“ALHAMDULILLAH REZEKI HARI INI”, Nama Bayi Paling Unik Jadi Viral

Share

Ramai yang bertanya, ada apa pada nama? Namun kerana nama terutama yang agak unik mampu mempopularkan individu.

Hal ini terbukti dari negara seberang, Yogjakarta apabila seorang bayi menjadi tumpuan warga kotanya apabila kedua ibu bapanya memberi nama yang agak unik, panjang dan berunsur islamik iaitu ALHAMDULILLAH REZEKI HARI INI.

Seperti dilaporkan oleh Tribunnews, pasangan suami isteri yang menamakan anak sebegitu unik ini tinggal di Perumahan Bukit Asri di kawaan Gunungsempu, Kecamatan Kasihan, Kabupaten Bantul, Yogyakarta dan nama anaknya menjadi buah mulut masyarakat setempat kerana begitu unik.

Namun di sebalik sebuah nama berupa doa (alhamdulillah rezeki hari ini), tercatat sebuah kisah yang agak menyayat hati pernah dilalui kedua orang tua bayi ini sebelum kelahirannya.

Menurut bapa bayi viral ini, Didit Saputro, dia sepakat bersama isteri, Meidiana menamakan anak mereka nama sedemikian kerana dugaan dalam kehidupan yang pernah dilalui sebelum ini.

Pernah hidup mewah namun tak pernah bersyukur

Menurut Didit, dia merupakan seorang jurugambar profesional dan ada mempunyai perniagaan lain. Justeru itu kehidupannya dilimpahi kemewahan namun jarang mengucapkan rasa syukur dengan pemberian rezeki dari Allah taala.

“Kami memanggil anak sebagai AL.

“Perjalanan hidup yang pernah saya lalui sebelum ini antara nama ALHAMDULILLAH REZEKI HARI INI tercetus. Sebelum bernikah, saya hidup mewah. Tinggal di apartment dan dilimpahi kemewahan kerana pekerjaan sebagai jurugambar profesional.

“Rezeki memang tidak pernah kurang selepas bernikah. Pada tahun 2012 ke 2014, diri saya diuji jatuh sakit. Saya alami strok. Tangan dan kaki semua jadi kaku dan ia benar-benar menguji,” katanya sambil menambah, dia saat dia baru dua tahun berkahwin, diuji dengan ujian sebegitu, apa lagi yang mampu difikirkannya.

Terima tawaran rakam gambar Rp30 juta (lebih kurang RM25,000)

Di saat dirinya masih alami strok, Didit menerima tawaran mengambil gambar di Bali. Memikirkan jumlahnya yang agak lumayan, dia bersetuju dengan tawaran tersebut selepas sebut harga dibuat.
“Saya fikirkan dia pemuda kaya. Tapi bila sampai disana ternyata tidak (biasa sahaja). Malah dia menggadaikan tanah bapanya untuk membayar jumlah dipersetujui. Saya mahu beri diskaun tapi dia enggan. Tapi cara hidupnya yang menyisihkan makanan untuk nenek moyangnya (mengikut kepercayaannya) membuatkan hati saya terdetik. Betapa istimewanya dirinya. Malah dia siapkan rumah saudaranya untuk saya tinggal.

“Lebih menghairankan, kaki dan tangan saya yang lumpuh sebelum ini boleh digerakkan ketika berada di sana. Terus sembuh dan seperti orang normal.

Namun cerita duka keluarganya masih berlanjutan. Pada 2018, isteri, Meidiana alami kecederaan akibat dilanggar dan kakinya patah.

“Puas kami berusaha mengubatinya. Perubatan moden dan singseh cina tetapi tidak juga pulih dan perlukan bantuan tongkat untuk bergerak.
“Sehinggalah saya mendengar ada orang pandai mengubat masalah saraf di Muntilan, Jawa Tengah. Saya mencuba malah pengamal tradisonal ini berkata, isteri sukar hamil sebelum ini kerana masalah saraf,” katanya lagi.

Tercetus nama unik untuk ucapkan rasa syukur

Jujurnya kata Didit, dia sudah redha apabila belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga.

“Namun balik dari rawatan tradisional itu, sehinggalah suatu hari kami membeli alat ujain kehamilan dan ternyata isteri hamil sehinggalah Al selamat dilahirkan 7 September lalu dan membesar sihat sehingga ke hari ini,” katanya mengakui isterinya ada bertanya mengapa namanya anak dengan nama itu tetapi isterinya bersetuju dengan nama tersebut.

So korang yang plan nak timang cahaya mata dalam masa terdekat nie, boleh ke nak bagi nama anak sebegini?

Published by
Almaswa Haji Che Ros