Selepas kali terakhir melancarkan album antarabangsa, Chapters pada tahun 2016, Yuna menghadiahkan album baru semalam dan ia diterima baik oleh warga net.
Seperti Chapters yang mendapat perhatian Billboard apabila album tersebut tersenarai pada tangga ke-8 carta Billboard kategori Top R&B Albums, album terbaru Yuna ‘Rouge’ juga menjadi topik perbualan beberapa portal Barat seperti Billboard, Forbes, Spotify, Apple Music, Hypebeast dan banyak lagi.
Baca serba sedikit tentang apa yang dikatakan oleh mereka:
Warna Merah (Rouge)
Yuna berkata dia selalunya cuba mengelak daripada merah kerana tidak merasakan warna itu sesuai dengan dirinya. Namun kini dia lebih matang dan tidak mahu terlepas daripada mencuba sesuatu. “Saya boleh menkadi diri sendiri, bangga dengan identiti sendiri. Rouge is the real, honest Yuna.”
Jadi Wanita Baru
Yuna ingin menjadikan Rouge sebuah album yang berkelas, sama seperti perubahan yang dia rasakan berlaku kepada dirinya sebagai seorang wanita.
“Saya kini selesa dengan hubungan saya, dengan karier saya. Merah adalah warna baru saya sebagai seorang wanita.”
Dedikasi Terhadap Muzik
Semua peminat OG Yuna tahu dia merupakan seorang pemuzik dan penyanyi yang kreatif, tak takut mencuba sesuatu yang baru dan tak mudah mengalah.
Penulis di Forbes juga merasakan Rouge menampilkan lagu demi lagu yang ‘kuat’ lalu menjadikan pengalaman mendengar album tersebut sebagai dinamik dan mengujakan.
*
Wow, girl congratulations!
Selepas ramai yang memperkatakan mengenai iklan besar Spotify: Yuna di Times Square New York semalam, hari ini lebih banyak portal mainstream dan indie yang mula mengenali Yuna menerusi album Rouge.