Alhamdulillah, Perlis Benarkan Jemaah Rapatkan Saf Ketika Solat

Share

Alhamdulillah. Allah, maha pengasih lagi maha mendengar doa hamba-hambanya.

Jika sebelum ini umat Islam tidak dapat solat jemaah secara rapat atau merapatkan saf di masjid. Walau bagaimanapun kita terpaksa akur dengan keadaan ini demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 agar keselamatan diri masing-masing dapat dijaga.

Terkini, satu laporan memaklumkan mulai esok, Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini.

Bagaimanapun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka, manakala jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Perkara ini juga turut dikongsikan oleh Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui laman facebook miliknya.

Hal ini selepas Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketetapan itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur terutamanya rakyat negeri Perlis atas perkhabaran ini.

Harapnya bulan Ramadan tahun ini dapat la kita ramai-ramai memeriahkan masjid dan surau diseluruh negara.

 

Published by
Nana