Ads
Home Hiburan Alif Muhaimin Dah Berani Tunjuk GF, Siapa Dia?

Alif Muhaimin Dah Berani Tunjuk GF, Siapa Dia?

Ads

Pemenang Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini nampaknya sudah tidak merahsiakan lagi hubungannya bersama seorang wanita yang bernama Sara Jasmine. Baru-baru ini, Alif telah memuat naik video ucapan hari lahir buat Sara di laman instagramnya.

Remaja menghubungi sendiri personaliti lelaki ini untuk bertanyakan status sebenar hubungannya bersama wanita yang juga dikenali sebagai @signorinasara.

“Sebenarnya Alif baru sahaja mengenali Sara pada bulan Mac lalu melalui Instagram. Alif suka melihat dia ketika membuat live di IG kerana Sara banyak memberi inspirasi dan nasihat kepada followersnya. Alif juga lihat Sara ni seorang yang bijak dan setiap jawapan yang diberikan memang lain daripada yang lain. Tak kurang juga, dia seorang yang lucu,” jawab Alif.

Ads

Namun begitu, perkenalan mereka hanyalah sekadar saling mengikuti di laman Instagram dan tidak pernah langsung berkomunikasi. Menurut Alif, dia hanya mula bersembang dengan Sara pada 16 Jun 2020.

“Ada cerita yang berlaku disebalik perkenalan kami. Semasa mengemaskini friendlist di IG, Alif ter’unfollow’ Sara. Jadi tidak sedap hati, takut dia salah sangka, Alif pun DM dia dan meminta maaf serta menjelaskan bahawa dia tidak sengaja ter’unfollow’ Sara di Instagram. Dari situlah kami mula bersembang dan pada 27 Ogos 2020, barulah kami bersetuju untuk berjumpa,” jelasnya lagi.

Ads

Menjangkau usia yang sudah memasuki 26 tahun, Alif Muhaimin kini sudah bersedia untuk memikirkan masa hadapannya. Dia tidak lagi ingin ‘main-main’ dan mula serius memikirkan tentang hubungannya bersama insan tersayang. Tambahan lagi, kedua-duanya juga sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.

“Apa yang Alif harapkan sekarang adalah doa daripada semua orang. Doakan agar segala urusan kami dipermudahkan. Sara banyak memberikan Alif nasihat serta dia sentiasa mengingatkan Alif untuk jangan tinggal solat dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika sebelum ini Alif tidak pernah serius menjalinkan hubungan dengan wanita, kini rasanya sudah tiba masa untuk Alif betul-betul merancang untuk ke peringkat seterusnya,” tambahnya.

Alif Muhaimin Dah Berani Tunjuk GF, Siapa Dia?
Alif & Sara

Personaliti yang turut membintangi drama 70 episod Angkara Cinta ini dijadualkan tamat penggambaran pada 14 Disember dan akan meneruskan penggambaran bersama produksi A.Aida untuk drama yang seterusnya pada 18 Disember.

“Alhamdulillah, selepas Angkara Cinta, Alif akan membintangi sebuah lagi drama terbitan A.Aida Production. Selain itu juga, bagi tahun 2021 nanti, Alif bercadang untuk menggembangkan lagi bisnes kek batik dan insyaAllah akan berkolaborasi bersama founder produk yang lain untuk meluaskan lagi pasaran kek batik ini. Doakan alif,” jelasnya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI