Bayangkan, kita ditahan tanpa asbab kesalahan. Pasti marahkan. Namun bagi remaja Palestin yang sekian lama ditindas zionis Israel, kemarahan itu hanya mampu disuarakan melalui doa kepada Allah taala.

Semalam, Mohamad iaitu adik kepada Ikon Pejuang Kebebasan Palestin, Ahed Tamimi, 17 tahun yang pernah viral di seluruh dunia kerana menendang dan menampar tentera zionis ketika usianya kecil ditangkap oleh zionis tanpa sebab kukuh.

Jika sebahagian dari kita pasti merasa takut tapi ternyata Mohamad yang berusia 15 tahun sempat lagi minum air sambil dirinya dipeluk oleh ibu dan ayahnya buat kali terakhir.

Rakaman penahanan tanpa sebab kukuh ini turut tersebar di media sosial dan pastinya ramai yang marah saat melihat situasi berkenaan. Malah di pihak keluarga Ahed sendiri menyuarakan rasa marah tersebut.

“Allah Bersamamu”, Video  Tentera  Zionis  Tahan Adik Ikon Pejuang Palestin Tersebar Di Media Sosial
Mohamed diambil dari rumah tanpa sebab yang kukuh

Laporan dari AP yang memetik kenyataan bapa kepada Mohamad berkata, tentera Isreal memecah masuk ke rumah mereka pada awal pagi dan menangkap anaknya, Mohamed,” kata bapanya Bassem Tamimi.

Ads

Ibu remaja berkenaan, Nariman berkata, pasukan tentera Israel telah menyerbu kediaman mereka di Kampung Nabi Sali berhampiran Ramallah dan menahan anak remajanya tanpa sebab kukuh.

Menurut Bassem, anaknya pada hujung minggu lalu mengalami patah lengan ketika  melarikan diri dari semburan gas pemedih mata pada satu protes yang diadakan di kampung mereka di mana dia disyaki telah membaling batu ke arah tentera Israel.

Apa pun alasan penahanan remaja berkenaan masih tiada sebab jelas.

Ads

 

 

Ads
“Allah Bersamamu”, Video  Tentera  Zionis  Tahan Adik Ikon Pejuang Palestin Tersebar Di Media Sosial
Ahed jadi ikon remaja pejuang kebebasan Palestin dan namanya dikenali dunia atas keberanian melawan tentera Israel

BACA SINI : Remaja 17 Tahun Ini VIRAL & Satu Dunia Mengenalinya. Dia Terkenal Kerana BERANI 

Nama keluarga ini begitu terkenal malah pernah dijemput oleh kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid ke Stadium Santiago Bernabeu di Madrid bertemu bekas penyerang, Emilio Butragueno, dan menerima jersi bola sepak kerana mereka kagum dengan semangat keberaniannya menentang dan menampar tentera zionis Israel.

Jika nasib adiknya belum diketahui dan bila akan dibebaskan, Ahed Tamimi pernah duduk dalam penjara Israel selama lapan bulan lamanya. Ternyata semangat juang remaja Palestin menentang kekejaam zionis Israel tidak pernah pudar.

Allah sentiasa bersamamu Mohamad dan seluruh rakyat Palestin.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI