Kes positif COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi mencatatkan angka yang membimbangkan, malah lebih ramai kenalan rapat mula dijangkiti virus pandemik ini. Risau, panik, sedih, perasaan bercampur baur memikirkan sekiranya ia berlaku kepada diri dan keluarga sendiri.
Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada wabak ini, namun seeloknya biarlah kita mempunyai sedikit pengetahuan tentang keperluan atau apa sahaja yang perlu dilakukan sekiranya ia berlaku di depan mata.
Korang boleh rujuk laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) atau pun Public Health Malaysia bagi mendapatkan info dan panduan berkaitan COVID-19.Kali ini, Remaja nak kongsikan alat perubatan yang perlu ada ketika pandemik untuk dijadikan rujukan apabila perlu.
Tak salah kalau kita ambil tahu dan jadi lebih peka terhadap orang sekeliling kan? Berikut antara yang dikongsi oleh Public Health Malaysia.
Mengukur tekanan darah dan kadar nadi. Tekanan darah normal adalah:
• Sistolik: 120 (julat 90-139) mmHg
• Diastolik: 80 (julat 60-89)
Sistolik bawah <90 atau diastolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Nadi yang normal adalah 60-100 degupan jantung seminit.
Termometer untuk mengukur suhu badan. Suhu 37.5 darjah Celsius atau lebih dikira demam. Suhu melebihi 39.4 darjah Celsius dikira demam tahap tinggi.
Posisi jari memainkan peranan dalam bacaan. Pembetulan posisi jari atau percubaan jari lain digalakkan jika bacaan tidak selari.
• 95 dan ke atas: Teruskan pemantauan di rumah
• 93-94: Dapatkan nasihat doktor
• 92 atau kurang: Kecemasan, dapatkan nasihat segera- telefon 999
Duduk & bangun
Duduk tegak, paha dan lutut 90 darjah dengan SPO2 di jari. Mulakan jam randik. Bangun dengan tegak dan duduk semula. Ulang sehingga seminit.
Tanda oksigen bahaya
Oximeter menurun tiga peratus dan terdapat sesak nafas.
Kiraan nafas
Minta bantuan untuk mengira kadar pernafasan. Gunakan jam randik kira pernafasan dalam masa seminit.
– Tahap sederhana
Oximeter 93-94 peratus dan nafas 21-30 nafas seminit
– Tahap teruk
Oximeter kurang dari 93 dan nafas lebih dari 30 nafas seminit
Jika pesakit berada dalam keadaan yang teruk, korang boleh terus hubungi talian 999 untuk dapatkan bantuan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)