Selari dengan kemunculan filem paling dinanti-nantikan awal tahun ini iaitu Godzilla vs Kong, Uniqlo Malaysia telahpun mengeluarkan merchandise yang wajib dimiliki oleh semua peminat dua titan bersejarah dalam dunia perfileman itu.
Koleksi baju T di bawah rangkaian UT ini telahpun menemui stor Uniqlo dan dijual secara maya sejak beberapa minggu yang lalu dan hasilnya ternyata tidak mengecewakan.
Sebanyak sepuluh rekaan menarik boleh dipilih oleh korang dan setiap satu daripada mempunyai keistimewaan rekaan yang tersendiri.
Ada di antaranya yang menampakkan babak menarik daripada filem tersebut.
Sekiranya korang lebih meminati rekaan berasaskan perkataan (font) filem tersebut, korang boleh memilih tiga warna baju T berbeza iaitu biru, coklat keperangan dan biru tua.
Paling penulis gemari adalah baju T hijau zaitun ‘Mothra Against Godzilla’ yang kelihatan retro.
Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi untuk korang kumpulkannya sebagai merchandise.
ARTIKEL BERKAITAN : Godzilla vs Kong Penuh Aksi Pertempuran Menarik, Tak Rugi Tonton Di Pawagam – REMAJA
Ceburi Industri Seni Sejak Remaja, Eyka Farhana Kongsi Solekan ‘On Point’ & Kemas!
Isi Kandungan
ToggleEyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi bukan nama asing dalam industri Malaysia, malah beliau dilaporkan mula menceburi industri seni sejak berusia 15 tahun lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Mudah Ganti Eyka Farhana..” Caitlyn Halderman Perlu Belajar Dialek BM Untuk Pretty Little Liars 2
Anak kedua daripada empat beradik ini merupakan pelakon, pengacara, model dan duta produk.
Sering tampil cantik menawan dengan solekan on point. Eyka Farhana berkongsi tip bersolek di depan kamera untuk peminat yang ingin belajar tentang mekap.
Dan hasilnya memang WOW, nampak kemas dan tak berat. Agak mudah buat anda yang langsung tak pandai mekap nak cuba bersolek. Semuanya di hujung jari, tinggal nak dengan tak nak sahaja.
Eyka Farhana Kongsi Tip Bersolek Kemas
Eyka Farhana memuat naik video menunjukkan beberapa produk solek yang dia gunakan bermula daripada pelembap sampai jenis gincu kegemarannya.
1. Augustinus Bader- Rich Moisturizer for Normal to Dry Skin (RM1,300)
Untuk pelembap, Eyka Farhana, menggunakan Rich Moisturizer for Normal to Dry Skin pada waktu malam sebelum tidur. Produk kecantikan ini dirumus dengan bahan Evening Primrose Oil, memberikan kelembapan secara berkesan dan meningkatkan warna kulit. Sangat sesuai untuk rutin waktu malam, formula yang kaya asid lemak omega-6 ini sesuai untuk kulit normal hingga kering.
2. Augustinus Bader- The Ultimate Soothing Cream (RM1,300)
Tetapi jika anda sedang mencari pelembap baru untuk menyelesaikan masalah kendur pada wajah, ini adalah pilihan selebriti, artis solek, dan pengarang dalam penjagaan kulit. The Ultimate Soothing Cream adalah pelembap bahan vegan, tidak meninggalkan kesan minyak, menjadikannya selamat untuk digunakan pada kulit yang sensitif.
3. Dior- Forever Glow Veil (RM275)
Banyak primer yang elok di luar sana sehingga sukar untuk mencari yang sesuai. Tetapi Dior- Forever Glow Veil untuk rutin kecantikan, solekan wajah jadi kemas. Tekstur halus seperti cecair sutera yang meresap ke dalam kulit serta-merta ini memegang solekan seperti gam gorila, tahan lama.
4. DIOR- Backstage Face & Body Flash Perfector Concealer (RM155)
Kalau inginkan solekan minimal dan liputan penuh, Dior Backstage Face & Body Flash Perfector Concealer harus ada di dalam beg solek anda sekarang. Formula liputan tinggi dengan kemampuan untuk menyembunyikan cacat cela, bintik-bintik gelap, lingkaran bawah mata dan kemerahan pada wajah ini menjadi pilihan Eyka Farhana sebelum memulakan langkah seterusnya, Contour!
