Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz pernah meluahkan hasrat untuk bercerai dengannya, sekitar Februari lalu.
Berkata kepada Remaja, dia amat terkejut dengan kenyataan Aliff yang mengakui sudah tidak mempunyai perasaan lagi terhadapnya meskipun ketika itu rumah tangga mereka sedang harmoni.
“Sebenarnya sebelum ini pada 14 Februari, Aliff minta cerai dan dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.
ARTIKEL BERKAITAN:
Cantik Luaran Dan Dalaman, 5 Tip Bella Astillah ‘Maintain’ Jelita“Masa itu pelik kenapa tiba-tiba nak minta cerai… tiada ribut tiada angin tapi Aliff kata Allah bagi perasaan itu,” katanya.
Bella bagaimanapun enggan berpisah dan bertindak merayu kepada Aliff untuk tidak meneruskan hasratnya demi anak-anak kecilnya.
“Saya merayu dengan dia supaya kesian pada anak-anak. Saya pujuk Aliff siap hantar video, tapi dia kata dia sudah tak rasa apa-apa pun.
“Dia cakap nak cerai pada 31 Mac dimana selepas habis penggambaran drama Jerat,” tuturnya.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan bahawa dia meminta petunjuk daripada yang maha Esa untuk melindungi rumah tangganya.
Namun, tidak menyangka menerima berita mengenai khalwat suaminya bersama pelakon, Ruhainies.
“Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu, saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat. Saya terfikir, kenapa saya nak kena cerai dengan tiba-tiba?
“Sebab itu saya solat istiqarah dan sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan dengan kes khalwat. Jadi, inilah jawapannya,” tuturnya lagi.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.