“Alhamdulillah, Saya Selamat Bertunang,”- Intan Najuwa Kini Bergelar Tunangan Orang, Jarak Usia 16 tahun Tidak Halang Percintaan

Share

Pelakon drama Tuan Danial, Intan Najuwa berkongsi beberapa foto pertunangannya bersama pilihan hari yang diadakan pada Ahad lalu.

“Alhamdulillah, saya kini selamat bertunang,” kongsinya di Instagram.

Tampak cantik dengan busana berwarna ungu, Intan, 22 tahun juga sempat membuat appreciation post terhadap tunangnya apatah lagi dengan jarak usia mereka sebanyak 16 tahun.

“Lelaki di sebelah adalah sebab saya adalah saya hari ini. Kehadirannya di dalam hidup memberikan inspirasi buat saya  untuk menjadi lebih baik.

“Dia sangat baik, penyayang, memahami dan sentiasa menyokong saya. Banyak komen yang saya terima hari ini. Duit? Meh sini saya bagitahu, cinta sejati bukanlah berdasarkan itu.

“Cinta sejati berdasarkan hormat, bertolak-ansur, kepercayaan dan juga kasih-sayang antara satu sama lain. Jangan mudah nak hukum orang.

“Hanya kamu @Ezurazz, keluarga dan kawan-kawan yang mengenali saya. Terima kasih untuk semua ucapan,” tulisnya.

Dalam pada itu, kelihatan ramai netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.

Anyways, congratulation!

Published by
Khaleeda