5. TARTE- Sculpt Tape Contour (RM164)
Yang ini sedikit pelik, mula-mula keluar daripada tiub nampak gelap tetapi bila sudah sebati pada kulit akan nampak elok cantik. Boleh didapati dalam lima warna iaitu Cool Bronze, Soft Bronze, Warm Bronze, Deep Bronze dan Rich Bronze, ia dirumus dengan bahan utama Shea Butter untuk menghidrat, Licorice Root untuk mencerahkan dan mengaburkan ketidaksempurnaan pada wajah.
6. NUDESTIX- Nudies Matte All Over Face Color Blush (RM167)
Berus solek akan membuatkan solekan jadi lebih kemas dan anda boleh sapu pada sekitar hidung, mata dan pipi.
7. NARS- Light Reflecting Pressed Setting Powder (RM170)
Walaupun ia kelihatan putih di dalam acuan, serbuk ini menghasilkan solekan halus tanpa rasa berkapur. Light Reflecting Setting Powder membantu mengunci solekan anda dan menghasilkan kesan fokus lembut pada garisan halus, kedut, dan liang pori secara optik.
8. NARS- Climax Extreme Mascara (RM 112)
Inilah rahsia mata lentik Eyka Farhana. Isipadu yang likat hitam dengan jumlah berus dramatik ini tahan lama, tidak meninggalkan kesan comot dan anti gumpalan.
9. M.A.C COSMETICS- Matte Lipstick (RM105)
Gincu matte terlaris M.A.C Cosmetics ini bertahan lama dari enam hingga lapan jam merupakan pilihan Eyka dalam menyempurnakan solekan terakhirnya. Formula kaya berkrim ini mempunyai hasilan kemasan matte yang menawan dan turut dipakai oleh selebriti ita Von Teese, Angelina Jolie, Taylor Swift, Tracee Ellis Ross dan Rihanna.
Jadi, bagi anda yang baru nak belajar solekan kemas, bolehlah tiru Eyka Farhana. Mungkin agak keras harganya tetapi hasilnya mantap!
Kredit Tiktok: Eyka Farhana
BACA LAGI: Organisasi Miss USA Di ‘Kerusi Panas’ Lepas Spekulasi Dibongkar Pesertanya Sendiri – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mina TWICE Bukan Penyanyi Pertama Diserang Anxiety Pentas, Lihat 4 Lagi Kes Ini
Isi Kandungan
Toggle
Setelah tidak hadir di konsert TWICE di Shah Alam pada pertengahan bulan Ogos, hari ini JYP Entertainment telah mengeluarkan kenyataan berkaitan ahli grup TWICE iaitu Mina.
Selalu dikaitkan dengan isu serangan anxiety, kenyataan daripada JYP itu berbunyi seperti ini:
“Selepas menerima keputusan pemeriksaan daripada pakar perubatan, kami mengesahkan keadaan kesihatan Mina kini dikenali sebagai anxiety disorder. Ia setelah dia mengalami serangan anxiety tanpa amaran.
“Disebabkan simptom ini, kami sedang membincangkan masa hadapan Mina bersamanya dan ahli grup lain sehinggalah status kesihatannya mengizinkan. Oleh itu, penyertaan Mina buat masa ini akan dikurangkan..
“Kami akan lakukan sebaik mungkin untuk memastikan Mina kembali sihat. Kami meminta sokongan dan dorongan peminat.”
Perkembangan ini berlaku selepas TWICE memperolehi Daesang untuk kali ketiga berturut-turut sejak SORIBADA 2017. Malah di media sosial, ONCE (peminat TWICE) menyokong agar Mina dikekalkan dalam grup tersebut menerusi hashtag #GetWellSoonMina dan berkata “Nine or None” (kekalkan sembilan ahli atau bubarkan).
*
Mina, bagaimanapun bukanlah penyanyi pertama yang mengalami situasi serangan anxiety ini sebenarnya. Ada 4 lagi penyanyi yang dikenal pasti baru-baru ini..
02
ZAYN MALIK
Pada Jun 2016, Zayn yang pada waktu itu masih baru bergerak sebagai penyanyi solo dijadualkan untuk berada di atas pentas bersama Ariana Grande dan Nick Jonas.
Disebabkan serangan anxiety “paling teruk dalam sejarah kariernya”, Zayn terpaksa mengecewakan peminat di London dan membiarkan hanya 2 penyanyi lain menjayakan persembahan.
Katanya, “Mereka yang pernah diserang sebegini akan faham, mereka yang tidak pernah alaminya boleh berempati.”
03
JULIA MICHAELS
Penyanyi ini pernah mengeluarkan lagu berjudul Anxiety bersama Selena Gomez dan dia selalu berkongsi pengalamannya dengan isu tersebut.
“Saya mula berdepan serangan anxiety ketika berusia 18 tahun. Saya baru saja menandatangani record deal dan rasa tertekan untuk melakukan persembahan.
