Allahu, Remaja 13 Tahun Bersihkan Bayi Perempuan Yang Dilahirkan, Rupanya…

Share

Pening memikirkan sikap dan ragam anak remaja hari ini. Walaupun bukan semua ibu berdepan masalah sama, tidak bermakna mereka terlepas daripada dugaan mendidik anak pada usia persekolahan dan remaja.

Gambar Hiasan

Berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian baru-baru ini sangat mengejutkan masyarakat apabila seorang ibu mendapati anak remajanya yang berusia 13 tahun melahirkan cucu buat dirinya hasil ‘kerja’ anak saudaranya sendiri yang berusia 14 tahun.

Hal ini berlaku apabila wanita ini terjaga daripada tidur sekitar jam 3 pagi sebelum mendapati anaknya sedang membersihkan seorang bayi perempuan.

Ekoran kejadian berkenaan, wanita itu membawa kedua-duanya ke Hospital Kota Belud untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol sepupunya yang berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam (Isnin), untuk siasatan selanjutnya,” katanya.
Tambah beliau, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mungkin rakan sebayanya sedang seronok mengenali dunia, remaja ini dah bergelar ibu di usia terlalu muda ini. Hmm…besarnya dugaan.

 

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Published by
Nana