Sebentar tadi diadakan sidang media khas oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diadakan di seluruh negara kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.
Terkini, empat negeri iaitu Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu sudah ditamatkan PKPB mulai Ahad ini dan rakyat bebas untuk bergerak ke mana-mana destinasi di nyatakan di atas tanpa memerlukan surat dari polis selepas menunjukkan penurunan bilangan mereka yang dijangkiti COVID-19.
Dalam sidang media tersebut, Menteri Kanan Pertahanan itu memaklumkan, buat masa ini negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain masih dikenakan sekatan perjalanan iaitu PKPB yang masih belum ditarik balik kerana jumlah mereka yang dijangkiti masih lagi menunjukkan bilangan yang agak tingi.
Apa yang menariknya, bagi negeri-negeri yang sudah diisytihar sebagai hijau, penduduknya bebas untuk bergerak ke negeri yang juga zon hijau tanpa memerlukan surat kebenaran rentas negeri seperti sebelum ini.
Bagaimana pun, dalam sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa mana-mana individu yang ingin merentas negeri tapi perlu melalui negeri yang masih di dalam PKPB, surat polis diperlukan untuk melintas negeri yang masih dalam zon PKPB.