“It sent my mind and body down, I thought I was dying. Saya menjadi takut untuk melakukan apa-apa perkara. Keluar rumah. Makan. Memandu, Menulis. Setiap hari saya akan dimulakan dengan persoalan ‘what-ifs‘. ”
Bagi yang tidak pernah alaminya, Julia faham sekiranya mereka akan terkejut dan clueless. Malah, bekas teman lelaki Julia pernah memarahinya setiap kali dia diserang anxiety kerana bosan ia berlaku berulang kali.
04
SELENA GOMEZ
Pada Oktober 2018, Selena mendapatkan rawatan untuk isu kesihatan mental selepas diserang anxiety di hospital. Pada waktu itu, Selena sedang menjalani rawatan sel darah putih rendah dan secara tiba-tiba, dia diserang.
Selena mendapatkan rawatan dialectical behavior therapy. Ketika ditemuramah oleh Harper’s Bazaar, Selena mengambil masa yang lama sebelum mengeluarkan lagu baru kerana, “Masalah depresi dan anxiety bukanlah masalah yang boleh hilang dalam sekelip mata. Saya perlu pastikan saya betul-betul sihat dahulu.”
05
SULLI
Seorang lagi penyanyi grup k-Pop iaitu Sulli dari kumpulan f(X) pernah bercakap mengenai isu anxiety attack menerusi video Instagram.
Penyanyi yang kini aktif sebagai pelakon itu bukan saja diserang anxiety tetapi juga berdepan isu fobia sosial sejak kecil. “Ramai yang rapat dengan saya akan mengelak daripada berjumpa setelah mereka tahu saya ‘bermasalah’. Ia membuatkan saya lebih kecewa kerana mengetahui tak ramai orang yang faham dan akan membantu.”
BACA: 6 Selebriti Popular Mati Bunuh Diri Selepas Depresi
Dinobat Sebagai Miss Grand Malaysia 2022, Graduan Komunikasi Massa Ini Lambang Individu Tak Pernah Mengalah
Charissa Chong Su Huey yang berasal dari Subang Jaya, Selangor bukanlah nama baru dalam dunia ratu cantik di Malaysia. Ketika berusia 19 tahun dia telah memenangi gelaran Miss Global International Malaysia dan telah mewakili Malaysia di pentas Miss Globe 2013 dan Miss International 2013.
Setelah hampir tujuh tahun berlalu, dia mencuba nasib sekali lagi sebagai salah seorang finalis Miss Universe Malaysia 2020. Walaupun dia di antara persona yang dikatakan bakal menggondol mahkota tersebut, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia terpaksa berpuas hati merangkul gelaran naib juara.
Kemudian pada 2021 pula, dia menyertai pertandingan Miss World Malaysia. Apabila keputusan diumumkan dia hanya berada dikedudukan ketiga.
Kekalahan yang dilalui tidak sedikitpun memadam semangat dan daya juang yang dimilikinya. kekalahan bukan bererti gagal selamanya. Setahun kemudian dia mempersiapkan dirinya dengan cabaran baharu sebagai salah seorang finalis Miss Grand Malaysia 2022.
Ternyata nasib menyebelahinya apabila dia dinobat sebagai juara dalam majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Sabah International Convention Centre. Dia yang merupakan pemegang Diploma Komunikasi Massa dari INTI International College, Subang Jaya berjaya mengetepikan cabaran enam peserta lain untuk bergelar juara.
Dalam sesi soal jawab, Charissa menerima soalan mengenai penyertaan wanita di dalam bidang ketenteraan. Jawabnya, “Sebagai wanita, kita memiliki pelbagai skil untuk disumbangkan dalam bidang ketenteraan sebagai contoh menjadi barisan hadapan, ketua mahupun pegawai.
“Diberikan peluang sebegitu, kita sebagai wanita Malaysia harus memiliki peluang dan pilihan untuk melakukan keputusan sendiri. Fokus kepada potensi dan katakan tidak kepada diskriminasi gender dan katakan ya kepada inklusiviti gender.”
Pada malam tersebut selain Charissa sebagai juara, wakil Sarawak, Viviana Alfred berada di kedudukan kedua manakala wakil Johor, Angela Quah berada di kedudukan ketiga.
Malaysia mula menghantar wakil ke pertandingan Miss Grand International pada tahun 2013. Setakat ini hanya tiga wakil berjaya bergelar semi-finalis. Ranmeet Jassal pada 2016 berada di kedudukan top 20, Jasabel robert pada 2021 di kedudukan top 10 dan Lishallinny Kanaran pada 2021 mara sebagai peserta top 20.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Charissa Chong