
Hebat betul penangan J-Hope dari Bangtan Boys. Dan inilah sokongan yang luar biasa diberikan oleh peminat BTS yang dikenali dengan nama ARMY.
Semalam, J-Hope telah melancarkan album mixtape yang sudah sekian lama dinantikan oleh peminat K-pop global bertajuk ‘Hope World’. Apa yang menarik selepas pelancaran tersebut, J-Hope telah mencipta rekod terbaru bagi artis solo Korea dengan mnduduki tempat pertama paling banyak di seluruh dunia.
Menurut laporan, pada hari ini mixtape J-Hope tersebut telah mendominasi carta iTunes di seluruh dunia sebaik sahaja ia dikeluarkan. ‘Hope World’ menduduki tangga pertama di iTunes Top Albums Chart di lebih 63 buah negara seperti Amerika Syarikat, England, Kanada, Brazil, Australia dan banyak lagi.
Single daripada mixtape tersebut berjudul ‘Daydream’ juga menjadi menjuarai beberapa carta iTunes Top Song Chart di seluruh dunia.
Mengulas tentang mixtape terbarunya ini, J-Hope berkata ia merupakan impiannya yang sudah sekian lama diimpikan. Menghasilkan sebuah mixtape yang unik dengan muzik pelbagai ‘warna’, dia mahu menceritakan kisah perjalanan muziknya menerusi album istimewa ini.
Tahniah Remaja ucapkan buat J-Hope! Korang ARMY semua memang hebat dan power!
Sumber: Naver TV
Ikan Peliharaan Pun Boleh Bersiar-Siar, Idea Inovasi YouTuber Cipta Akuarium Beroda

Kasih kepada haiwan peliharaan bukan seperti mainan, namun haiwan tersebut sudah dianggap seperti sebahagian daripada keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN : “Haiwan Juga Keluarga Kita”, Kempen ‘Kibar Bendera Merah’ Dilancarkan Untuk Bantu Haiwan Peliharaan
Jika kebiasaannya haiwan kesayangan seperti kucing atau anjing dipilih untuk dibawa bersiar-siar di luar rumah, namun kini ikan peliharaan pun sudah boleh dibawa jalan-jalan! Agak-agak korang macam manalah gayanya nak bawa ikan keluar rumah bersiar-siar?
Umum sedia tahu, ikan adalah hidupan di dalam air dan memerlukannya untuk terus hidup. Jadi bagaimanakah caranya untuk bawa ikan jalan-jalan?

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Taipei telah menarik perhatian warganet oleh ciptaannya sendiri dengan akuarium ikan boleh dibawa ke mana sahaja.
Perkara ini bermula apabila terdapat individu telah memuat naik gambar seorang lelaki sedang membawa ikan peliharaan berjalan-jalan menggunakan alat yang berbentuk seperti tangki ikan yang boleh ditolak menggunakan roda.
Lebih praktikal lagi, tangki ikan tersebut dilengkapi dengan sistem penapisan berkuasa bateri, pam udara untuk oksigen serta sistem pencahayaan yang membolehkan tangki ikan itu digunakan pada waktu malam.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang YouTuber DIY popular dari Taiwan yang bernama Huang Xiaojie atau dikenali sebagai Jerry.
Jerry yang memiliki 555,000 subscribers telah berkongsi video sepanjang proses dia mencipta akuarium itu. Menurut Jerry, proses pembuatan akuarium ini adalah satu cabaran sukar tetapi berasa puas hati apabila ciptaannya itu berjaya digunakan.
Wah…untungnya jadi ikan emas kan, dapat bersiar-siar di taman…hehe
BACA LAGI : Lady Gaga Tawar RM2 Juta Cari Anjing Peliharaannya Yang Dicuri
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: [1]
Dilabel ‘Racist’ Tinggalkan Komen Tentang Konsert AR Rahman, Pemain Hoki Negara Mohon Maaf

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Malah, isu perkauman bukan satu benda yang boleh dibuat main apatah lagi gurauan.
ARTIKEL BERKAITAN : “Tidak Pernah Sesekali Hadapi Isu Perkauman,” – Mekyun Coret Nota Menyentuh Hati Tentang Kampungnya, Kelantan
Baru-baru ini, seorang atlet hoki kebangsaan yang dikenali sebagai Hanis Onn telah meninggalkan komen di sebuah posting yang dimuat naik oleh Kosmo!! Malah, komen itu juga dikatakan berbau perkauman.
Meskipun konsert itu berjalan dengan penuh meriah namun terdapat satu isu yang tular di media sosial apabila seorang pemain hoki wanita negara mengeluarkan komen berbaur perkauman berkaitan konsert berkenaan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan atlet tersebut. Pun begitu, komen tersebut telah pun dipadam dan rentetan itu Hanis turut memohon maaf secara terbuka mengenai kenyataannya menerusi laman Twitter miliknya.
“Dengan ini saya berasa menyesal di atas kecuaian saya dan dengan penuh rasa kesedaran sekali lagi saya memohon jutaan kemaafan kepada yang terkesan,” tulisnya.
Untuk info, hujung minggu lepas, penyanyi dan komposer ternama dari India AR Rahman menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan menghiburkan seramai 60,000 orang penonton.
Konsert yang diadakan bersempena 30 tahun perjalanan karier muziknya itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Ismail, hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Duta India ke Malaysia, BN Reddy.
Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak tinggalkan komen buruk padahnya. Jadi fikir dua tiga kali ye apa yang ditulis okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ciumlah Sepuasnya, Itu Tanda Kasih Terakhir Kita! Tiada Istilah Batal Air Sembahyang Pada Jenazah

