Selain itu, dia juga mengakui kekurangan diri dan menganggap segala yang berlaku sebagai peluang untuk memperbaiki diri menjadi individu yang lebih baik.
Ads
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai seorang yang sudah mengakui kekurangan diri, tiada apa yang yang perlu dipertahankan. Segala apa yang berlaku saya akan menangani sampai waktu itu tiba.
“Saya orang yang jauh daripada sempurna yang nak belajar jadi baik. Sekiranya dapat putar balik masa, saya akan tarik balik daripada mengaibkan ibu kepada dua anak saya. Orang yang pernah hidup bersama dengan saya. Sekiranya perceraian ini berlaku, hak penjagaan ini akan diberikan kepada ibu, saya tidak akan melawan keputusan hak penjagaan itu.
“Apa yang saya mahukan ialah hak sebagai seorang bapa yang adil seperti melawat dan bermalam dengan anak-anak. Saya tidak mahu hubungan dengan anak-anak terputus atau terhalang,” katanya.
Ads
Pada masa sama, aktor kelahiran Singapura itu turut meminta agar masyarakat dapat mendoakan kebaikan buat dirinya sekeluarga dan berhenti mengeluarkan kenyataan negatif kepada dirinya.
“Saya harap semua akan doakan yang baik. Cakap yang baik. Fikir balik sama ada diri itu sempurna atau tidak sebelum menghukum orang lain. Memaki-hamun orang lain, keluarga orang lain dan keturunan orang lain,” tuturnya panjang.
Ads
Sebelum ini, Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Aliff bagaimanapun enggan mencerikan Bella pada sebutan kedua kes tuntutan cerai pada 4 April atas alasan masih sayangkan isterinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Datang dalam pelbagai rekaan dan jenama terkenal,pastinya si pemakai akan kelihatan stailo dan cool habis berjalan di hadapan khalayak ramai!
Menariknya tentang Safilo, korang boleh cari pelbagai jenama tersohor dan jenis kaca mata pada satu tempat ia termasuk Carrera, Polaroid, Jimmy Choo, Dior, Hugo Boss, Kate Spade, Fendi, Tommy Hilfiger dan banyak lagi la.
Kebanyakannya kaca mata untuk musim Luruh & Sejuk kali ini datang dalam pelbagai rekaan terutama bingkainya yang aneka bentuk dan material yang pelbagai. Bentuk kaca mata pula ada bulat, cat eye dengan shade yang gelap atau dua tona. Untuk belian kaca mata baru kamu, mungkin ciri-ciri tersebut perlu difikirkan kamu selain bentuk wajahmu.
Koleksi kaca mata hitam Safilo dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi di mana si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Safilo Fall/Winter 2019, sila layari www.safilo.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat K-Pop dan K-Drama di Malaysia amat bertuah apabila buat julung kalinya, team produksi dan pelakon dari Korea Selatan telah turun ke Malaysia pada hari semalam dan hari ini untuk sesi promosi sebuah filem terbaru bertajuk ‘The Battleship Island’.
Filem yang mula mendapat tumpuan luar biasa sejak awal tahun 2017 itu amat dinanti-nantikan oleh semua orang.
Bukan hanya disebabkan para pelakonnya yang *swoon* kacak dan mempunyai karisma (Hi Joong-Ki!), ‘The Battleship Island’ juga dikatakan mempunyai rangka perjalanan cerita dan efek yang cukup mendebarkan.
Juga, terdapat scene di mana pelakonnya tampil tidak berpakaian. Eh! Terbeliak nampak mata masing-masing. Haha jomm, ikuti temubual eksklusif REMAJA bersama 3 pelakon utamanya iaitu Hwang Jung-min, So Ji-sub dan Song Joong-ki serta pengarahnya, Ryoo Seung-wan, lewat tengah hari tadi.
Apa yang dinanti-nantikan oleh kalian apabila berada di Malaysia?
Song Joong-ki: Sudah tentu, apabila kami tiba di Malaysia, perkara pertama yang kami tak sabar untuk nantikan adalah respon daripada para peminat filem Korea di sini.
Satu lagi perkara yang saya selalu terdengar adalah pelbagai jenis makanan yang terdapat di sini. Tak sabar untuk saya mencuba sebanyak mungkin makanan Malaysia dalam masa yang singkat ini.
Hwang Jung-min: Saya amat terkejut dengan penerimaan lebih 10,000 peminat K-Pop dan K-Drama. Pada hari semalam di Pavilion, kami benar-benar dikelilingi oleh ribuan peminat walaupun ia merupakan acara ringkas saja.
Saya dapat rasakan sokongan padu dan ikhlas daripada peminat di Malaysia. Saya pasti mereka akan memberikan reviu positif terhadap ‘The Battleship Island’.
Dalam 6 bulan penggambaran, apakah perkara sukar yang dihadapi kalian?
Ryoo Seung-wan: Sepanjang tempoh penggambaran, pastilah terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kru produksi memandangkan filem ini padat dengan fakta bersejarah yang perlu ditonjolkan. Apabila saya sendiri mendalami sejarah pulau Hashima yang dijadikan pulau penempatan rakyat yang dijadikan hamba abdi pada zaman Perang Dunia Kedua, saya begitu terkesan dengan semangat juang mangsa demi negara.
