Tampak cantik dengan busana berwarna ungu, Intan, 22 tahun juga sempat membuat appreciation post terhadap tunangnya apatah lagi dengan jarak usia mereka sebanyak 16 tahun.
Ads
“Lelaki di sebelah adalah sebab saya adalah saya hari ini. Kehadirannya di dalam hidup memberikan inspirasi buat saya untuk menjadi lebih baik.
“Dia sangat baik, penyayang, memahami dan sentiasa menyokong saya. Banyak komen yang saya terima hari ini. Duit? Meh sini saya bagitahu, cinta sejati bukanlah berdasarkan itu.
“Cinta sejati berdasarkan hormat, bertolak-ansur, kepercayaan dan juga kasih-sayang antara satu sama lain. Jangan mudah nak hukum orang.
Ads
“Hanya kamu @Ezurazz, keluarga dan kawan-kawan yang mengenali saya. Terima kasih untuk semua ucapan,” tulisnya.
Semakin menghampiri Hari Raya Aidilfitri dalam masa kurang dari dua minggu lagi, Kementerian Kesihatan sedang giat memberi langkah berjaga-jaga kepada semua umat Islam yang bakal meraikannya.
Iyalah, bila time beraya ni mulalah ramai naik ‘sheikh’.
Menerusi perutusan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada petang tadi, mereka menasihati agar orang ramai tetap menjaga jarak selamat dan menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitizer).
Selain itu, beliau berpesan agar:
“Tiada salam-salam, cium-cium.”
“Bagi cadangan beraya dengan jumlah maksimum 20 orang di dalam sebuah rumah pula, ia hanyalah melibatkan ahli keluarga termasuuk anak dan cucu. Tetapi itu juga berdasarkan kepada keluasan sesebuah rumah.
“Jika 20 orang di dalam sebuah unit pangsapuri, itu sudah dikira sesak dan melanggar SOP KKM. Penjarakkan ini adalah bagi memastikan nyama golongan berisiko terutamanya warga emas terkawal,” jelas beliau.
Selain itu, pihak kementerian juga tidak membenarkan adanya kunjungan pelawat di ‘setiap rumah’. Contohnya di antara jiran tetangga dan sahabat handai yang ingin mengikuti aktiviti menziarahi secara ‘konvoi’.
Bagi yang pernah mengalami pengalaman disantau, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap. Seluruh sendi badan sakit dan jika tidak berjaya diubati akan berakhir dengan kematian.
Ternyata pengalaman dikongsi oleh penceramah terkenal, Dato Ustaz Kazim Elias pengalaman disantau pasti membuatkan kita tahu bahawa sihir begini masih wujud demi melunaskan dendam individu yang iri hati dengan orang lain.
Semoga kita mengambil iktibar di atas setiap cerita ini.
Tahun 1997, Ustaz Kazim Elias balik daripada qiamulail dan kuliah subuh. Sampai sahaja ke rumah dalam pukul 9.00 pagi kepala Ustaz Kazim terasa pening dan badan menjadi lemah. Kemudian Ustaz Kazim muntah. Keluar segala isi dalam perut beserta darah, penuh dalam baldi dan besen. Bergegas beliau dibawa pergi hospital, namun setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengatakan ini cuma jangkitan virus.
Bila balik rumah keadaan semakin membarah semakin sakit, serba serbi rasa tidak kena. Tak boleh makan, sakit tekak tak boleh bercakap, tak boleh tidur, tak boleh pakai baju, tak boleh disentuh, rasa seperti dihiris dengan buluh dan sembilu yang tajam. Kena angin daripada kipas pun tak boleh. Setiap petang akan ada lembaga perempuan akan datang depan rumah dekat pintu tersengih sambil memaki.
“Padan muka kau, ceramah mengata pada orang, padan muka kau”
Yang menjadi kehairanannya lembaga itu tidak kelihatan pada orang lain. Hanya ustaz seorang je nampak. Semakin hari badannya semakin melemah, kuku menjadi hitam, semua kuku pada jari jemari. Bila balik ke kampung dibawa berjumpa ustaz yang lain, mereka kata kena ini terkena santau. Sebulan tak boleh bercakap, tidak mengenali orang. Badan jadi kurus kering, batuk berdarah tidak berhenti. Hanya teruskan berusaha untuk berubat dan berserah pada takdir.
