Foto: CNET

Kes positif COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi mencatatkan angka yang membimbangkan, malah lebih ramai kenalan rapat mula dijangkiti virus pandemik ini. Risau, panik, sedih, perasaan bercampur baur memikirkan sekiranya ia berlaku kepada diri dan keluarga sendiri.

Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada wabak ini, namun seeloknya biarlah kita mempunyai sedikit pengetahuan tentang keperluan atau apa sahaja yang perlu dilakukan sekiranya ia berlaku di depan mata.

Korang boleh rujuk laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau pun Public Health Malaysia bagi mendapatkan info dan panduan berkaitan COVID-19.

Kali ini, Remaja nak kongsikan alat perubatan yang perlu ada ketika pandemik untuk dijadikan rujukan apabila perlu.

Tak salah kalau kita ambil tahu dan jadi lebih peka terhadap orang sekeliling kan? Berikut antara yang dikongsi oleh Public Health Malaysia.

1. Alat tekanan darah

Alat Perubatan Yang Perlu Ada Di Rumah Ketika Waktu Pandemik, Semua Wajib Ambil Tahu
Foto: Medshop Malaysia

Mengukur tekanan darah dan kadar nadi. Tekanan darah normal adalah:

• Sistolik: 120 (julat 90-139) mmHg
• Diastolik: 80 (julat 60-89)
Sistolik bawah <90 atau diastolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Nadi yang normal adalah 60-100 degupan jantung seminit.

Ads

2. Termometer

Alat Perubatan Yang Perlu Ada Di Rumah Ketika Waktu Pandemik, Semua Wajib Ambil Tahu
Foto: Healthline

Termometer untuk mengukur suhu badan. Suhu 37.5 darjah Celsius atau lebih dikira demam. Suhu melebihi 39.4 darjah Celsius dikira demam tahap tinggi.

3. Oximeter

Alat Perubatan Yang Perlu Ada Di Rumah Ketika Waktu Pandemik, Semua Wajib Ambil Tahu
Foto: BBC

Posisi jari memainkan peranan dalam bacaan. Pembetulan posisi jari atau percubaan jari lain digalakkan jika bacaan tidak selari.

• 95 dan ke atas: Teruskan pemantauan di rumah
• 93-94: Dapatkan nasihat doktor
• 92 atau kurang: Kecemasan, dapatkan nasihat segera- telefon 999

Duduk & bangun

Duduk tegak, paha dan lutut 90 darjah dengan SPO2 di jari. Mulakan jam randik. Bangun dengan tegak dan duduk semula. Ulang sehingga seminit.

Ads

Tanda oksigen bahaya

Oximeter menurun tiga peratus dan terdapat sesak nafas.

Kiraan nafas

Minta bantuan untuk mengira kadar pernafasan. Gunakan jam randik kira pernafasan dalam masa seminit.

Ads

– Tahap sederhana

Oximeter 93-94 peratus dan nafas 21-30 nafas seminit

– Tahap teruk

Oximeter kurang dari 93 dan nafas lebih dari 30 nafas seminit

Jika pesakit berada dalam keadaan yang teruk, korang boleh terus hubungi talian 999 untuk dapatkan bantuan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI