
Baru sahaja melancarkan poster teaser album single pertama LALISA secara rasmi, ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban telah pun memecahkan rekod dengan mendapat pra-tempah albumnya itu sebanyak 100,000 unit.
Hanya dalam masa 27 jam, Lisa sekali gus mencipta rekod apabila menjadi artis wanita K-pop pertama yang merekodkan jualan terpantas dalam sejarah Ktown4U.
Album LALISA mencatatkan jualan lebih daripada 96,000 pra-tempah dalam masa 24 jam di Ktown4U dan menjadikannya penyanyi wanita pertama yang berjaya memecahkan rekod itu.
Pencapaian ini menjadikannya lebih hebat kerana rekod yang dicatat ini hanya berdasarkan sebuah laman web iaitu Ktown4U.
Album single terbaru Lisa Blackpink ini bakal dilancarkan pada 10 September depan pada pukul 1 petang waktu Korea Selatan.
Pasti ramai peminat yang sudah tidak sabar menantikan album single terbaru dari Lisa Manoban ini. Tahniah Lisa!
Sumber: (1)
Tiket Paling Murah Konsert OneRepublic Di Malaysia Sold Out

Bulan April tahun ini pastinya tak akan lekang daripada kehadiran penyanyi antarabangsa ke Malaysia.
Sejak berita kehadiran kumpulan pop rock dari Amerika Syarikat, One Republic akan datang ke Malaysia tersebar pada Februari lepas, rata-rata peminat tidak mahu lepaskan peluang untuk membeli tiket paling murah berharga RM178. Dan semalam, tiket kategori CAT4 itu secara rasminya telah dikatakan habis dijual.

Harga tiket lain yang masih dijual pula adalah sekitar RM298, RM398, RM498 dan tiket Rock Zone yang berharga RM578. Menariknya, tiket duduk VIP bernombor yang berharga RM669 juga dikatakan laris dijual walaupun ia tiket paling mahal yang ditawarkan.
Situasi sold out ini kemungkinan berlaku disebabkan sudah 5 tahun telah berlalu sejak mereka berkunjung ke Kuala Lumpur untuk persembahan secara live.
Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment ini merupakan siri promosi album keempat kumpulan tersebut yang berjudul Oh My My. Pastinya banyak lagu-lagu baru yang akan dipersembahkan oleh mereka.
Namun, jangan risau. One Republic juga dikatakan akan memasukkan beberapa buah lagu popular mereka daripada album terdahulu, seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself.
Bagi korang yang masih belum mendapatkan tiket konsert OneRepublic, tiket boleh dibeli daripada wakil jualan di Eden Ultimate 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One Petaling Jaya, Blonde & Bruenette Quill City Mall Kuala Lumpur, Eastern Records Sdn Bhd, Rock Corner The Gardens dan rangkaian Speedy yang terpilih.
Layari Facebook @wgwentertainment untuk info terkini.
Atiq Azman Saksi Zynakal Kemalangan Motosikal Selepas Turun Dari Genting Highlands

Kemalangan jalan raya sememangnya tidak berbau biar secekap mana pun pemandu atau penunggang motosikal. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi dan penerbit rakaman, Zynakal yang terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika sedang menunggang motosikal miliknya di sebuah persimpangan jalan terletak di Sentul, Kuala Lumpur.
Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengikuti trip menunggang motosikal bersama rakan-rakan lain termasuklah pelakon, Atiq Azman dan Nabil Aqil ke Genting Highlands.
Atiq ketika dihubungi REMAJA memberitahu bahawa kemalangan tersebut bersifat minor dan Zyn tercedera di lutut; bahagian badan sama yang tercedera sewaktu Zyn terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya, tidak lama dahulu.
“Sebenarnya kami hanya ke Genting Highlandsuntuk melihat pemandangan matahari terbenam. Tiada perancangan di luar jangkaan pun. Setelah tiba di sana kira-kira jam 7 petang; sedikit terlambat daripada waktu yang kami rancang sebabkan kesesakan trafik, kami turun semula dari puncak pada jam 9 malam.
“Ketika dalam perjalanan pulang, kami sempat lagi berhenti di stesen minyak berdekatan tol Gombak bagi memastikan kelima-lima ahli (termasuk seorang rakan Atiq dan seorang rakan Nabil) ada. Saya kemudian mengekori motosikal Zyn untuk menghantarnya pulang ke rumah.
“Setiba di satu simpang jalan, ada sebuah kereta yang tidak dapat mengagak ingin belok ke kanan atau ke kiri. Waktu itu, Zyn berada betul-betul di belakang kereta itu. Kereta seakan ingin belok ke kanan tetapi pemandu kemudian belok semula ke kiri tanpa memberi signal. Akibat perbuatan itu, Zyn terpaksa brek kecemasan bagi mengelak kereta yang ada di laluan kiri.”
“Mujur Zyn tidak terlanggar mana-mana kereta dan dia hanya terjatuh ke jalan,” kongsi Atiq yang berpengalaman menunggang motosikal berkuasa tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Okay, Peha Teruk Sikit” Atiq Azman Syukur Selamat Kemalangan Motosikal – REMAJA
BACA LAGI: Raja Atiq ‘Buat Hal’ Lagi.. Kali Ini Bahu Pula Tercedera – REMAJA
Tambah Atiq, dia terus bergegas ke Zyn dan mendapati penyanyi itu mengalami kecederaan di bahagian parut lamanya namun tidak mengalami kecederaan serius lain. Zyn kemudian dibawa ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Bila berlaku kejadian sebegini, nasihat saya kepada penunggang remaja adalah untuk menjaga kebajikan rakan kita itu seperti keluarga sendiri. Hentikan kereta atau motosikal di bahu jalan agar tidak menganggu laluan orang lain dan hubungi nombor kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
“Jangan sesekali cuba menimbulkan pergaduhan. Jangan ajak geng untuk pukul seseorang kerana negara kita ada undang-undang.”
“Tidak kiralah kita berada di pihak benar ataupun salah; jika boleh selesaikan kes secara baik, itu lebih bagus.”
“Saya pun pernah terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dan saya belajar daripada cara rakan-rakan saya menguruskan situasi pada waktu itu,” katanya.
Dalam perkembangan lain. Atiq baharu sahaja menamatkan penggambaran bagi sebuah projek drama terbaru.
FOTO: Instagram Atiq Azman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ji Chang Wook Dilaporkan Positif COVID-19, Sesi Penggambaran Terpaksa Ditangguh

Pelakon kacak Korea yang menjadi pujaan ramai, Ji Chang Wook dilaporkan positif COVID-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
Menurut sumber daripada agensinya, Glorious Entertainment melaporkan kepada SPO TV News, Ji Chang Wook telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan.

Ji Chang Wook sedang menjalani penggambaran drama siri untuk Netflix yang bertajuk The Sound of Magic yang turut dibintangi oleh Hwang In Yeop dan Choi Sung Eun.
Menurut JTBC News, semua team produksi dan barisan pelakon akan menjalani ujian swab dan penggambaran terpaksa diberhentikan seketika.
Semoga Ji Chang Wook kembali pulih seperti biasa dan tidak ada individu lain yang berjangkit dengannya.
Get well soon Chang Wook!
Sumber: (1)