Pening memikirkan sikap dan ragam anak remaja hari ini. Walaupun bukan semua ibu berdepan masalah sama, tidak bermakna mereka terlepas daripada dugaan mendidik anak pada usia persekolahan dan remaja.
Berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian baru-baru ini sangat mengejutkan masyarakat apabila seorang ibu mendapati anak remajanya yang berusia 13 tahun melahirkan cucu buat dirinya hasil ‘kerja’ anak saudaranya sendiri yang berusia 14 tahun.
Hal ini berlaku apabila wanita ini terjaga daripada tidur sekitar jam 3 pagi sebelum mendapati anaknya sedang membersihkan seorang bayi perempuan.
Ekoran kejadian berkenaan, wanita itu membawa kedua-duanya ke Hospital Kota Belud untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol sepupunya yang berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.
“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam (Isnin), untuk siasatan selanjutnya,” katanya.
Tambah beliau, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Mungkin rakan sebayanya sedang seronok mengenali dunia, remaja ini dah bergelar ibu di usia terlalu muda ini. Hmm…besarnya dugaan.
Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)
Ini 10 Gimik “MEMALUKAN” Jamal Yunos Pernah Lakukan Sebagai Pemimpin UMNO
Ramai yang kenal dengan Dato Seri Jamal Md Yunos yang merupakan Ketua Bahagian Umno Sg Besar. Banyak gimik-gimik luar biasa namun dianggap tidak sesuai dan bahasa lebih kasar agak bodoh oleh sebahagian rakyat membuatkan dirinya yang juga Pengerusi Gabungan Ngo Melayu Malaysia menjadi terkenal.
Semalam, selepas Barisan Nasional tewas dan pemimpin-pemimpin mula “menikus”, polis mengesahkan sudah menahan Dato Seri Jamal Md Yunos yang ketika itu sedang mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri atas kesalahan berkaitan akta senjata api. Ketua polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pemimpin itu ditahan di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
“Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei 2018,” katanya.
Berita penahanannya agak mengejutkan namun “peragainya” yang begitu galak membuat gimik kurang sesuai membuatkan sebahagian rakyat memberikan pelbagai komen yang mengecam semua tindakan-tindakannya.
Ini adalah senarai 10 gimik yang dianggap tidak relevan oleh orang ramai namun tindakannya sebelum ini dilihat seolah-olah mendapat “restu” dari pihak atasan pentadbiran terdahulu.
Bertuala Mahu Mandi Di SUK
Tentu ramai yang ingat betapa selambanya Jamal memakai tuala sambil menyelitkan berus gigi di telinganya. Di tangannya juga memegang gayung. Protes itu dilakukannya atas alasan mahu menumpang mandi di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK dan bosan dengan masalah air yang tidak pernah selesai di Selangor ketika Datuk Seri Azmin menjadi Menteri Besar, dakwanya.
Beliau datang membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.
Perli Siti Nurhaliza isu tak subur
Ekoran sikapnya memakai tuala yang dianggap kurang sopan, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza tlah menulis di twitter yang menegur tidakan dianggap kurang sopan itu. Malangnya mungkin kerana mengikut emosi, Jamal membangkitkan isu kurang subur kerana Dato Siti ketika itu masih tidak mempunyai cahaya mata.
Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain. Hari ini, Allah maha kaya, si pipi merah, Siti Aafiya menjadi buah hati kesayangan Dato Siti dan Dato Khalid. Siapa yang malukan?
Pandu van jenazah
Jamal Yunos membawa 15 van jenazah untuk menggegarkan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor atas isu mendakwa berlaku penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.
Dia yang mengenakan pakaian seperti seorang penggali kubur kemudiannya dilihat mengusung keranda semasa tindakan tersebut. Biar menganggap perbuatannya betul tetapi sekumpulan 50 orang menegurnya dan bertanya SIAPA PENYAMUN sebenarnya sehingga polis terpaksa campur tangan menyuraikan protes itu.