Jangan sampai kena air mata, nanti batal wuduk. Inilah yang selalu kita dengar dari mulut orang tua menyuruh berhati-hati mencium jenazah.
Bagi yang kurang arif atau tak tahu dan mempercayainya, dengan air mata diseka kita mencium arwah bapa, arwah ibu, arwah suami, arwah isteri, adik beradik, anak-anak dan lain lagi dengan sepantasnya. Bimbang jika air mata kita itu membatalkan wuduk jenazah.
Benarkah batal wuduk pada jenazah seperti yang selalu orang tua cakap? Padahal itulah ciuman kasih terakhir kita untuk orang yang kita kasihi di dunia ini.
REMAJA menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan Haji Mohd Yusof yang sudah lebih 20 tahun berpengalaman dalam pengurusan jenazah.

“Tiada istilah batal wuduk pada jenazah kerana orang yang sudah meninggal dunia semua amalannya sudah terputus di dunia,”demikian jelas Ustaz Hamdan.
Tambahnya lagi, yang batal wuduk ialah pada orang yang menciumnya seperti suami/ isteri sahaja atau mana-mana hubungan yang bukan mahram. Sebagai contoh, anak saudara mencium jenazah bapa saudara dan lain lagi.
“Kalau adik beradik mencium jenazah adik beradiknya pun tak batal wuduk pada yang mencium itu. Sebagaimana hubungan semasa masih hidup iaitu siapa yang boleh kita salam dan siapa yang kita tak boleh salam, itulah juga pada soal batal wuduk pada yang mencium jenazah ini,”katanya memaklumkan, jika suami meninggal dan isteri mencium dahi untuk penghormatan terakhir, yang batal adalah wuduk isteri di mana isteri perlu mengambil semula wuduk jika ingin sama mengikut solat jenazah.
“Hal yang sama jika isteri meninggal dan suami mencium dahinya. Suami perlu ambil wuduk semula kalau nak solat jenazah. Tapi kalau anak-anak mencium jenazah ibu, ayah, nenek dan sebagainya, tiada istilah batal wuduk pada yang menciumnya dan boleh ikut terus solat jenazah,”katanya memaklumkan orang sudah meninggal tiada istilah batal air wuduk pun.

Menangislah kerana ia emosi kesedihan
Jelas Ustaz Hamdan, sesiapa sahaja yang kehilangan orang disayangi, adalah wajar untuk berasa sedih dan mengeluarkan air mata. Ia berkaitan dengan emosi dan perasaan sedih dan tidak salah untuk kita berasa sedih ketika mencium jenazah. Tiada istilah air mata membatalkan wuduk jenazah walau jenazah memang diwudukkan selepas selesai dimandikan.
“Yang dilarang sama sekali ialah meratap, meraung atau mengoyak-goyak sesuatu seperti kain seolah-olah kita tidak boleh menerima hakikat orang yang kita kasihi sudah tiada. Ini dilarang sama sekali dan perbuatan seumpama ini seperti orang di zaman jahiliyah. Hidup lawannya mati dan begitulah sebaliknya. Kita boleh menangis, ia melibatkan emosi dan perasaan dan hal itu tidak salah.
“Kita dilarang sama sekali mengeluh atau meratapi mayat dengan kata-kata dan perbuatan yang menampakkan kegelisahan dan hilang kesabaran seperti menyebut peribadinya dengan kata-kata aduhai baiknya atau mulianya dia.Dan perbuatan menepuk dada, mengoyak baju dan sebagainya adalah haram. Rasulullah SAW telah melarangnya dengan tegas dalam beberapa hadis yang sahih kerana ia bertentangan dengan kepatuhan kepada Allah dan kesediaan menerima qada dan qadar dariNya,”kata Ustaz Hamdan lagi.

Pada yang kehilangan itu, ciumlah jenazah sepuasnya.Biarlah air mata kita terkena pada jenazah pun, tidak ada apa yang terbatal pun seperti mana orang tua selalu bagi nasihat. Ya peluklah dan menangislah kerana itu pelukan terakhir kita untuk orang kita sayangi.