Sukar untuk penonton tegar program realiti Gegar Vaganza meramalkan siapakah akan membawa pulang gelaran juara Gegar Vaganza musim kelapan malam ini. Justeru apabila Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara sebentar tadi, reaksi orang ramai nyata bercampur-baur. Ada yang bersetuju dan tentunya, kita tidak mengelakkan reaksi mereka yang tidak bersetuju.
Dengan kemenangan ini, Aliff Aziz sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Di antara Aliff Aziz dan Nikki Palikat yang membawa pulang gelaran Naib Juara, saingan mereka berdua di pentas akhir malam ini sememangnya sengit sehingga mencetuskan ‘perbalahan’ para penonton yang menyaksikan konsert akhir Gegar Vaganza 8 secara langsung di laman YouTube.
Menariknya, Aliff Aziz juga ialah juara kedua dari Singapura sepanjang Gegar Vaganza bersiaran selama lapan musim selepas Hady Mirza pada musim keenam.
Dalam nada sebak dan reaksi seakan tidak percaya, Aliff berkata, “Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah SWT kerana telah mengurniakan saya kemenangan ini.”
Ads
“Kepada semua rakan-rakan peserta saya, anda telah melakukan yang terbaik. Terima kasih kepada Umi dan Ayah Aliff di Singapura, kepada keluarga saya dan isteri saya. Terima kasih kepada Datuk Ramli MS, Bonda (Hetty Koes Endang), Datuk Syafinaz Selamat dan Joe.
“ Terima kasih kepada semua yang mendoakan Aliff dan memberikan kata-kata semangat, kemenangan ini adalah milik kita semua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berjuang bersama rakan-rakan saya sepanjang musim ini,” kata Aliff.
Tempat ketiga jatuh kepada Suki Low yang dilihat semakin menunjukkan ‘belang’ dari minggu ke minggu. Manakala Adibah Noor berada di tangga keempat, Azan Scan kelima dan akhirnya, Aweera mengejutkan ramai penonton apabila sekadar berada di tangga keenam.
Ads
Kegagalan Aweera untuk menempah sekurang-kurangnya slot Top 3 ini juga mengejutkan ramai pihak memandangkan dia telah mengungguli episod separuh akhir, minggu lalu.
Bercakap mengenai kemenangan Aliff Aziz ini, juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow turut bersetuju dengan kemenangannya ini.
Kata Joe, “Kita tahu Aliff ialah seorang superstar dan Gegar Vaganza adalah platfomr terbaik untuknya mengumumkan bahawa dia kembali semula dalam industri seni ini. Setelah melalui pelbagai harungan dan cabaran selama ini, saya rasakan dia benar-benar layak memenangi malam ini.
“Dia mempunyai bakat dan meletakkan minat serta jiwa dalam persembahan yang dilakukannya sepanjang musim ini,” ulas Joe yang dilantik sebagai juri jemputan pada pentas akhir. Terdahulu, Joe juga memuji Aliff dengan teknikaliti serta persembahan rap oleh Aliff Aziz sewaktu pusingan kedua para peserta.
Kata Datuk Syafinaz Selamat pula, dia merasakan Aliff layak membawa pulang kemenangan ini.
“Semua peserta termasuk Aliff mempunyai ‘ups & downs’ masing-masing sepanjang GV8. Kita boleh nampak semua orang mencuba sedaya upaya untuk berada di sini. Saya benar-benar maksudkannya apabila saya katakan tadi, ini ialah musim Gegar Vaganza terbaik dalam sejarah,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media sosial baru-baru ini, apabila tersebar beberapa keping foto yang menunjukkan penyanyi popular antarabangsa, Lana Del Rey sedang bekerja di sebuah restoran makanan ringan, wafel.
Dalam foto tersebut, kelihatan pelantun lagu popular Radio itu mengenakan sepasang seragam berwarna biru dan tertera tanda nama ‘Lana’ pada uniformnya.
Difahamkan, restoran tempat penyanyi berusia 38 tahun itu bekerja terletak di Florence, Alabama, Amerika Syarikat.
Beberapa pengunjung yang pernah ke restoran tersebut turut mengakui bahawa pelayan yang bekerja di situ adalah sememangnya penyanyi lagu West Coast berkenaan, walaupun bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun, sejak foto tersebut tersebar pada 20 Julai lalu, Lana Del Rey tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilihat masih bekerja di restoran sama.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas mencatatkan kutipan yang memberansangkan di pawagam pada November tahun lalu, animasi Even Ali yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation kini mencipta satu lagi sejarah. Kali ini mereka ke peringkat antarabangsa pula!
Ejen Ali bersama 5 lagi animasi tempatan iaitu Saladin, Soccer Bugs, Cingkus Blues, Knowsy Nina Wants To Know dan Super Tots tidak lama lagi akan dapat disaksikan oleh penonton di 6 buah negara asing menerusi Amazon Prime.
Negara-negara tersebut termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Ireland, Australia dan New Zealand.
Kita sedia tahu bukan mudah untuk menghasilkan siri animasi seperti Ejen Ali sehingga ia mencapai tahapnya sekarang. Kerja keras dan masa yang lama diperlukan untuk penghasilan naskah yang diiktiraf di peringkat dunia.
Perkembangan positif ini bukan saja untuk menjana pendapatan tetapi juga membawa nama Malaysia sebagai peneraju baru dari Asia yang menyediakan intipati animasi berkualiti.
Pergh, bangga!
Sepanjang tempoh kuarantin di seluruh dunia, rancangan kanak-kanak diakui mencatatkan peningkatan tontonan berikutan masa yang diluangkan di rumah.
Sebelum ini, Ejen Ali pernah mencatatkan kutipan tiket pawagam sehingga RM30juta lalu memecahkan rekod catatan tertinggi filem animasi di Malaysia.
Sebelum ini tular di media sosial apabila Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi perhatian apabila dilontarkan soalan tentang kumpulan K-pop popular dunia, BTS dan Blackpink.
Menerusi temubual eksklusif bersama Astro Awani, Ashwad Ismail dan Cynthia Ng berpeluang bertanyakan soalan viral dan antaranya adalah dengan memilih BTS atau Blackpink?
Ya, walaupun hampir setahun berlalu kerana temu bual itu dibuat sekitar Julai 2019, namun berita ini turut mendapat perhatian daripada media di Korea Selatan.
Koreaboo merupakan antara portal bahasa Inggeris yang memfokuskan tentang hiburan K-pop dan menjadi platform antarabangsa untuk menjadi rujukan berkaitan dengan industri hiburan Korea. Platform ini mencatatkan sejumlah 50 juta pembaca di seluruh dunia.
Terbaru, berita tentang YDP Agong memilih sama ada BTS atau Blackpink juga turut mendapat perhatian mereka. Artikel yang bertajuk ‘The King Of Malaysia Was Asked To Choose BTS Or BLACKPINK, Here’s His Pick’ diterbitkan pada 14 Disember 2020 ini turut menerima komen daripada rakyat Malaysia.
Posting ini juga turut mendapat lebih daripada 400 komen dan perkongsian di laman Facebook.
Tidak dinafikan kedua-dua kumpulan K-pop ini mempunyai pengikut mereka tersendiri. Jadi, tidak kiralah siapa pun yang dipilih oleh YDP, ia merupakan hak peribadi seseorang.
Betul tak?
Apa-apa pun, memang daebak laa media di Korea pun buat liputan tentang Raja kita. Daulat Tuanku!
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...