Alert! Ini Bakal Terjadi Pada Tubuh Badan Jika Berbuka Puasa Dengan Sebatang Rokok

Share

Alhamdulillah, hari ini kita berada di hari ke-4 di bulan Ramadan. Biarpun baru berada dia awal Ramadan namun bagi perokok tegar, menahan lapar dan dahaga itu lebih senang untuk mereka hadapi berbanding dengan menahan diri daripada merokok.

Sumber Gambar : Pexel.com

Seharusnya puasa menjadi tempoh di mana korang yang merokok dapatlah kurangkan dengan seadanya. Atau sebenarnya inilah tempoh yang paling mujarab untuk perokok berhenti merokok.

Namun ada sesetengah orang yang bila dengar sahaja azan Maghrib dia terus menyalakan rokok. Kononnya sudah tidak tahan menahan rasa ingin merokok atau dalam bahasa kasarnya ketagihan nikotin.

Tapi ramai yang tidak sedar sebenarnya merokok saat berbuka puasa sebenarnya boleh mendatangkan mudarat. Ini 5 kesan bahaya merokok selepas berbuka puasa:

Sumber Gambar : Public Health

1. Radang paru-paru

Merokok dalam keadaan perut kosong meningkatkan risiko radang paru-paru. Kandungan nikotin yang diserap perut kosong adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding apabila perut sudah terisi dengan sebarang makanan.

Nikotin menjejaskan kesihatan badan seperti menyebabkan peningkatan tekanan darah, menjejaskan deyutan jantung dan aliran darah ke jantung serta penyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.

2. Kurang oksigen

Setelah 12 jam menahan lapar dahaga, badan memerlukan nutrisi untuk menggantikan tenaga yang hilang.

Jika anda memilih untuk merokok apabila berbuka puasa dalam keadaan perut yang kosong, korang mungkin berdepan risiko bahaya merokok seperti mengalami mual, muntah, keletihan dan pening kepala.

Ini kerana kandungan bertoksik dalam rokok ini akan memasuki aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah sekali gus mengakibatkan sel dalam badan kekurangan oksigen yang akhirnya menyebabkan kelesuan dan pening kepala, dalam masa yang sama menurunkan fungsi otot dan jantung.

Gas beracun ini juga meningkatkan kadar kolesterol tidak sihat dalam darah. Semakin lama merokok, ia akhirnya akan mengakibatkan pembuluh darah anda mengeras dan menyempit, sekali gus mendedahkan risiko penyakit jantung dan strok.

3. Fungsi organ

Asap rokok yang mengandungi nikotin, karbon monoksida dan tar sememangnya mendatangkan kesan negatif kepada badan seperti menjejaskan aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah.

Ini sekali gus mengakibatkan sel dalam badan perokok mengalami kekurangan oksigen yang menjadikan seseorang individu itu kurang efektif dan efisyen. Keletihan dan pening antara simptomnya.

4. Penyakit Crohn

Tabiat merokok meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit Crohn atau masalah berkaitan keradangan usus. Antara simptom yang mungkin berlaku adalah seperti pendarahan pada usus, sakit perut secara kerap dan berulang, dan cirit-birit.

5. Gangguan pencernaan

Bahaya merokok dalam keadaan perut yang kosong akan menyebabkan peningkatan kandungan asid dalam perut meningkat dan bertindak balas.

Ia akhirnya akan menjejaskan proses pencernaan yang boleh menjadi antara punca utama mengapa seseorang individu yang merokok sejurus masuk waktu berbuka akan kehilangan selera.

Nasihat REMAJA, jauhilah rokok. Hayatilah bulan Ramadan dengan sebaiknya. Janganlah diikutkan nafsu semata-mata. Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada korang semua.

Sumber: Hello Doktor

Published by
Nana