Alhamdulillah! Tahniah Remaja ucapkan buat Emma & suami tercinta!
Suami kepada pelakon jelita, Emma Maembong, Muhammad Shazli berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata kedua mereka, hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan suami pelakon drama hit Cemburu Seorang itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Menjengah pada hantaran tersebut, Shazli ada memuat naik sebuah klip video pendek yang memperlihat isteri tercintanya sedang memangku bayi tersebut dengan penuh kasih sayang.
Kongsi Shazli di ruangan kapsyen, putera kedua mereka dilahirkan secara normal dengan seberat 3.4 kilogram (Kg).
“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one, baby boy coming in hot at 3.4 Kg.
Normal labor , Allah is the greatest. @shariqgabriel big brother now,” coretnya.Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Pada hujung Mac lalu, pasangan tersebut mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki dalam sebuah majlis ‘gender reveal’.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada tanggal 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Emma Maembong