Pecahkan 100 botol arak
Konon MB Selangor tidak peka isu Beer Festival, Jamal sekali lagi tampil bersama 20 penyokongnya membawa penukul besi besar dan bertindak memecahkan kira-kira 100 botol arak di di hadapan SUK. Dia yang memberi amaran kepada Pentadbiran MB supaya tidak mengambil muda terhadap penganjuran pesta itu selain melarangnya diadakan di Selangor.
Jamal sememangnya amat terkenal sebagai Ketua Gerakan Baju Merah. Pengawal ada mengejarnya meminta dia membersihkan tempat itu selepas membuat kecoh tetapi dia terus berlalu begitu sahaja. Kes ini disiasat oleh pihak polis kerana mencetuskan kekecohan.
Bawa katil, urut & beri aiskrim isu rumah urut
Awal tahun ini, pada 25 Januari lalu, Jamal membawa sepuluh katil bujang ke bangunan pejabat SUK dengan tilam yang disaluti cadar tertera dengan perkataan ‘DAP – Dapat Aiskrim Percuma’ manakala bantal yang turut dibekalkan mempunyai perkataan ‘Rumah Urut Selangorku’.
Adalah dipercayai ia sebagai sindiran kepada projek rumah mampu milik kerajaan negeri Selangor “Rumah Selangorku”. Ketika itu, beliau datang dengan menunggang sebuah motorsikal Harley Davidson sambil membawa sebuah tong berisisi ais krim dan dibajunya tertera DAP (Dapat Aiskrim Percuma) yang dipercayai memerlikan parti DAP.
Provokasi melalui Himpunan Gerakan Baju Merah
Ramai tahu tentang gerakan Bersih yang menuntut keadilan dan situasi adil bagi rakyat Malaysia yang mendapat sambutan dari orang ramai. Menyedari bersih dengan baju kuningnya, Jamal menubuhkan Gerakan Baju Merah dan berkata di mana baju kuning berada, di situlah baju Merah akan ada sama. Sudah tentulah apabila air bertemu minyak, wujud provokasi sehingga berlaku pertelingkahan.
Bakar Gambar Zaid Ibrahim
Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kecoh apabila Datuk Seri Jamal Md Yunos ‘mengamuk’ sambil membawa tukul besar. Lengkap bersamping dan songkok, dia hadir bersama penyokongnya sambil membawa dua potongan kadbod menyerupai bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Ia sebagai simbolik kepada bantahan terhadap ahli DAP tersebut yang didakwa mengeluarkan kenyataan mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Kalau polis dan SKMM tak ambil sebarang tindakan selewat-lewatnya esok (Sabtu) saya sendiri akan buru Zaid. Saya tahu dia di mana, saya tahu rumah dia di mana,” katanya.
Jamal dan kumpulan penyokongnya kemudian berarak di sekitar ruang legar PWTC dengan membawa dua kadbod yang tertera tulisan ‘pengkhianat, kurang ajar, biadab…’ dan meminta orang ramai ‘melepaskan kemarahan’ pada plakad berkenaan. Jamal bertindak membakar dua potongan kadbod yang menyerupai Zaid di luar perkarangan PWTC.
Zaid menerusi akaun Twitternya pada Selasa lalu mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur Dr Mahathir, berhubung kenyataan menghina Bugis.
Perli dengan menderma RM1.8 bilion kepada Parti Bersatu
Jamal sekali lagi melakukan gimik konon menyumbang RM1.8 bilion kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Dia berkata, sumbangan itu boleh digunakan PPBM yang diketuai bekas pemimpin Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Saya hendak beritahu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi meminta derma daripada rakyat Malaysia kerana saya sudah menyumbang,” katanya sebelum memasukkan sekeping cek peribadi ke mesin deposit cek.
Hari ini tengok bagaimana Parti PPBM ini dengan diketuai oleh Tun M diangkat sebagai Perdana Menteri. Tentu Jamal sangat terkedu!
Mahu ludah tangan Tun M
Okay, ini mungkin sudah dikira agak melampau tentang provokasi dilakukannya. Dalam satu kenyataannya, Jamal berkata dia menyesal kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu.
