Baru-baru ini, GF Entertainment, syarikat agensi kepada kumpulan K-Pop terkenal, KINGDOM, mendapat kecaman teruk dari warganet dek kerana ‘cover album’ kumpulan tersebut.
Pada 19 September, KINGDOM mengumumkan album mereka yang seterusnya iaitu History Of Kingdom: Part VII kepada para peminat yang setia menanti selama ini.
Bagaimanapun, selepas sneak peak album mereka dikongsi, ramai peminat terkejut melihat reka bentuk album itu yang dikatakan amat mirip dengan kitab suci Islam, Al-Quran.
Apabila dibandingkan, amat mudah untuk melihat similariti reka bentuk antara album tersebut dan kitab suci bagi penganut agama Islam itu.
Ads
Hanya terdapat satu perbezaan utama iaitu simbol KINGDOM menggantikan tajuk di bahagian tengah album.
Bagi orang Islam, al-Quran adalah kitab suci ajaran yang harus dihormati dan dimuliakan, maka apabila mereka mendapat tahu terdapat similariti yang amat jelas digunakan bagi mempromosikan konsep kumpulan K-Pop tersebut, ianya telah menyinggung perasaan mereka.
Peminat juga dikhabarkan telah mula menghubungi GF Entertainment dengan harapan untuk agar reka bentuk album itu diubah secepat mungkin.
Ads
Akhirnya, pada 21 September, GF Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa tarikh penjualan album tersebut akan ditangguhkan dengan alasan ‘faktor dalaman’.
“Hello. Ini ialah GF Entertainment. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada semua peminat di atas sokongan anda semua terhadap KINGDOM,
“Album mini ke-7 KINGDOM, ‘History of Kingdom : Part VII. JAHAN,’ yang dijadualkan dikeluarkan hari ini pada pukul 2 petang hari ini telah ditangguhkan atas faktor dalaman,
“Kami ingin meminta maaf kerana telah mengecewakan para peminat dengan berita mengejut mengenai perubahan ini. Kami akan memberitahu anda sebaik sahaja jadual baharu disahkan,” jelas agensi tersebut.
Ads
Namun sedikit mengecewakan apabila syarikat agensi rakaman tersebut tidak memberi sebarang komen atau permohonan maaf mengenai isu sensitif yang telah menyinggung perasaan peminat beragama Islam tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Dispatch, GF Entertainment
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ternyata apa yang dibolehkan di negara kita tidak dibenarkan di negara lain.
Jika kita tiada sekatan terhadap kemudahan internet hingga tersenarai di tangga pertama di Asia sebagai rakyat paling banyak melayari laman web lucah PornHub (Oh No! Malaysia semua boleh?) pastinya ia berbeza dengan peraturan di negara lain.
Cerita tentang “nasi lemak” kecik juga sengaja ditayangkan di media sosial dengan masing-masing ada alasan tersendiri namun ia tetap mengundang komen negetif masyarakat. Dan pastinya kalau ini gayanya di Mesir, mungkin sudah ada kenduri kita kena hadir.
Terbaru dalam memastikan rakyatnya tidak terlalu “terdedah” kepada budaya kepincangan, bintang-bintang muda TikTok menjadi sasaran terbaharu pihak berkuasa Mesir yang menuduh golongan itu sebagai penyebar kemaksiatan dalam masyarakat.
Sejak Presiden Abdel Fatah al-Sisi berkuasa pada 2014, ratusan wartawan, aktivis, peguam dan ahli intelektual sudah ditahan dan banyak laman web disekat atas alasan keselamatan negara. The Guardian dipetik melaporkan beberapa bulan kebelakangan ini kumpulan wanita popular di media sosial juga membangkitkan kemarahan pemerintah dan ada yang sudah ditahan.
Penuntut universiti, Haneen Hossam dituduh mempromosikan pelacuran dan ditahan pada April selepas dia menyiarkan klip video memberitahu lebih 1.3 juta pengikutnya bahawa perempuan boleh menjana wang menerusi TikTok.
Mowada al-Adham yang dikenali dengan klip sindiran di TikTok dan Instagram pula ditahan pada Mei.
Pihak pendakwaan memaklumkan kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan mengancam nilai kekeluargaan masyarakat Mesir, melalui hantaran mereka di media sosial.
Mahkamah memerintahkan Hossam dibebaskan dengan jaminan minggu lalu, namun pendakwa raya pada Khamis memberitahu dia ditahan semula selepas penemuan bukti terbaharu.
Lewat Mei berlaku kes yang lebih mengejutkan apabila remaja perempuan berusia 17 tahun dengan muka yang penuh lebam, memuat naik video di TikTok mendakwa dirogol sekumpulan lelaki. Pihak berkuasa pula bertindak menahannya bersama enam lelaki yang didakwa menyerangnya dan semua mereka didakwa atas tuduhan mempromosikan pesta seks. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 36 masih lagi terasa dan tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah kerana berjaya menjadi juara menerusi lagu Pelukan Angkasa.
Namun begitu, ada satu berita kurang baik yang diterima kerana polis telah mengesan tindakan sekumpulan indivisu berpelukan pada malam itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Menurut Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita. Pihak polis sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.
Semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.
Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menghadiahkan sebuah motosikal Honda Beat 2023 kepada keluarga seorang murid perempuan yang tular terpaksa berjalan kaki sejauh 6 kilometer ke sekolah disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh bapa mereka.
Menerusi hantaran di laman Instagram, suami kepada pempengaruh Syafiqah Aina itu berkongsi pengalaman menziarahi kediaman murid tersebut yang terletak di Kelantan, di mana dia turut memberikan sumbangan berupa barang keperluan rumah.
Dalam perkongsian sama, dapat dilihat Hafiz membawa bapa murid tersebut ke sebuah kedai motosikal, dan memberi mereka peluang untuk memilih jenis motosikal yang diinginkan.
Setelah membeli motosikal berwarna kuning itu, Hafiz kemudian membawa keluarga tersebut berbelanja pakaian harian serta barang keperluan rumah.
“Waktu saya hadiahkan keluarga ni motor, saya melihat moment ni. Bila di kedai motor, Pakcik ni suruh anak-anak dia yang pilih colour apa yang nak. Bila di supermarket, banyak kali saya cakap, pakcik amik la baju untuk pakcik.
“Apa yang dicapai dulu oleh pakcik ni adalah susu anak dan barang sekolah anak-anak dulu sambil pimpin anak anak dia. Sampai di rak makan, dia teman anak-anak dia ambil makanan yang anak dia nak.
“Bila selesai semua perkara, Anak dia datang dan cakap. ‘Abe, terima kasih bantu keluarga’. Saya kata pada dia..’Dulu dan selama ni, Orang orang susah yang bantu, doa dan support business abe’. Hari ini abe nak wi balik dengan semampu yang boleh,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hafiz berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga murid tersebut dalam menjalani kehidupan seharian mereka, selain dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memudahkan urusannya untuk berkunjung ke kediaman keluarga tersebut.
“Saya tak sabar nak melihat 20-30 tahun akan datang, anak-anak ini akan melihat kenangan ini. Belajar dan carilah ilmu. Bila berjaya nanti, tarik dan didik anak anak kami di esok hari.
“Terima Kasih Abe hae, imam kampung abal, jep, guru guru dan semua yang terlibat untuk membantu keluarga ini mahu pun keluarga-keluarga yang lain,” kata Hafiz.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...