Setiap ibu bapa impikan anak yang soleh, taat dan mendengar kata. Anak yang menjadi penyejuk jiwa. Anak yang mampu membahagiakan mereka di masa tua. Namun dengan situasi hari ini, cabaran membesarkan anak-anak ditambah pendedahan keterlaluan di media sosial membuatkan anak remaja mudah terdedah kepada perkara tidak menyenangkan.
Berbeza dengan Marissa Dania Hakim, anak gadis kepada Norman Hakim dan Abby Abadi ini memiliki kecantikan luaran dan juga dalaman. Personalitinya juga wajar dijadikan contoh kepada remaja hari ini.
Baru-baru ini, bekas Hero Remaja 1993/94 iaitu Norman Hakim ada memuat satu perkongsian di laman instagramnya dimana anak gadisnya yang dikenali sebagai Marissa Dania Hakim telah memberi wang perbelanjaan kepadanya hasil dari perniagaan ‘online’.
Sebelum ini, anak lelakinya yang dikenali sebagai Danish Hakim juga pernah memberi wang perbelanjaan kepadanya. Mungkin disebabkan ini ramai netizen bertanyakan tip untuk mendidik anak seperti anak-anaknya memberikannya duit belanja.
Ada yg tanya mcmana didik anak untuk bagi kita duit belanja.Benda ni mana ada istilah ‘didik’.Paling tepat ‘we lead by example’.Apa yang kita buat pada ayah mak kita,itulah yang anak2 akan belajar dan buat pada kita semula
Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, dia begitu bersyukur dan sebak kerana duit yang diberikan oleh anaknya itu merupakan hasil titik peluh perniagaan secara ‘online’ yang dilakukan.
Alhamdulillah rezeki Norman Hakim sekeluarga dapat anak-anak yang soleh dan solehah….Kami pun memang adore dengan keluarga Abang Norman ni. Semoga keluarga ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram Norman Hakim