Menurut Jamal, dia akan meludah tangan Mahathir sekiranya bertemu dengan bekas perdana menteri itu sekarang.
“Inilah seorang pemimpin yang kita hormati selama 22 tahun menjadi PM yang dahulu saya pernah jumpa dengan beliau, cium tangan beliau, tapi kali ni kalau saya jumpa beliau, saya ludah tangan dia.Saya menyesal cium tangan dia dahulu,” kata Jamal kepada penyokongnya di perhimpunan anti-BERSIH di Kapar, Selangor.
Mungkin selepas ditahan di bawah akta senjata api, mungkin Jamal sudah melupakan niatnya itu. Mana tahukan?
Bawa pocong ke SPR Selangor dengan bas
Kecoh dengan isu pengundi hantu, Jamal tampil dengan membawa pocong ke Suruhan Pilihan Raya (SPR) Selangor dengan bas. Ia sebagai simbolik kepada pengundi-pengundi hantu kononnya.
Jamal membuat gimik tersebut sebagai tanya protes dan bantahan terhadap pemindahan pengundi-pengundi daripada luar kawasan masuk ke dalam DUN Sekinchan oleh ADUN DAP, Ng Suee Lim.
Suami Luah Perasaan Sayu, “Hidup Tak Lengkap Tanpa Isteri, Saya Sudah Maafkannya Tapi…”
“SAYA maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat, namun undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang.”
Demikian luahan Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan berusia 19 bulan yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, Maran, malam kelmarin.
Muhammad Rizal berkata, dia akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada sanak saudara termasuk keluarga belah isteri, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan.
Katanya, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika menggelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.
“Sedangkan Allah SWT memaafkan umatnya apatah lagi manusia biasa seperti saya. Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (isteri) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.
“Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya ketika ditemui di rumah, hari ini.
Ketika pengebumian jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatan sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.
Dalam kejadian itu, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah.
Suspek mengelar anaknya selepas membawa masuk ke dalam bilik sebaik sahaja selesai membaca al-Quran di dalam bilik lain.
Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik untuk melakukan pemeriksaan.
Sementara itu, suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam di Lokap Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Asmadi Mahayudin di Mahkamah Majistret Maran kira-kira 12 tengah hari semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber :- HARIAN METRO
Dihina Sewaktu Buat Live Mekap, Gadis Ini Dapat Sokongan & Semangat Daripada Netizen
Sudah menjadi kebiasaan para peniaga untuk mempromosikan perniagaan mereka menerusi laman media sosial dan peniaga biasanya akan membuat live sebagai salah satu cara komunikasi bersama pelanggan.
Namun lain pula jadinya dengan seorang peniaga yang dikenali sebagai Jannatul Sobah yang menerima kecaman sewaktu dirinya membuat live di TikTok bagi berkongsi ilmu.
Gadis itu telah menerima kecaman dan menjurus kepada body shaming kerana penampilan dan wajahnya dikutuk oleh netizen.
Sobah telah membuat satu hantaran di laman Facebook mengatakan yang sejujurnya dia agak terkesan dengan segelintir masyarakat yang suka mengecam. Dia hanya buat live video di TikTok untuk berkongsi ilmu, sebaliknya lain pula yang difikir oleh masyarakat.
Namun begitu, dia sudah memaafkan kepada individu yang memberi kecaman dan menghinanya. Sobah juga berterima kasih kepada insan-insan yang telah menyokongnya dari dulu hingga sekarang.
Walau bagaimanapun, masih terdapat netizen yang prihatin dan tidak bersetuju dengan tindakan body shaming yang ditujukan kepada gadis ini.
Sungguh sedih melihat pemikiran segelintir rakyat Malaysia yang masih menjadikan rupa fizikal manusia sebagai satu gurauan atau ejekan. Dah 2021 guys, ubahlah mentaliti tu sikit. Semoga Sobah lebih kuat dan menjadikan situasi ini sebagai pembakar semangat untuk dirinya terus berjaya dalam perniagaan.
Ramai lagi yang menyokong anda, be strong Sobah!
Sumber: Sobah Rajaai