Alhamdulillah! Ustaz Ebit Lew Kembali Berbakti Pada Masyarakat

Share

Alhamdulillah! Walau berdepan pelbagai ujian termasuk dipanggil ke Bukit Aman namun jiwa untuk berbakti kepada masyarakat tak pernah pudar.
Baru sehari dua kata mahu berehat walau di dalam hatinya menangis, hari ini Ustaz Ebit Lew memuat naik perkongsian dirinya membantu satu keluarga yang tinggal di dalam kebun getah.

Allahuakbar, mulianya hati Ustaz. Ya pedulilah dengan kata-kata orang, janji Allah tahu apa Ustaz lakukan. Ya teruskan usahamu Ustaz Ebit Lew, kami sentiasa menyokong.

Bacalah perkongsiannya.Memang menusuk hati.

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.


Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.

Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.

Published by
Almaswa Haji Che Ros