Alert Penggemar Face Mask, Ketahui 7 Jenis Kandungan Untuk Masalah Kulit Masing-Masing

Share

 

Trend memakai face mask adalah antara yang paling diminati oleh remaja seperti korang.

 

Bukan saja ia menenangkan kulit kerana terasa sejuk sebaik saja diletakkan, tetapi face masuk juga datang dengan kandungan tertentu untuk menyelesaikan masalah kulit wajah.

CUMANYA, kandungan yang mana satu bersesuaian dengan masalah kulit korang?

Jom lihat 7 jenis kandungan face mask yang ada.

 

01

Whiteheads & Blackheads

Bagi yang mempunyai masalah ini terutamanya di bahagian hidung, korang pasti selalu meng-scrub muka pada setiap minggu.

Untuk meredakan kesan ‘sentalan’ scrub itu, kandungan Alpha Hydroxy Acids (AHA) boleh membantu untuk menanggalkan sel kulit mati dan tak sekata tanpa mengakibatkan kemerahan pada kulit.

 

02

Kulit Tak Sekata dan Kekuningan

Ini adalah antara masalah biasa di kalangan remaja, terutamanya bagi yang selalu tidur lewat pada setiap malam (me!). Korang memerlukan face mask dengan kandungan Vitamin E

kerana ia mempunyai antioksidan ‘padu’ untuk mempercepatkan pemulihan warna kulit tak sekata dengan cara detoks.

Hasilnya, kulit akan kelihatan lebih sihat dan glowing.

 

03

Kulit ‘Saggy’ dan Berkedut

Jangan terkejut kalau REMAJA katakan yang remaja semuda usia 18 tahun pun sudah ada kulit berkedut! Ini semua gara-gara penggunaan telefon pintar atau gajet berskrin secara berlebih-lebihan. Apabila korang melihat skrin tersebut tanpa henti untuk berjam-jam lamanya, kawasan sekeliling mata dan pipi mudah berkedut kerana mata korang tak mendapat rehat secukupnya.

Ambil face mask yang mempunyai ekstrak buah betik kerana ia mempunyai enzim hebat bagi membaik pulih sel kulit muka secara lifting dan tightening.

Ekstrak buah betik ini juga sesuai untuk pengguna mekap-setiap-hari.

 

04

Kulit Sun-burnt

Bagi yang selalu berjemur dan bersukan di bawah matahari terik, korang memerlukan face mask dengan kandungan Almond Oil untuk memelihara lapisan kulit serta melembapkan kembali kulit daripada dalaman.

Kulit wajah pun segera pulih daripada rasa ‘bahang’. Face mask Almond oil pun sesuai bagi yang baru saja pulih daripada kecederaan serta parut pada muka.

 

05

Dark Undereyes

Ini adalah satu lagi simptom biasa di kalangan remaja. Bukan saja disebabkan tak cukup rehat, bagi remaja perempuan yang mengalami sakit senggugut pun selalu mudah berdepan dengan lingkaran mata sembab dan gelap.

Kalau sebut tentang kawasan mata, tentulah kandungan Vitamin C dalam face mask amat penting untuk mengurangkan kegelapan dan pigmentasi pada kulit. Face mask jenis ini juga AMAT membantu jika korang harus menghadiri majlis penting seperti perkahwinan. Pakai saja selama 15 minit sebelum bersolek.

 

06

Kulit Berminyak dan Alergi

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap ini, kita semua berdepan dengan masalah kulit berminyak. Iyalah, takkan nak duduk di dalam rumah saja kan? Oleh itu, semua orang sesuai menggunakan face mask dengan kandungan Witch Hazel.

Ia merupakan ekstrak tumbuhan ubatan yang mampu mengurangkan ‘penghasilan’ minyak dan bakteria yang selalu bermula dari dalam liang pori.

Witch Hazel juga mengetatkan liang pori dan memelihara kulit wajah daripada kerosakan sel selepas berjemur di luar.

 

07

Kulit Kering

    

Kalau tak berminyak, mesti ada masalah kulit kering. Setiap tahun bila kita semakin berusia (gitu!), badan kita akan berkurangan Hyaluronic Acid

yang mengakibatkan kulit terada dehydrated.

Itu juga adalah faktor utama remaja mendapat kedutan dan liang pori terbuka lebih cepat daripada usia. Jadi korang perlukan kandungan Hyaluronic Acid dalam face mask ini untuk kembali melembapkan kulit.

*****

Untuk pengetahuan korang, kesemua kandungan ini sebenarnya ada di dalam packaging 7 jenis face mask yang dikeluarkan oleh jenama Reneuf. Menariknya, bukan saja ia dapat membantu masalah kulit dengan kandungan berbeza, tetapi ia juga didatangkan dengan sijil HALAL yang telah diperakui oleh JAKIM!

7 jenis kandungan untuk 7 masalah kulit.

So tak perlu takut atau was-was jika menggunakannya. Korang boleh mendapatkannya di Isetan, Robinsons’, SaSa, SOGO dan farmasi terpilih pada harga RM9.90 sekeping.

 

Jadi, masalah kulit yang mana sedang korang hadapi?

 

 

Published by
FZ