Perjalanan karier muzik penyanyi kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai sememangnya menjadi kebanggaan para peminat dan rakyat Malaysia secara amnya.
Selepas kali terakhir melancarkan album antarabangsa, Chapters pada tahun 2016, Yuna menghadiahkan album baru semalam dan ia diterima baik oleh warga net.
Seperti Chapters yang mendapat perhatian Billboard apabila album tersebut tersenarai pada tangga ke-8 carta Billboard kategori Top R&B Albums, album terbaru Yuna ‘Rouge’ juga menjadi topik perbualan beberapa portal Barat seperti Billboard, Forbes, Spotify, Apple Music, Hypebeast dan banyak lagi.
Baca serba sedikit tentang apa yang dikatakan oleh mereka:
Billboard
Warna Merah (Rouge)
Yuna berkata dia selalunya cuba mengelak daripada merah kerana tidak merasakan warna itu sesuai dengan dirinya. Namun kini dia lebih matang dan tidak mahu terlepas daripada mencuba sesuatu. “Saya boleh menkadi diri sendiri, bangga dengan identiti sendiri. Rouge is the real, honest Yuna.”
Semua peminat OG Yuna tahu dia merupakan seorang pemuzik dan penyanyi yang kreatif, tak takut mencuba sesuatu yang baru dan tak mudah mengalah.
Penulis di Forbes juga merasakan Rouge menampilkan lagu demi lagu yang ‘kuat’ lalu menjadikan pengalaman mendengar album tersebut sebagai dinamik dan mengujakan.
Selepas ramai yang memperkatakan mengenai iklan besar Spotify: Yuna di Times Square New York semalam, hari ini lebih banyak portal mainstream dan indie yang mula mengenali Yuna menerusi album Rouge.
Pada usia semuda 18 tahun, nama penyanyi dan penulis lirik ini sudahpun dikira mahsyur dalam kalangan peminat muzik generasi Z.
Album sulung Olivia Rodrigo berjudul Sour telahpun dilancarkan pada 21 Mei 2021, kira-kira sebulan yang lepas. Namun impaknya masih dapat dirasakan hingga ke hari ini terutamanya single kedua yang dilancarkan berjudul Deja Vu.
Bercakap mengenai Sour, album tersebut merupakan projek yang langsung tidak melibatkan sebarang penyanyi jemputan (seperti yang menjadi kebiasaan dengan album debut penyanyi remaja lain) kerana Olivia ingin pendengar lagunya untuk mengenali siapakah diri sebagai seorang artis terlebih dahulu.
Satu-persatu lagu bergenre alternatif pop menceritakan tentang kehidupan dan keperibadian penyanyi yang kini menetap di Los Angelas ini. In a way, it reminds me of Taylor Swift’s debut album. Biarpun berlainan genre, mereka berdua tidak gentar menggunakan naratif diri sebagai seorang remaja untuk dikongsikan kepada dunia dalam bentuk muzik.
Daripada tajuk album saja, penulis sudah dapat mengagak Sour ada melibatkan kisah cinta Olivia.
Katanya, “Saya tertarik dengan idea bagaimana satu perhubungan cinta boleh bertukar dusta. Bagaimana seseorang yang kamu amat cintai dan percayai boleh bertukar menjadi seseorang yang kamu tidak tahan.
“Bagi saya, sebab utama saya lancarkan (Sour) adalah untuk menceritakan kekeliruan perasaan dalaman agar orang lain boleh memahaminya.”
Obviously, Sour merupakan album yang berjaya menempatkan Olivia Rodrigo sebagai penyanyi ‘breakout’ terbaru yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Bukan saja single Deja Vu-nya menduduki carta 10 terbaik dalam Billboard Hot 100, single ketiga Olivia berjudul good 4 u juga berjaya mencapai 70 juta audio stream dan 40 juta tontonan video setelah satu minggu dilancarkan!
Perbandingan Dengan Catriona Gray
Nampaknya, Olivia Rodrigo bukan saja menarik perhatian ramai disebabkan kreativitinya dalam menghasilkan muzik. Malah rupa paras bintang remaja ini juga menjadi faktor ‘plus point’ sehingga ada yang menyamakannya dengan Miss Universe 2018 dari Filipina, Catriona Gray!
“Ya saya pernah terdengar (komen ini) dan ia adalah ‘gila’. Beliau mempunyai suara yang sedap didengar dan kadangkala saya juga mendengar nyanyiannya. (Catriona) tentunya merupakan seorang jelitawan yang hebat, saya suka sekali menontonnya.
“Orang selalu menyamakan saya dengannya, dan guys, dia ialah salah seorang wanita tercantik yang pernah saya temui. Jadi setiap kali sesiapa berkata sebegitu, I’m like, ‘Really? That’s crazy!’”
Olivia juga tidak menolak peluang sekiranya ada mana-mana penerbit filem yang inginkan mereka berdua ditampilkan sebagai pasangan adik-beradik. *Make . That . Happen . Thank . You*
“Of course! Catriona boleh menjadi kakak saya dan kami boleh menjadi orang yang sama tetapi berbeza usia,” ulasnya semasa sidang rasmi bersama penggiat media di Asia Tenggara, baru-baru ini.
Menurut laporan media di ABS CBN News, Catriona juga telah memberikan respon mengenai komen yang membandingkannya dengan Olivia.
