Alhamdulillah, Tak Perlu Bayar PTPTN Sehingga Disember

Share

Satu demi satu inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan demi meringankan bebanan rakyat akibat Covid19 ini. Alhamdulillah

Jika sebelum ini demi mengurangkan beban rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk memberikan lanjutan masa pembayaran balik PTPTN sehingga 30 September ini susulan daripada penularan wabak COVID-19 pada Mac lalu.

Terkini, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, ia melibatkan penangguhan bayaran balik sebanyak RM375 juta.

“Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion. Semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.

Namun, sekiranya ada peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman ini, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan.


Berikutan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, ramai yang kehilangan pendapatan apabila diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji.

Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian di 03 -2193 3000 atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my.

So, diharap berita ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan korang, lagi-lagi yang bercuti tanpa gaji tu. Harap cepat lah wabak ini hilang…huhu

 

Published by
Ruziana Zainal