Kemudian suatu malam ustaz bermimpi. Telah datang seorang alim datang dalam mimpi itu, kopiahnya putih, pakaiannya serba putih berdiri dihadapannya.
“Kazim, orang sihirkan kamu, sabar… Besok kamu cari 7 jenis bahan ini, kamu ramuankan dalam air dan kamu mandi” InsyaAllah katanya, Allah SWT akan bagi kesembuhan.
Kemudian dalam mimpi itu juga, orang alim itu telah ambil satu paku dan lemparkannya pada dinding, keluar satu gambar. Dia ambil satu demi satu paku dan dia lempar ke dinding beberapa kali lagi, sehingga keluar gambar cukup 6 orang, 1 perempuan 5 lelaki. Menurut orang alim tersebut, inilah dia orang-orang yang telah menyihirkan kamu.
4.30 pagi ustaz tersedar dan minta isterinya menyalin dan carikan 7 bahan tersebut untuk dibuat mandi.
Pukul 9 ustaz dimandikan, pukul 11 Ustaz sudah boleh bersila, boleh bercakap dan mula berselera untuk makan nasi dan mendukung anaknya yang ketika itu baru berusia 8 bulan. Syukur keadaan kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah…
Namun kesenangan itu tidak lama,
Suatu petang pula, ketika ustaz menjamah nasi yang disediakan isterinya. Masuk sahaja suapan yang ketiga, tiba-tiba nasi yang dalam suapannya menguit guit ada ulat. Bila buang ke lantai ia bertukar menjadi nasi, bila pegang di tangan jadi ulat semula. Padahal nasi itu baru sahaj dimasak oleh isterinya. Ujian kali ini ini lebih teruk. Sehingga tak boleh kencing, tak boleh nak tidur. Berpuluh puluh pengamal perubatan dan ustaz namun tiada keserasian. Tahapnya hampir nazak sehingga orang masjid datang bacakan yassin.
Sepanjang usaha dia berdakwah, banyak kali Ustaz disihirkan, 4-5 kali. Sehinggakan apabila ustaz pergi memberi ceramah, terpaksa membawa pek air kencing sendiri yang disebalik jubah disebabkan sakit yang ditanggung. Bila nak bersiap untuk pergi mengajar beliau akan jatuh pengsan.
Sehingga suatu hari datang seorang kiyai dari Indonesia datang melawat dan merawat.
“Saya datang ke sini mahu ubatin bapaknya Kazim” ujarnya. Ustaz pun mengizinkannya.
Dalam pukul 12 tengah malam. Si kiyai mengerjakan solat, kemudian sesudah itu dia membaca beberapa potongan ayat Quran.
“Berikan aku cangkul”
Kiyai tersebut kemudian berjalan dan kemudiannya berhenti. Dia terus mengali sesuatu di hadapan rumah, setelah beberapa waktu, dia mengeluarkan sesuatu. Bila diperhati ianya bangkai anjing yang sudah membusuk.
“Inilah sihirnya, saya permisi dulu”
Kiyai tersebut menjelaskan apa yang terjadi. Yang misterinya, Ustaz Kazim tak mengenali siapa kiyai tersebut dan sehingga kini tak pernah berpeluang untuk berjumpa lagi. Sejak mengalami serangan demi serangan, ustaz mula mendalami perubatan islamik sebagai perlindungan diri.
2001, ketika Ustaz mahu berpindah. Datanglah pasangan suami isteri bertandang ke rumahnya. Ketika itu Ustaz Kazim mahu berpindah rumah. Perabot yang ada sudah dibawa, terpaksalah mereka bersila sahaja di lantai.
“Masuklah abang”
“Ustaz sebenarnya kami datang nak minta maaf, sebenarnya sayalah yang telah menyihirkan ustaz”
“Mana lagi 4 orang?”
“Ustaz tahu kami berenam?” Terkejut apabila ustaz mengetahui bilangan sebenar mereka dengan tepat.
Apabila dijelaskan, mereka sanggup mengupah RM30000 pada seorang bomoh untuk mengenakan santau pada ustaz. Lagi 4 orang itu segan dan malu untuk datang bertemu dengan ustaz untuk meminta maaf.
