua portal bolehlah pergi dapatkan rujukan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Bagi warga Pahang pula, Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak pula, antara hospital yang terlibat ialah Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu, Hospital Of Duchess Kent Sandakan, Hospital Tawau, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.
Bagi warga Sarawak pula, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu.
Jadi kalau ada tanda-tanda dan rasa was-was akan keadaan kesihatan korang, bolehlah datang ke hospital yang disenaraikan di atas ya. Dan kalau sakit-sakit biasa tu kalau boleh pergi ke hospital lain carilah dulu hospital lain terutama bagi Hospital Sungai Buloh yang diumumkan sebagai hospital sepenuhnya untuk kes Covid-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...