Di kala sanak saudara dan jiran tetangga berseronok meraikan Hari Raya Aidilfitri, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah terpaksa beraya di hospital dek kerana suaminya yang harus menjalani prosedur pembedahan jantung tersumbat di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Cuba Lagi, Bagi Peluang & Ruang” -Hubungan Zulin Aziz, Suami Kembali Pulih. Netizen Turut Titipkan Doa Yang Terbaik
Beliau yang baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-19 telah memuatnaik beberapa gambar di laman Instagram semalam.
“Semalam sambut ulang tahun perkahwinan dekat hospital. Hari ini (25 April) akan buat pembedahan. Doakan suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, biarpun menyambut hari raya di hospital, kesihatan insan tersayang harus diutamakan agar kembali pulih seperti sediakala.
Menjenguk ke laman akaun Instagram penyanyi dan usahawan itu pada petang semalam mendapati bahawa suaminya telah selamat dioperasi dan kini telah kembali sedar.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih diatas doa-doa kalian. Suamiku dah sedarkan diri dan semakin kuat,” jelas beliau.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors itu lagi, setelah dinasihatkan oleh doktor, pihaknya terpaksa mengehadkan kunjungan tetamu agar suaminya mendapatkan rehat yang secukupnya.
Tambah beliau lagi, faktor jangkitan virus yang masih berleluasa juga antara penyebab mereka kurang menerima pelawat bagi mengelakkan risiko jangkitan terjadi.
“Saya pasti kawan-kawan terdekat memahami situasi suami saya yang kini dalam proses penyembuhan. Apabila keadaannya semakin kuat, kami akan maklumkan,” katanya.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ifa Raziah