Kami sempat untuk mengunjungi Pulau Hashima sebenarnya yang masih wujud. Selain itu, saya telah bercakap dengan beberapa insan yang terselamat daripada kekejaman tersebut di Jepun. Dari situ, saya kembali bersemangat untuk menjayakan ‘The Battleship Island’.
So Ji-sub, kami dengar kamu menerima watak yang ditawarkan tanpa perlu membaca skrip!
So Ji-sub: Ya, betul. Semasa mendapat tawaran tersebut, saya langsung tidak tahu-menahu mengenai watak yang perlu dipikul oleh saya. Yang saya tahu cumalah pengarah Ryoo Seung-wan akan terlibat sama dan saya merasakan, ini adalah peluang terbaik untuk saya bekerjasama dengan beliau.
Untuk pengetahuan kamu, babak menyelamatkan diri (escaping scene) hanya dipaparkan untuk 20 minit saja di dalam filem ini tetapi tempoh rakaman berlarutan sehingga 1 bulan lamanya. Ini jelas menunjukkan betapa telitinya Ryoo Seung-wan untuk mendapatkan impak dan mood yang diinginkan.
Apakah antara babak lain yang memberi kesan kepada kamu?
Song Joong-Ki: Bagi saya, babak di mana jambatan runtuh sewaktu mangsa cuba untuk menyelamatkan diri adalah amat penting dalam ‘The Battleship Island’. 400 orang hamba pada masa itu boleh saja mengalah kepada takdir tetapi mereka sama sekali tak putus asa. Mereka membina kembali jambatan tersebut dan perbuatan itu dimulakan oleh kanak-kanak di dalam filem ini.
Di akhir filem ini juga, ia memaparkan seorang kanak-kanak yang merenung jauh sebelum filem tamat. Ini seakan menandakan bahawa kanak-kanak adalah simbol masa depan dunia.
Joong-ki, kamu juga memegang watak askar di dalam drama Descendants of the Sun. Adakah watak tersebut membantu kamu untuk kembali menjadi ‘abang askar’ di dalam filem ini?
Song Joong-ki: Saya bangga dengan watak yang saya bawakan di dalam drama itu kerana ia memberi kesan mendalam kepada peminat K-drama. Namun, jalan cerita ‘The Battleship Island’ amat berlainan dengan DOTS. Saya juga menerima tawaran watak ini kerana nilai sejarah yang ada padanya, bukan kerana saya suka untuk membawa watak askar.
‘The Battleship Island’ boleh dikatakan mempunyai mood yang suram, menyedihkan dan serius. Adakah itu mood yang kamu rasakan sepanjang berada di set penggambaran?
Song Joong-ki: Ada masanya, saya perlu serius sebelum kami memulakan penggambaran demi mendalami watak Park Moo-young. Namun, dalam ramai-ramai pelakon di set, saya rasakan sayalah ‘happy-virus’ di sini! Haha saya perlu menaikkan mood mereka walaupun filem ini sangat rough, tough dan dark.
So Ji-sub:Kami semua mengalami penurunan berat badan yang agak mendadak semasa menjayakan penggambaran. Mungkin kerana itu kami semakin kacak semasa siri promosi ini! (ketawa)
‘The Battleship Island’ akan menemui peminat di pawagam bermula 17 Ogos ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi menyangkal khabar mengenai hubungannya bersama bekas kekasih, Rania Al-Sadat kini sudah kembali berbaik.
Katanya kepada Remaja, penyanyi lagu popular Menggenggam Bahagia itu menegaskan dia dan wanita tersebut lebih selesa untuk menjalinkan hubungan sebagai sahabat berbanding teman istimewa.
Malah, Sufian juga menjelaskan video tular yang memaparkan dia bersama Rania di sebuah festival makanan juga adalah rakaman lama.
“Itu video lama dan apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini juga masih sama. Cuma kami baik-baik sahaja, tiada sebarang drama.
“Kami lebih baik berkawan dan rasanya kekal seperti itu sehingga sekarang. Kami masih lagi meneruskan komunikasi sekiranya ada keperluan,” katanya ketika ditemui pada sidang media program The Chosen One di Star Boulevard, Kuala Lumpur.
Sementara itu, berdepan beberapa episod gagal dalam percintaan sebelum ini tidak membuat penyanyi lagu Di Matamu itu patah semangat untuk mengenali mana-mana wanita lain.
“Tidak rasa apa yang terjadi sebelum ini sebagai alasan untuk saya ‘give up’. Saya masih mencari rezeki, bukan sahaja wang ringgit tapi juga kawan dan pasangan yang baik. Kalau gagal, saya akan cuba lagi.
“Sekarang ini, saya masih belum berjumpa yang sesuai. Kerja pun banyak. Saya perlu sibukan diri untuk perkara yang boleh beri manfaat kepada orang lain,” ujarnya lagi.
April lalu, Sufian mengesahkan hubungannya dengan Rania sudah berakhir selepas penyanyi itu menghantar rombongan merisik pada Oktober tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...