Alhamdulillah, Vaksin COVID-19 Sudah Ditemui Rusia. Tapi Serius Ke?

Share

Mangsa Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.

Namun, semalam dunia digemparkan dengan berita gembira apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa Rusia sudah pun berjaya menghasilkan vaksin pertama untuk merawat jangkitan COVID-19 selepas dua bulan mengujinya kepada manusia.

Putin turut memaklumkan anak perempuannya sendiri terlibat dalam eksperimen tersebu dan sudah pun menerima vaksin terbabit.

Diragui Saintis Dunia

Vaksin yang sudah didaftarkan di Rusia itu bagaimanapun mengundang keraguan dan kebimbangan dunia kerana tempoh kelulusannya yang singkat.

Pakar antarabangsa yang masih skeptikal mempertikaikan keputusan ujian klinikal tersebut yang terus di daftar selepas dua bulan ujian. Malah para saintis di seluruh dunia termasuklah daripada kelompok saintis di Rusia sendiri mempersoalkannya.

Mereka memberi amaran tindakan tergesa-gesa Rusia menawarkan vaksin sebelum ujian peringkat akhir belum selesai boleh menimbulkan risiko. Ujian peringkat akhir di fasa ketiga boleh memakan masa selama berbulan-bulan melibatkan puluhan ribu sukarelawan bagi membuktikan ianya benar-benar selamat dan berkesan.

Pakar di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins University, Amesh Adalja menjelaskan sekiranya vaksin Rusia ini didapati bermasalah ianya akan merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap sebarang vaksin COVID-19 selepas ini.

Memberi respon kepada kenyataan Rusia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu pihak mereka sedang berbincang dengan pihak berkuasa kesihatan Rusia mengenai pra-kualifikasi vaksin tersebut termasuk kajian dan penilaian ketat dari semua data keselamatan dan keberkesanan yang diperlukan.

Ish…benda-benda ni macam ini tak perlu kot nak propa kan, apa-apa pun korang teruskan jela norma hidup baru korang tu, stay safe guys.

Published by
Ruziana Zainal