Pemergian seramai 53 orang anak kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala-402 yang disahkan ditemui di dasar laut perairan Bali semalam masih sukar untuk diterima oleh ramai pihak.
Biarpun tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mangsa insiden, ramai warganet yang meratapi pemergian menyedihkan itu.
Apatah pula buat kenalan rapat mangsa, pastinya mereka sedang dalam fasa berdukacita dan redha dengan ketentuan Ilahi ini.
Dua kisah melibatkan kenalan kru kapal telah mendapat perhatian rakyat Indonesia di mana salah seorang daripadanya merupakan seorang wanita yang sedang hamil dan seorang abang yang kehilangan adiknya dalam tragedi ini.
Ads
Hubungan Abang Adik Kandung
Pertalian rapat di antara anak kapal bernama Letkol Irfan Suri dan abangnya, Akhyar Tarfi menbuatkan tragedi tambah menduka citakan.
Tanpa putus terus berdoa, abangnya yang menetap bersama keluarga arwah di Banda Aceh kini terdahulu mengharapkan keajaiban bulan Ramadan ini agar kesemua kru tersebut ditemui semula dalam keadaan sihat.
“Saya adalah anak kelima dan (arwah) adalah anak keenam. Jadi secara tidak langsung hubungan saya lebih dekat dengan Irfan Suri. Irfan orangnya tenang, tidak banyak bicara. Tapi yang paling kuat karakter dia. Dia amat komited dalam menyelesaikan tugas-tugasnya.
Ads
“Kalau tidak salah, (arwah) sempat diberikan amanah untuk menjaga bidang kelengkapan dan senjata kerana dia mendapat banyak kepercayaan daripada pasukannya.”
Isteri Sedang Hamil
Kisah seorang isteri kepada anak kapal selam KRI Nanggala-402 mendapat tumpuan setelah ia dikongsikan oleh akaun TikTok bernama @mintasofia_k.
Ads
Menerusi video yang dimuat naik pada hari Sabtu lalu, isteri kepada Sertu Bah Yoto Eki Setiawan itu meluahkan perasaannya dan meminta agar warganet mendoakan kesejahteraannya.
Lebih menyedidkan apabila wanita itu juga disahkan sedang hamil dan ‘merasakan’ anak di dalam kandungannya itu juga merindui arwah ayahnya.
Sehingga kini, lebih dari 5 juta orang warganet telah menyaksikan video tersebut dan ia mendapat lebih daripada 600,000 komen.
Rata-rata berharap agar wanita yang baru saja bernikah selama 5 bulan itu cekal berdepan situasi ini dan berharap agar dia kuat menghadapinya dengan memberikan tumpuan kepada keadaan kandungan.
Percutian saat yang dinantikan oleh semua orang bukan?
Salah satu, destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia sudah tentu lah Bali Indonesia. Terkenal dengan destinasi kepulauan yang cukup sinonim dengan keindahan pantainya yang sering menjadi perhatian para pelancong dari seluruh dunia. Selain terkenal sebagai lokasi berbulan madu bagi pasangan yang sedang hangat dilamun cinta, anda juga boleh membawa seluruh keluarga untuk bercuti di Bali.
foto via pexels
Menariknya, Bali telahpun membuka semula sempadannya kepada para pelancong asing termasuklah Malaysia dan pelancong dari 23 negara turut dibenarkan termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Selain tidak melaksanakan peraturan kuarantin kepada pelancongnya — Bali juga kini membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) untuk pelancong dari
Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen hari ini — VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.
Warga asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali serta boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali — kata sub-penyelaras perhubungan awam direktorat, Achmad Nur Saleh dalam satu kenyataan.
Foto Via Pexels
Minggu lepas, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Panjaitan, dilaporkan berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi untuk melaksanakan program percubaan bagi ketibaan pelancong tanpa kuarantin.
Jadi, adakah korang merasakan sudah selamat untuk melancong ke Bali? Atau korang lebih yakin untuk melancong di dalam negara terlebih dahulu?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
15 Disember 2022 esok menandakan tempoh tiga minggu tepat setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kesepuluh Malaysia.
Sejak Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jaawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara itu, banyak perubahan yang telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim dalam cara pemerintahan beliau.
Ini termasuklah penolakan kenderaan mewah jenis Mercedes S600, penolakan kediaman rasmi Kompleks Seri Perdana dan penolakan gaji sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Kesemua itu demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya.
Namun tahukah korang, sebelum Anwar Ibrahim membuat keputusan drastik untuk tidak menerima gaji bagi jawatan nombor satu negara itu, Yang di-Pertuan Agong (YDP Agong) telahpun mengambil tindakan sama tetapi lebih awal.
Menurut Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini, YDP Agong berkenan untuk tidak mengambil gaji sejak era pandemik melanda Malaysia pada tahun 2020.
“Baginda tidak menerima gaji oleh kerajaan sejak Covid-19. Saya ingat eloklah kita beri penjelasan ini.
“Itu sumbangan dibuat YDP Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan rakyat,” katanya.
Untuk pengetahuan, Jemaah Kabinet negara termasuklah barisan Timbalan Menteri yang selesai dilantik Jumaat minggu lalu telah bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan. Ia adalah tanda solidariti mereka terhadap keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
Manakala, Anwar tetap dengan pendiriannya untuk menolak terus pemberian gaji sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka kegembiraan di taman tema menjadi tragedi apabila sebuah kematian dilaporkan gara-gara terjatuh daripada permainan roller coaster. Ya, perkara ini bukan sekali dua berlaku, tetapi sudah banyak kes yang melibatkan permainan taman tema ini.
Tidak tahu mana silapnya, bagaimana pemain boleh terjatuh dari ketinggian yang tinggi.
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia secara tragis apabila terjatuh ketika sedang menaiki roller coaster di Klotti Wildlife dan Leisure park di Klotten, Jerman. Menurut laporan, polis sedang menyiasat punca tragedi malang itu sama ada kematian itu adalah akibat daripada kesalahan pihak ketiga.
Mangsa merupakan seorang wanita berusia 57 dipercayai tergelincir dari tempat duduknya ketika roller coaster itu mengelilingi selekoh sebelum terjatuh dari trek ke bawah. Kesukaran untuk masuk ke lokasi kejadian menghalang tindak balas dari pasukan perubatan.
The Klotti Wildlife and Leisure park (Foto: The Mirror)
Trek laluan roller coaster itu diperiksa Germany’s Technical Inspection Association (Technischer Uberwachungsverein atau TUV) untuk penilaian aspek keselamatan. Tiada kecurigaan awal terhadap kelakuan jenayah menurut pendakwa raya.
Selepas ditutup selama tiga hari, taman tema itu dibuka semula untuk kunjungan orang ramai. Trek laluan roller coaster di mana mangsa terjatuh juga diluluskan untuk dibuka semula, namun pegawai taman dilaporkan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai bermain permainan itu buat sementara waktu.
Memang seram kalau dengar berita kemalangan seperti ini. Tidak hairanlah sekiranya ada di antara kita yang memang tidak akan bermain roller coaster ketika di taman tema.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...