Kejutan dilakukan oleh penyanyi, Datin Alyah pada episod kedua The Hardest Singing Show yang ke udara semalam apabila beliau menarik diri sekaligus menamatkan saingannya secara serta-merta.
Ini setelah beliau mendapat panggilan untuk mengerjakan ibadah haji pada 12 Jun kelak.
“Saya akan berangkat ke tanah suci kerana dapat panggilan, Alhamdulillah, untuk menunaikan haji pada tahun ini.
“Saya memohon kepada semua untuk doakan saya, kesihatan saya dan (agar saya) mendapat haji mabrur
“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat. Saya terpaksa mengundur diri daripada pertandingan ini.
Ads
“Saya doakan semoga kalian dapat buat sehabis baik,” titip isteri Datuk Ramli MS itu menerusi sebuah klip yang diputarkan sewaktu siaran langsung program tersebut, malam Ahad.
Penyanyi, Alyah.
Pada episod kedua semalam yang bertemakan Revolu-Sihat, Alyah dijadualkan untuk mempersembahkan lagu I Am The Best nyanyian asal kumpulan K-pop, 2NE1. Alyah dalam ucapan ringkasnya itu sempat mencuit pengacara program, Nabil Ahmad dengan menyerahkan tugasan nyanyian itu kepadanya.
Ads
“Saya tahu ramai teruja nak tunggu macam mana suara saya menyanyi lagu K-pop. Jadi, saya ‘wasiatkan’ persembahan ini kepada Nabil. Balik nanti saya nak tengok persembahan berkenaan,” katanya.
Terdahulu, penyanyi Naim Daniel juga mengundurkan diri dalam program The Hardest Singing Show seawal hari sidang media disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Ads
Dengan ketiadaan Alyah, kini tinggal lapan peserta yang meneruskan saingan termasuklah Aisha Retno, Ayda Jebat, Aepul Roza, De-Fam, Kaka Azraff, Putera Muhammad, Stacy dan Zizi Kirana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam situasi negara yang sedang melawan wabak COVID-19, ucapan setinggi-tinggi terima kasih ingin kami ucapkan kepada barisan hadapan negara (frontliners) yang bertungkus-lumus siang dan malam demi menjaga serta mengawal virus daripada terus menular.
Terdapat ramai individu dan badan-badan bukan kerajaan yang ‘turun padang’ bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mereka berbesar hati untuk menghargai titik peluh frontliners negara dengan menyalurkan sumbangan serta makanan kepada pasukan tersebut.
Malah sebelum ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga sempat menyediakan makanan tengah hari untuk petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh.
Kepada korang yang juga ingin meluahkan menghargai barisan hadapan kakitangan kesihatan dengan memberikan hidangan makanan yang lazat untuk mengembalikan semula tenaga mereka, laman portal KLOOK kini sedia membantu.
KLOOK melancarkan kempen Salute Our Healthcare Heroes untuk memberi peluang kepada masyarakat Malaysia menghargai petugas kesihatan KKM.
Tanpa perlu keluar dari rumah pun, korang boleh membantu semudah 3 KLIK sahaja.
Antara jenama restoran dan kafe yang mengambil bahagian.
Bermula hari ini hingga 31 Mac 2020, setiap hidangan yang dibeli melalui KLOOK menerusi syarikat F&B terpilih ini akan dijadikan sebagai sumbangan makanan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web KLOOK bagi melihat tawaran yang disediakan.
Setiap jenama F&B menawarkan pembelian minimum mengikut kemampuan korang.
Semoga dengan usaha ini, setidak-tidaknya kita juga mampu memberikan sedikit sumbangan kepada kakitangan yang menyelamatkan nyawa rakyat.
Stay safe at home & eat healthily guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wargamaya pada waktu ini, telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Antara nama artis yang terpalit dan disenaraikan ialah pelakon, Nadhir Nasar.
Oleh hal demikian, pelakon drama hit Projek: High Council itu tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut menerusi coretan panjang lebar di platform X miliknya.
Jelasnya, jika menamatkan kontrak lebih awal, dia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Malah ianya juga akan memberi kesan kepada banyak pihak berikutan kontrak yang sudah ditandatangani.
“Tidak setanding langsung (financial penalties dengan nasib penduduk Palestin). Tetapi financial penalties itu banyak untuk dibayar oleh saya sendiri.
“Maaf atas kekhilafan saya. Teruskan usaha untuk melawan. Saya buat apa yang saya mampu, InsyaAllah dengan izin tuhan.
“Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Warganet, awak semua ada hak untuk bersuara dan impaknya sangat besar. Percayalah,” coretnya panjang.
Bagaimanapun, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu mengambil serius terhadap isu tersebut selain tetap akan berkongsi perkara-perkara positif selepas ini.
Terdahulu, Nadhir dilihat antara selebriti tempatan yang lantang bersuara di media sosial berhubung isu peperangan antara Palestin dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap mereka.
Namun, warganet meluahkan rasa kecewa kerana Nadhir antara artis yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.
Ramai pihak juga turut menzahirkan kurang senang berikutan ramai selebriti tempatan didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Alhamdulillah! Tahniah Remaja ucapkan buat Fizo & Fazeera!
Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata perempuan secara normal, pada jam 5.57 petang tadi di sebuah pusat perubatan ibu negara.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri pelakon itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di platform Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah. Isteri saya telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram (Kg) pada jam 5.57 petang tadi di Hospital Andorra. Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal.
“Pengalaman yang berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah, tidak terkata…
“Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Sebelum ini di hantaran terbaharu Fizo, dia memohon orang ramai mendoakan isteri tercintanya agar dipermudahkan urusan melahirkan cahaya mata kedua mereka.
“Bismillah… Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, Isteri saya bakal melahirkan zuriat kami. Mohon doa dari semua semoga Allah permudahkan urusan kami,” coretnya ringkas.
Sekadar informasi, bekas peserta Hero Remaja dan Fazeera itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...