“I was super fangirling. Saya amat terkejut.. saya hanya bayangkan seseorang yang telah berjaya melancarkan muzik (seperti Olivia) tidak akan membaca segala komen di media sosial. Tapi (Olivia) juga nampaknya telah melihat beberapa ciapan yang membandingkan kami berdua.”
“Saya amat berbesar hati mendengarkan komennya mengenai saya. Dan dia juga bercakap tentang muzik saya, that was crazy,” kata Catriona yang juga baru melancarkan single berjudul RYF.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan berkolaborasi bersama Olivia dalam sebuah single pada masa akan datang.
Untuk pengetahuan korang, Olivia berasal daripada keluarga mirip Catriona. Dia dilahirkan dan dibesarkan di California oleh ayah berdarah Filipina dan ibu berdarah Jerman-Irish. Manakala Catriona pula dilahirkan dan dibesarkan di Australia dan mempunyai ayah berdarah Scottish manakala ibunya pula dari Filipina.
*
Dengarkan album Sour oleh Olivia Rodrigo di Spotify dan di platform penstriman lain seperti iTunes, Amazon, Apple Music, Deezer, YouTube Music dan Tidal.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurang seminggu lagi sebelum perlaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.
Semalam, proses penamaan calon telahpun berlangsung demi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri di bawah bayu itu.
Sekilas pandang terhadap senarai tersebut, REMAJA tertarik dengan calon paling muda pada PRN Sabah kali ini. Pada usia 23 tahun, Yillson Yanggun akan bertanding untuk DUN Tandek di samping 5 lagi calon lain.
Untuk pengetahuan korang, kawasan DUN tersebut akan mengumpulkan seramai 15,969 pengundi berdaftar untuk menentukan bakal pemimpin mereka.
Ketika ditemui oleh rakan media di sana sebagai calon muda kali ini, Yillson menegaskan bahawa membawa gelombang suara anak muda agar berkumandang di Dewan Undangan Negeri Sabah.
“Sekarang adalah zaman orang muda. Semestinya orang yang layak untuk terlibat dalam peremajaan parti adalah orang muda sendiri yang faham dengan keperluan dan kepentingan revolusi industri 4.0; menuju ke arah 5.0.
“Anak muda di Sabah inginkan transisi kepada pembangunan luar biasa. Pada pandangan saya, apabila sesebuah kawasan di Sabah ini dimenangi oleh orang muda, struktur pembangunan di sana adalah laju. Ini kerana kerja orang muda ini laju. Bukan untuk menidakkan kerja orang lama, cuma kami perlu diberi peluang,” katanya yang akan mewakili parti Barisan Nasional.
Tambah Yillson lagi, dia ingin membawa pembangunan yang membawa kelebihan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada kawasannya dan Sabah, secara amnya.
“Isu utama di tempat saya adalah pembangunan fizikal iaitu perhubungan jalan raya, jaringan internet dan bekalan air serta elektrik. Akhirnya, bukan kawasan saya saja akan berkembang tetapi negeri Sabah juga mendapat tempias pembangunan.
“Idea orang muda bukan hanya sekadar janji, janji, janji… tetapi ia difikirkan secara realistik dan untuk kepentingan semua orang.
“Kebanyakan masyarakat di sini tertumpu pada sumber pertanian dan perikanan. Dengan keadaan harga getah dan kelapa sawit yang menurun, calon muda perlu membantu memikirkan alternatif sumber ekonomi kepada mereka,” jelasnya lagi yang menjadikan YB Arthur Joseph Kurup sebagai figura ahli politik yang dia hormati.
Selamat maju jaya, Yillson!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya, seorang demi seorang usahawan tempatan yang telah memperolehi kepercayaan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad untuk menjalankan kerjasama.
Pada Disember 2017, pengacara-usahawan dan Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Noor Neelofa telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di AirAsia kerana kelebihannya dalam membina bisnes sendiri, mencipta jenama dan pencetus trend industri.
Malah menurut Tan Sri Tony Fernandes, ‘Neelofa adalah ikon pintar, muda dan berdikari iaitu sesuatu yang amat selari dengan syarikat ini.” Sebelum Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui jenamanya, Simplysiti juga pernah (dan masih) berkolaborasi dengan AirAsia. Produk beliau masih terjual di atas kabin dan di laman web.
Neelofa x AirAsia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza x AirAsia
Terbaru, selebriti-usahawan Nur Sajat telah terpilih untuk menjalin kerjasama dengan AirAsia. Selepas ini, syarikat yang dimiliki Saya akan membekalkan produk bengkung kepada semua kru penerbangan AirAsia Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, India, Jepun dan Thailang.
Wow, makin cantik dan rampinglah stewardess AirAsia selepas ini!
Produk Bengkung Diamond Gold dan Lets Girdle Tonggek Fuhh by Nur Sajat akan diberikan kepada mereka bermula 2019. Hebat!
Melalui akaun Instagram-nya, Sajat meluahkan rasa terima kasih kepada AirAsia kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada produknya itu. Malah, ia juga dilihat sebagai testimoni terbaiknya bagi korang yang masih ragu-ragu dengan piawaian kualiti bengkung tersebut.
Tak sabar kami nak tengok kalau-kalau bengkung Sajat ini akan turut dijual di atas kabin.
Terbelit lidah nak order nama bengkung tu tau, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...