Alicia Amin Pilih 14 Februari Untuk Tamatkan Zaman Bujang

Share

 

Tanpa angin mahupun ribut, model popular dan pelakon, Alicia Amin, 25 memilih tarikh 14 Februari 2021 untuk menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati yang dikenali sebagai Farzan.

Perkhabaran tersebut dilakukan oleh pasangan itu serta rakan-rakan industri kreatif menerusi Instagram.  Peminat dan rakan seindustri Alicia menyambut baik akan berita ini termasuklah Ameera Khan, Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Nabila Razali, Alvin Chong, Elizabeth Tan dan ramai lagi yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Turut tumpang gembira dengan perkhabaran ini ialah rakan peserta Asia’s Next Top Model seperti Maureen Wroblewitz dan Jach Manere.

Majlis pernikahan telah diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Saidina Umar Al Khattab dekat di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Alicia menyarungkan gaun indah dengan perincian neckline

tinggi rekaan Alia Bastamam Atelier lengkap dengan hijab yang distailkan oleh Nazrul Anas (@nazlivingastyle).

Sumber Foto: Bibo Aswan.

Sumber Foto: Bibo Aswan

Dia kekal memilih ‘glam squad’ yakni pereka fesyen yang sama bagi majlis keraian di kediaman keluarganya dan Khir Khalid serta CKay Liow selaku jurusolek dan jurudandan pilihan demi menaikkan lagi seri pengantin pada wajahnya.

Tahniah sekali lagi buat Alicia dan Farzan!

Published by
FZ