“Abang, kalau abang tak datang minta maaf, Saya dah lama maafkan dunia akhirat, bukan setakat abang suami isteri berdua, yang 4 orang itu pun saya dah maafkan, sikit pun saya tak simpan dalam hati”
Walaupun habis beribu, nazak separuh mati, dibedah sana sini, doktor tak berjumpa punca penyakit, ustaz tetap sudi memaafkan mereka. Kerana dia percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Terharu dengan keikhlasan Ustaz, si suami memeluk ustaz dengan erat. Sejak daripada itu pasangan tersebut bertaubat dan menadah kitab dengan ustaz Kazim. Mana ustaz ceramah, mereka dihadapan. Malah menjadi pemandu pada ustaz Kazim apabila mahu pergi berceramah. Sampai anak pasangan mereka kahwin ustaz dijemput, cucu mereka cukur jambul ustaz yang cukurkan dan sampailah pasangan itu mati ustaz yang talkinkan.
Kini tahun 2020, daripada 6 orang yang terlibat, 4 orang sudahpun meninggal dunia, hanya tinggal 2 orang yang masih hidup.
Kesan daripada santau, perut ustaz juga menjadi tidak normal, kadang-kadang kembung, kadang-kadang kempis. Hingga perlu ditungku selalu seperti perempuan dalam pantang. Beliau juga berpantang tak boleh makan nanas, daging kambing, limau nipis, tak boleh minum air tebu, tak boleh makan rebung, benda-benda yang tajam, kerana jika dimakan juga, sakitnya akan kembali.
Antara hikmah kejadian tersebut, ustaz banyak mendalami perubatan islamik sebagai pelindung diri.
Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).
Susulan rombakan kabinet yang mendapat perkenan Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada hari Selasa; negara Arab Saudi pada hari ini telahpun memperoleh seorang Perdana Menteri baharu.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah diangkat sebagai Perdana Menteri dari jawatan dahulunya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Pada usia 37 tahun, Mohammed Salman sekaligus merupakan salah seorang pemimpin dunia termuda. Usia beliau sewaktu perlantikan sebagai pemimpin negara hanya di belakang Perdana Menteri Finland, Sanna Marin (34 tahun); Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk (35 tahun) dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (35 tahun).
Perlantikan putera raja berusia 37 tahun ini bukanlah perkhabaran yang mengejutkan sebenarnya memandangkan usia Raja Salman kini sudahpun mencecah 86 tahun. Mengikut tradisi, jawatan Perdana Menteri Arab Saudi ini akan dipegang oleh ahli kerabat diraja.
Turut ditukar profil jawatannya ialah seorang lagi anak Raja Salman iaitu Putera Khalid yang dinamakan sebagai Menteri Pertahanan baharu.
Sedikit info menarik mengenai Mohamed Salman, beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1985 dan merupakan anakanda kepada Raja Salman bersama isteri ketiganya, Fahdah binti Falah.
Sebagai putera sulung Fahdah dan putera ketujuh Raja Salman, beliau telah menamatkan zaman bujang pada tahun 2008 bersama sepupunya, Puteri Sara binti Mashour Al Saud yang merupakan cucu Raja Abdulaziz.
Hasil pernikahan itu, mereka memiliki lima orang anak iaitu Putera Salman, Putera Masyhur, Puteri Fahdah, Puteri Noura dan Putera Abdulaziz.
Walaupun Mohammed Salman pernah didakwa ‘nakal’ di dalam kelas sewaktu menghadiri sesi persekolahan di istana (homeschooling), setelah beliau melanjutkan pengajian di King Saud University dalam jurusan perundangan, beliau telah bergelar graduan dengan gred CGPA kedua terbaik dalam kelasnya pada usia 23 tahun.
Sejak itu, putera raja kacak ini terus aktif dalam dunia politik. Biarpun serius dalam pekerjaannya, itu tidak bermakna Mohammed Salman tidak tahu bagaimana untuk ‘bergembira’.
Selain terkenal sebagai hos parti-parti mewah, beliau juga mempunyai hobi memiliki aset bernilai jutaan dolar AS.
Antaranya termasuklah kapal persiaran (USD500 juta), istana atau chateau di Perancis (USD300 juta), 18 buah kenderaan mewah serta lukisan karya Leonardo da Vinci berjudul Salvator Mundi (USD450 juta).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...